Monday 31 August 2009

:: Pembetulan Kadar Zakat Fitrah ::


Penetapan kadar zakat fitrah adalah berlandaskan nilai segantang makanan asasi (sesebuah negara/ individu) iaitu lebih kurang 2.5 kg. Cara pengiraan adalah seperti berikut:


Contoh:

1 kg beras Thailand*: JD 0.70 x 2.5
= JD 1.750


1 kg beras basmathi*: JD 1.50 x 2.5
=JD 3.75


* Ini adalah contoh semata-mata. Harga ini bergantung pada harga beras masing-masing

Sekiranya anda ingin mengikut kaedah asal, begitulah pengiraannya.

Namun, seandainya anda ingin membayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh pemerintah tempatan Jordan, terdapat kenyataan tidak rasmi daripada Jabatan Mufti Jordan melalui fatwa (sila rujuk link) menetapkan nilai zakat fitrah untuk rakyat Jordan adalah sebanyak JD 1.50.


Dengan ini, kadar zakat JD 0.95 yang dihantar sebelum ini terbatal setelah dirujuk kepada Jabatan Mufti Jordan. Diminta kepada sesiapa yang sudah membayar mengikut kadar sebelum ini untuk menambah JD 0.55 untuk mencukupkan JD 1.50.



Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku. Untuk maklumat lanjut, sebarang persoalan bolehlah diajukan kepada:

Ust Fakhrul Razi Bin Abu Bakar (Pemangku Pengerusi UZS) : 0776917449
Ust Heizal Hezry Bin Omar : 0777379501
Ust Mahadi Bin Mohammad : 0777214377


[unit zakat dan sedekah MPPM]

Saturday 29 August 2009

:: Konsep Sedekah ::





[unit zakat dan sedekah]

Friday 28 August 2009

:: Kadar Zakat Fitrah ::

Assalamualaikum wbt,

Kadar Zakat Fitrah pada tahun ini adalah sebanyak JD o.95. Maklumat bersumberkan daripada pegawai "Takiyah Ummu 'Ali", sebagai pertubuhan berdaftar dengan kerajaan Jordan ini.
Zakat tersebut bolehlah diserahkan kepada amil-amil yang dilantik yang tersenarai daripada post sebelum ini.

Di samping itu, kami amat menyarankan anda semua untuk membaca terlebih dahulu beberapa persoalan yang berlegar berkenaan dengan Zakat Fitrah terutamanya dalam konteks kita di Jordan ini. Anda boleh mengakses artikel tersebut di pautan ini (sila klik untuk muat turun). Pautan ini juga boleh diakses di ruangan 'Muat Turun' di bahagian kanan halaman ini.

Semoga Allah memberkati dan menerima segala amalan kita terutamanya di bulan Ramadhan ini dan membuahkan ganjaran yang baik di akhirat kelak, insyaAllah.



[unit zakat dan sedekah]

Monday 24 August 2009

:: ZAKAT FITRAH : Menyucikan Jiwa, Membentuk Peribadi Muslim ::


Alhamdulillah, bulan ramadhan tiba lagi. Pelbagai kempen dan promosi yang diberi oleh Allah s.w.t menggambarkan kelebihan bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain. Dengan ganjaran dan kelebihan yang ada inilah, kita sebagai seorang muslim seharusnya berlumba-lumba melakukan ibadah kebajikan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Pada bulan ini, Allah mem’fardhu’kan ibadah puasa kepada kita. Puasa itu sendiri, diganjari oleh Allah sendiri bergantung kepada tahap keikhlasan kita.

Selain itu, kita juga di’fardhu’kan untuk membayar Zakat Fitrah, zakat yang dikhususkan di bulan ramadhan yang mulia ini.

Jika kita renungi dua kewajipan yang dikhususkan pada bulan ramadhan ini, kedua-duanya mempunyai satu persamaan. Persamaan tersebut ialah dari sudut pembersihan hati dan jiwa seorang muslim. Atas sebab inilah bulan ramadhan ini disebut ‘Bulan Ruhiyah’, ‘Madrasah Ramadhan’ dan sebagainya.

Berkenaan Zakat Fitrah, Unit Zakat & Sedekah MPPM Jordan telah mengeluarkan sebuah artikel mengenai hukum-hakam fiqh dalam konteks kita sebagai mahasiswa di Jordan ini. Artikel tersebut boleh dimuat turun di sini (sila klik untuk muat turun). Sekiranya link tersebut tidak dapat diakses, anda boleh memuat turun artikel tersebut di ruangan 'Muat Turun' di bahagian kanan blog.


Berikut adalah senarai amil-amil yang telah dilantik :

Irbid

Ustaz Fakhrul Razi Bin Abu Bakar

Dr Hamizah Abdul Rahman

Ustazah Nur Zakiah Razali

Mafraq

Ustaz Abu Bakar Mohd Noor

Ustazah Nurul Syahirah Muhamad

Amman

Ustaz Qudrotullah Bin Bijarto

Mu’tah

Ustaz Mohamad Husin

Ustaz Hadi Harun

Ustazah Aishah Harun

Ustazah Norfaiz Solehan

Semoga dengan kesungguhan kita dalam bulan ramadhan ini, dapat menyucikan jiwa kita dan membuahkan taqwa kepada Allah s.w.t., insyaALLAH.

Wednesday 12 August 2009

:: PERMOHONAN ZAKAT DIBUKA ::

Berita gembira buat semua ahli MPPM Jordan!!


Permohonan zakat kini dibuka untuk semua ahli-ahli MPPM yang mempunyai masalah kewangan khususnya untuk sara hidup dan membayar yuran semester 1.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan dari ruangan muat turun di bahagian kanan blog ini atau melalui wakil-wakil mantiqah yang telah dinyatakan dalam post sebelum ini.

Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan kepada wakil mantiqah masing-masing selewat-lewatnya pada 27 September 2009.

Unit Zakat & Sedekah (UZS) akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkan dan menentukan pembahagian bantuan zakat kepada mereka yang benar-benar layak.


p/s: Pihak UZS berusaha sedaya upaya untuk membantu meringankan beban asnaf-asnaf yang memerlukan. Namun adalah diingatkan bahawa tidak semua permohonan akan mendapat jawapan yang memuaskan. Justeru, berikhtiarlah mencari sumber-sumber yang lain juga.

Semoga Allah memberkati kembara pengajian kita di bumi anbiya' ini, ameen.





~Hulurkan bantuan, ringankan beban~

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting