Sunday, 15 April 2012

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT APRIL 2012


PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT APRIL 2012
Syarat-syarat permohonan
  1. Merupakan pelajar warganegara Malaysia yang berdaftar di bawah Education Malaysia Jordan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan MPMMJ.
  2. Memohon bantuan untuk menambah sumber kewangan untuk membayar yuran pengajian.
Prosedur memohon zakat daripada Unit Zakat Sedekah MPMMJ
  1. Layari Laman Web Rasmi Unit Zakat dan Sedekah MPMMJ:       http://uzsjordan.blogspot.com
  2. Memuat turun Borang Permohonan Zakat di ruangan “MUAT TURUN” atau klik link ini:  http://www.mediafire.com/?zskwco6a929sg9h
  3. Isi dan lengkapkan Borang Permohonan Zakat tersebut dengan lengkap.
  4. Hantar borang tersebut kepada Wakil Mantiqah masing-masing(sila rujuk bawah) sebelum 25 April 2012 dan memaklumkan masalah kewangan yang anda hadapi.

Setelah menerima borang-borang dan maklumat mengenai pemohon, Barisan Ahli Mesyuarat UZS yang terdiri daripada 2 orang Penasihat UZS, Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa UZS akan menganalisa semua maklumat pemohon sama ada layak atau tidak pada 27 April 2012. Segala maklumat yang kami terima akan dirahsiakan. Setelah proses analisa, pihak UZS akan menghubungi pemohon-pemohon yang layak menerima bantuan zakat tersebut. Pengagihan kali ini bertujuan untuk membantu penerima zakat membayar yuran-yuran universiti semester musim panas dan semester satu akan datang.


Wakil Mantiqah
Syabab
IRBID Muhammad Zulkhairi 0779433757
AMMAN Qudrotullah 0779851139
MAFRAQ Ismail Hassan 0779760898
MU’TAH Abdul Rahim 0786954068
Akhawat
IRBID Nur Izzati Binti Shaarifuddin 0779974172
AMMAN Siti Nur Khadijah Bt Asaari 0779980426
MAFRAQ Nur Amalina Nozi 0776637595
MU’TAH Khairun Hanisah 0777953362



Wednesday, 29 February 2012

KEMPEN INFAQ 1 JORDAN


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar mahasiswa Jordan sekalian?
Alhamdulillah selesai sudah PERTAMA-6 dengan jayanya.
Tahniah juga buat mahasiswa yang berjaya hadir sama-sama menjayakan persidangan.

KINI, Unit Zakat dan Sedekah Jordan membawakan kepada anda!


yang telah pun dilancarkan pada majlis perasmian penutup PERTAMA yang lalu.

Kempen Infaq Satu Jordan akan berlangsung dari 25 Februari 2012 sehingga 3 Mac 2012 bertujuan untuk membantu para pelajar Malaysia di Jordan yang kurang bernasib baik demi membiayai yuran pengajian mereka untuk semestar akan datang iaitu semestar musim panas dan semestar musim sejuk.

Kempen Infaq 1 Satu Jordan yang berlangsung selama 8 hari ini, mensasarkan kutipan sebanyak JOD 6000 dari seluruh mantiqah di Jordan termasuklah mantiqah Amman, Mafraq, Mu'tah dan Irbid.


VIDEO PROMO: 

Tawaran istimewa daripada team UZS berupa Kad Penghargaan Khas dengan setiap JOD 50 yang diinfakkan.
 dan tentulah tawaran yang lebih istimewa menanti anda di'sana' kelak insyaAllah.


WAKIL UZS yang akan ke pintu rumah anda!




' Hulurkan Tangan, Ringankan Beban '

"Perumpamaan org yg menginfakkan hartanya dijalan ALLAH,sprti sebutir biji yg menumbuhkan 7 tangkai,pd setiap 
tangkai ada 100 biji.ALLAH melipatgandakan bg sesiapa yg DIA kehendaki,dan ALLAH maha luas lagi maha 
mengetahui"

(AL-BAQARAH:261)





Sunday, 1 January 2012

Agihan Kali Pertama UZS sesi 2011/2012.


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Allah S.W.T telah mempermudah urusan kami. Ahli Jawatankuasa UZS telah mengadakan Mesyuarat Pengagihan Wang Zakat dan Sedekah UZS MPPMJ yang bertujuan untuk menapis borang-borang permohonan zakat yang telah diterima pada sesi ini untuk urusan agihan.

Mesyuarat ini telah diadakan di Irbid pada 24 Disember 2011 bermula pada pukul 12 tengahari hingga 6 petang yang telah dihadiri dua orang penasihat UZS, iaitu Ustaz Sufyan bin Che Abdullah dan Ustaz Ahmad bin Yussuf beserta wakil dari setiap mantiqah Irbid, Mu'tah, Mafraq dan Amman. Tidak lupa, turut hadir bersama wakil dari MPPMJ  ( Timbalan Presiden 1 ) Saudara Mohd Arif Azhar bin Mohd Ashaari. 






Berikut ialah hasil perbincangan yang telah disepakati ahli mesyuarat.

Semua borang-borang pemohon telah dinilai dan dianalisa bagi menentukan status pemohon tersebut sama ada layak-layak menerima bantuan ataupun tidak. Pemohon-pemohon telah dibahagikan kepada 3 kumpulan:
  1. Sangat memerlukan bantuan - akan menerima JOD 150.00
  2. Sederhana memerlukan bantuan - akan menerima JOD 100.00
  3. Memerlukan bantuan - akan menerima JOD 80.00
Secara keseluruhannya, semua pemohon berhak menerima bantuan. Walaubagaimanapun, pihak UZS tidak mampu untuk memberikan bantuan kepada semua pemohon kerana sumber bantuan tidak mencukupi. Oleh sebab itu, kami telah mengutamakan pemohon-pemohon yang lebih memerlukan bantuan seramai 37 orang pelajar dari sekitar mantiqah.

Kami sertakan Jadual Agihan Agihan Wang Zakat dan Sedekah untuk rujukan.
sila klik pada gambar untuk melihat pada skala besar

Jutaan terima kasih pada kalian yang menyumbang ke dalam dana UZS.
Semoga setiap qursh yang disumbang, ada kebaikan di 'sana'  kelak insyaAllah.

dan jangan teragak-agak untuk terus menyumbang, kerana sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan dan mengagihkan wang sumbangan anda kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan tidak terhad daripada kalangan mahasiswa Jordan sahaja. Penjaga, ibu bapa, saudara-mara para mahasiswa juga boleh memberi sumbangan dan zakat kepada pihak kami.


Hulurkan bantuan, ringankan beban, 
tambahkan senyuman, 
pada mereka yang memberi harapan.

:)




Monday, 12 December 2011

Langkah-langkah Untuk Memohon Zakat

Prosedur memohon zakat daripada Unit Zakat Sedekah MPPMJ

  1. Layari Laman Web Rasmi Unit Zakat dan Sedekah MPPM: http://uzsjordan.blogspot.com
  2. Memuat turun Borang Permohonan Zakat di ruangan “MUAT TURUN” atau klik link ini: http://www.mediafire.com/?2p46226kxpvy4jk
  3. Isi Borang Permohonan Zakat tersebut dengan lengkap.
  4. Hantar borang tersebut kepada Wakil Mantiqah sebelum 20 Disember 2011 dan menceritakan masalah kewangan yang anda hadapi.

Setelah menerima borang-borang dan maklumat mengenai pemohon, Barisan Ahli Mesyuarat UZS yang terdiri daripada 2 orang Penasihat UZS, Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa UZS akan menganalisa semua maklumat pemohon sama ada layak atau tidak. Segala maklumat yang kami terima akan dirahsiakan. Setelah proses analisa, pihak UZS akan menghubungi pemohon-pemohon yang layak menerima bantuan zakat tersebut. Pengagihan kali ini bertujuan untuk membantu penerima zakat membayar yuran-yuran universiti semester kedua.

Wakil Mantiqah


Syabab
IRBID Muhammad Zulkhairi 0779433757
AMMAN Qudrotullah 0779851139
MAFRAQ Ismail Hassan 0779760898
MU’TAH Abdul Rahim 0786954068

Akhawat
IRBID Nur Izzati Binti Shaarifuddin 0779974172
AMMAN Siti Nur Khadijah Bt Asaari 0779980426
MAFRAQ Nur Amalina Nozi 0776637595
MU’TAH Khairun Hanisah 0777953362

Friday, 9 December 2011

Akaun Wang Simpanan di Standard Charted dan Riba

 

ISU
Kebanyakan pelajar Malaysia yang datang ke Jordan untuk menyambungkan pelajarannya disini, telah membuka akaun wang simpanan di Standard Charted Bank untuk segala urusan transaksi wang dari Malaysia ke Jordan. Terutamanya para pelajar tajaan MARA dan JPA. Masalah yang timbul ialah, Standard Charted Bank menjalankan urusniaga kewangan berdasakan konsep konvensional yang melibatkan riba atau interest. Bagaimanakah cara untuk mengatasi permasalahan ini?


FAKTA:

  1. Setiap pemilik akaun mestilah mempunyai wang simpanan minimum sebanyak JOD 500 setian bulan. Jika wang simpanan tidak melebihi JOD 500, pemilik akaun akan dikenakan cas JOD 3.50 bagi setiap bilangan bulan yang kurang tersebut. 
  2. Interest atau riba akan ditambahkan ke dalam akaun simpanan pada kadar 0.015% berdasarkan baki jumlah wang simpanan setiap bulan. 
  3. Interest atau riba akan ditambahkan ke dalam akaun simpanan setiap 6 bulan, pada bulan 30 Jun dan 31 Desember setiap tahun.
 
 
CONTOH:
untuk melihat pada skala besar sila klik:
http://farm8.staticflickr.com/7149/6482371125_b8cc90c961_b.jpg



 
KAEDAH PENYELESAIAN:

Terdapat beberapa kaedah untuk kita mengelak daripada menggunakan duit riba tersebut.
  1. Pihak pengurusan bank ada menyediakan borang permohonan untuk mengelak daripada pemilik akaun menerima wang riba tersebut. Namun begitu, kaedah ini lebih menguntungkan pihak bank kerana wang yang sepatutnya diberikan kepada pemilik akaun tidak diberikan malah diambil oleh pihak bank.
  2. Mengurangkan jumlah wang simpanan dalam akaun Standard Charted. Lebih banyak kita simpan dalam akaun Standard Charted, lebih banyak wang yang akan digunakan untuk pelaburan berasaskan riba oleh pihak bank. Meninggalkan jumlah wang simpanan ke paras yang minimum( JOD 500) dapat mengurangkan jumlah pelaburan Standard Charted Bank.
  3. Membuka akaun bank yang mengamalkan Sistem Perbankan Islam dapat mengelakkan kita daripada sebarang pelaburan riba. Dengan usaha memindahkan wang kita daripada Standard Charted Bank ke bank-bank yang mengamalkan Sistem Perbankan Islam dapat menyelamatkan diri kita daripada perkara yang haram sekaligus membantu meningkatkan pertumbuhan bank-bank Islam ini.
  4. Pihak Unit Zakat Dan Sedekah MPPMJ ada menyediakan Tabung Maslahat Umum yang berfungsi untuk memberi saluran kepada semua pelajar untuk mengasingkan wang-wang riba tersebut.

Saturday, 8 October 2011

Statistik Kutipan (Zakat Fitrah dan Sedekah) Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sungguh, tiada kalimah selayaknya diungkapkan setelah selesai sudah satu amanah, iaitu urusan Zakat Fitrah & Sedekah Ramadhan.

Segala puji dan syukur dikembalikan pada Allah s.w.t atas segala kemudahan dan kesenangan yang dipinjamkanNya buat Team UZS demi menjalankan amanah terbesar Ramadhan lalu.

Untuk makluman semua, jumlah kutipan Zakat Fitrah 2011 adalah sebanyak 765.50 JOD, dan kutipan Sedekah adalah sebanyak 301.10 JOD.


dan berikut adalah statistik kutipan secara terperinci mengikut mantiqah :

Mantiqah
Zakat Fitrah
Sedekah
Jumlah
IRBID
561 JOD
272.60 JOD
833.60 JOD
AMMAN
21 JOD
8.50 JOD
29.50 JOD
MAFRAQ
123.50 JOD
12 JOD
135.50 JOD
MU’TAH
60 JOD
8 JOD
68 JOD
JUMLAH
765.50 JOD
301.10 JOD
1066.60 JOD


Sumbangan telah diberikan kepada 21 orang pelajar, dengan setiap orang menerima 35 JOD seorang pada 28 Ogos 2011 yang lalu.

Jutaan Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat baik dari pihak yang menyumbang dan pihak yang menjalankan amanah mengagihkan sumbangan. :)

Semoga, semoga dan semoga Allah redha dengan usaha dan sumbangan kita semua, insyaAllah.

Saturday, 24 September 2011

Pengenalan UZS untuk Pelajar-Pelajar Baru

Selamat Datang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya melanjutkan pelajar di bumi Jordan ini. Pihak UZS telah dan akan mengadakan sesi pengenalan UZS kepada semua pelajar yang baru mendaftar di Jordan mengikut mantiqah masing-masing. 

Sesi pengenalan tersebut akan membincangkan perkara berikut
1.Visi dan Misi
2.Organisasi UZS
3.Skim-Skim Zakat & sedekah
         •Zakat Wang Simpanan
         •Zakat Fitrah
         •Skim Infaq Bulanan
         •Skim Unit Saham
4.Borang Penyertaan Skim
5.Borang Pembayaran  Zakat
6.Barisan Perwakilan Mantiqah
7.Statistik Zakat dan Sedekah
8.Aktiviti-aktiviti lain UZS
9.Sesi Soal Jawab.
Semua pelajar digalakkan untuk memuat turun slide pembentangan di bawah untuk maklumat lanjut :
Jika anda mempunyai sebarang masalah sila hubungi kami.
Pihak UZS mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Jordan ini dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda. InsyaAllah.

Monday, 1 August 2011

Wakil Kutipan Zakat Fitrah Ramadhan 1432H.


MU'TAH
  -Abdul Rahim b. Mohd Ali <0786954068>
  -Khairun Hanisah bt Abdul Latif  <077 7953362>

MAFRAQ
  - Mohd Ismail Bin Hasan <0777241237>
  - Nor Amalina Nozi  <077 6637595>

AMMAN
   - Qudrotullah Bin Bijarto <0779851139>
  - Siti Nur Khadijah Bt Asaari  <077 9980426>

IRBID
Ketua: Zulnazmi bin Zulkifli  <077 6961878>
Timbalan Ketua : Anisatul Qalbi binti Mohd Sofiyuddin

                                        SYABAB

  Mantiqah IRBID ( JUST)    

NAMA 
NO.TEL 
 TAHUN
  • Ikmal Hakim 
  • Izham  Khairu
077 759 7005

077 949 0679
1 
  • Zulkhairi Abdul  Rahman 
  • Haniff Zikri Nahrawi

 077 943 3757

 077 943 2105
  • Abdullah  Mohammmad 
  • Atiff Nordin

 077 966 9784 
077 966 9825
3 
  • Fakrurozzi Mohamad

077 9838959
4, 5, 6 


  Mantiqah IRBID ( YARMOUK )  

 NAMA
NO.TEL 
TAHUN 
  • Shahier Sa'min 
  • Muhammad Uzair

 077 993 5756


1 
  • Ahmad Fadhil Hamdi  Ali

077 943 3954
2 
  • Aliff Syazwan 

077 6991886
  • Muhammad Amirul Kamal
077 6441628
MA PHD 

*bagi yang tinggal berhampiran dengan Masjid Abdullah Tal, boleh terus bayar kepada:
1) Khubaib  Asmadi ( Tahun 1, Yarmouk) 
2) Furqan  Abdullah ( Tahun 1, Yarmouk)


--------------------------
                                   
                                     AKHAWAT

  Mantiqah IRBID ( JUST )  

 NAMA
 NO.TEL
TAHUN 
  • Nur Ain Faezah Bt Roslan 

077 520 7315 
1
  • Nurul Kauthar Khari

    077 918 7634               
  • Nur Izzati Shaarifuddin

077  525 6358
  • Nur Farihah Nasri

077 985 0115 
4, 5, 6 


  Mantiqah IRBID ( YARMOUK )  

NAMA 
NO.TEL 
TAHUN
  • Boleh serah kepada mana-mana wakil yang lain

-----
1
  •  Najwa Nagmudin

 077 525 6358
  •  Hasmida Amira Hasnan

 077 918 6493
3 
  •  Anisatul Qalbi

077 651 2637
4
MA
PHD 


Dan, semua ahli jawaankuasa Unit Zakat & Sedekah MPPM 
juga merupakan Wakil Pengutip Zakat Fitrah: 

Pengerusi
MuhammadSolehhuddin Bin Mohd Suhaimi
+962779433913

TimbalanPengerusi
UmiAttiyah Mohd Asmawi

Setiausaha
MuhamadAtiff bin Muhamad Noordi
+962779669825

TimbalanSetiausaha
Nuraisyahbinti Zamshari

Bendahari
MuhamadFaiz Bin Mazlan.
+962775286792

TimbalanBendahari
Nabilahbinti Mohd Khusairi

BiroPromosi dan Publisiti
MuhammadZahran Bin Abd Razak
+962777393219
NikNorkatijah binti Mohd Razak


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting