Monday 1 November 2010

SKIM INFAQ BULANAN



SKIM INFAQ BULANAN adalah satu skim yang dilaksanakan bagi mengekalkan kuantiti kutipan bagi tempoh yang ditetapkan pada setiap masa. Dalam Skim ini pihak UZS telah menyediakan beberapa pakej kepada bakal penderma dan setiap penderma bebas untuk memilihnya mengikut keupayaan dan keikhlasan masing-masing. Antara pakej yang disediakan adalah:

  • PAKEJ PERMATA  --> Bebas (lebih 2.00JD) = setiap bulan.
  • PAKEJ EMAS        --> 2.00JD = 24JD setahun
  • PAKEJ PERAK      --> 1.00JD = 12JD setahun
  • PAKEJ GANGSA   --> 0.50JD = 6JD setahun
  Penglibatan :  
  • Tempoh penglibatan penderma-penderma adalah selama satu tahun.
  • Sistem bayaran akan diberikan kebebasan yang mutlak kepada penderma untuk memilih sama ada untuk membayar secara lump sum atau bayaran mengikut bulanan sahaja.
  • Kutipan akan dilaksanakan oleh seorang wakil UZS mengikut setiap batch mengikut mantiqah masing-masing.
  • Hasil kutipan akan direkodkan ke dalam buku rekod yang telah disediakan.
  • Sumbangan akan disalurkan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos pengajian mereka di sini.

  Wakil Mantiqah untuk dihubungi :  

  IRBID  
- Muhammad Zulkhairi ( 0779433757 )
- Nur Izzati bt Shaarifuddin ( 0779974172 )

  AMMAN  
- Qudrotullah ( 0779851139 )
- Siti Nur Khadijah bt Azaari ( 0779980426 )

  MAFRAQ  
- Ismail Hassan ( 0779760898 )
- Nur Amalina Nozi ( 0776637595 )

  MU'TAH  
- Abdul Rahim ( 0786954068 )
- Khairun Hanisah ( 0777953362 )




Saturday 9 October 2010

Persoalan tentang Zakat




Soalan:

Apakah boleh berzakat lebih dari satu kali?


Jawapan:

Zakat adalah cara beribadah dengan harta. Zakat memiliki syarat dan ketentuan. Bilamana kita telah menunaikan zakat, maka tidak ada kewajiban lagi untuk membayarnya di tahun yang sama.

Sabda Rasulullah salallahu alaihiwasallam: "Janganlah kalian menarik zakat berulang kali". Ertinya dua kali. (HR Abu Ubaidah di Kitab Al Amwal)

Bilamana harta yang kita simpan masih cukup atau lebih, maka kita boleh menyumbang kepada mereka yang memerlukan dengan memberi infaq atau sedekah, bukan zakat. Amalan ini dikira sebagai memberi harta kepada orang lain (seperti zakat) cuma bezanya ialah zakat dalam jumlah yang dibatasi, sementara infaq atau sedekah pula kembali semula kepada kebebasan kita dalam memberi.

Wallahu'alam.


Unit Zakat Dan Sedekah MPPMJ 2010/11

http://zakatdansedekah.blogspot.com/


Thursday 7 October 2010

Kaunter Zakat sempena MHS

Assalamu'alaikum..


Bersempena dengan Minggu Haluan Siswa (MHS) tahun ini, pihak kami (UZS) akan membuka kaunter info zakat di bahagian luar Dewan Al-Kindi.

Untuk sebarang pertanyaan, jumpa kami di sana, bermula pagi Jumaat (8.10.2010)

Kami ada;
- jualan buku
- khidmat info zakat dan sedekah
- kaunter pungutan zakat


"Hidup Berkat dengan Zakat"


Jazakumullahukhairankathira.


Wednesday 18 August 2010

::ZAKAT FITRAH 2010::




ZAKAT FITRAH

by UZS




Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian alam kerana kita masih lagi diberi peluang bertemu dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk kali ke 1431H.

Antara perkara yang sangat dituntut dalam agama ketika Ramadhan ini ialah menunaikan Zakat Fitrah. Hukum menunaikan Zakat fitrah adalah wajib berdasarkan hadith ini:


Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:


فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya]





KADAR ZAKAT FITRAH

Ukuran kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan hadith di atas. Ukurannya ialah 1 sha' (gantang) daripada makanan asasi. Dalam menentukan kadar 1 gantang mengikut sukatan kilogram, terdapat khilaf padanya.

Ada yang mengatakan 1 gantang = 2.400KG, 1 gantang = 2.500KG, 1 gantang = 2.600KG. Jadi, untuk keluar daripada khilaf, kita mengambil satu sukatan purata iaitu 2.500KG.

Sepertimana yang kita tahu bahawa makanan asasi bagi rakyat Malaysia ialah beras. Jadi, nilai bagi kadar zakat fitrah ditentukan berdasarkan harga beras yang biasa dimakan.

Bagi rakyat Malaysia yang berada di Jordan, terdapat 3 pilihan bagi kaedah membayar Zakat fitrah iaitu:

1. Berdasarkan nilai yang ditetapkan oleh Wirarah Awqaf Jordan.
2. Berdasarkan nilai purata harga beras di Jordan.
3. Berdasarkan nilai yang disukat sendiri.



Kaedah Pertama : Berdasarkan nilai yang ditetapkan oleh Wirarah Awqaf Jordan.

Nilai yang ditetapkan oleh Wizarah Awqaf Jordan ialah 1.50JOD. Namun, kebiasaannya nilai ini akan berubah apabila semakin hampir dengan Hari Raya.



Kaedah Kedua : Berdasarkan nilai purata harga beras di Jordan.

Di Jordan tiada pelarasan harga beras seperti di Malaysia. Terdapat dua kaedah penetapan nilai purata harga beras mengikut gred di sini (Jordan):

1. berdasarkan nilai purata beras gred A (beras mahal).
harga purata untuk beras mahal (contoh: beras basmathi & india) ialah 1.25JOD/Kilo
Jadi 2.500KG = 3.125JOD

2. berdasarkan nilai purata beras gred C. (beras murah)
harga purata untuk beras murah (contoh: beras mesir) ialah 0.50JOD/Kilo
Jadi 2.500KG = 1.25JOD

Justeru, bagi yang sangat berkemampuan dan kebiasaannya menggunakan beras mahal sebagai makanan harian, boleh membayar berdasarkan nilai kadar beras mahal iaitu 3.125JOD.
Manakala bagi sesiapa yang kebiasaannya makan beras murah, boleh membayar dengan nilai kadar purata beras murah iaitu 1.25JOD.



Kaedah ketiga : Berdasarkan nilai yang disukat sendiri.

Bagi kaedah ketiga pula, penetuan nilai zakat fitrah berdasarkan kiraan yang dikira sendiri. Ia tertakluk kepada kiraan harga beras yang biasa digunakan di rumah masing-masing.

Sebagai contoh :
Secara kebiasaannya, Ahmad menggunakan beras Golden Parboiled yang harganya 1.25JOD/Kilo. Jadi, untuk menentukan nilai kadar zakat yang perlu dibayar, Ahmad perlu mengira sendiri nilai tersebut dengan:

- 1 kilo beras Golden Parboiled = 1.25JOD
- 2.500 kilo beras Golden Parboiled = 3.125JOD

Jadi, nilai Zakat yang perlu Ahmad bayar ialah 3.125JOD.

Maka, bagi sesiapa yang ingin menggunakan kaedah ketiga ini, perlulah mengenalpasti beras yang biasa dimakan dan membuat pengiraan sendiri berdasarkan kadar 2.500KG.





GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:


Pertama:

Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah … dari kalangan umat Islam.”


Kedua:

Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri.

Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.


Ketiga:

Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:


أَنَّ النَبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى مِمَّنْ تَمُونُونَ

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.

[Hasan: Dikeluarkan oleh al-Daraquthni dalam Sunannya]


Siapa dan bagaimanakah kedudukan orang yang di bawah tanggungan tersebut? Syaikh ‘Abd al-Karim Zaidan telah menghimpun perbincangan para ilmuan dalam persoalan ini dalam karyanya al-Mufashshal fi Ahkam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah (Muassasah al-Risalah, Beirut, 2000), jld. 1, ms. 455 dan seterusnya.


Ia dapat diringkaskan seperti berikut:


1 - Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.


2 - Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.


3 - Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.


4 - Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.


5 - Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena buang kerja), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.


6 - Ibubapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.


7 - Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.


8 - Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerjaya). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.


9 - Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.


10 - Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.


11 - Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat.


12 - Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.


13 - Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.


14 - Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.


15 - Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.




sekian.


p/s : untuk detail berkenaan zakat fitrah ini, boleh muat turun Persoalan dan Panduan Berkaitan Pembayaran Zakat Fitrah di Perantauan oleh Ustaz Heizal Hezry bin Omar yang terdapat di ruangan muat turun sebelah kanan blog.





Wallahu'alam



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting