Sunday 18 July 2010

:: ASAS PELAKSANAAN ZAKAT DAN SEDEKAH ::





ASAS PELAKSANAAN ZAKAT DAN SEDEKAH

Salah satu perbezaan yang sangat ketara dalam pelaksanaan zakat dan infaq ialah dari segi bentuk penyerahan dan pengeluarannya. Zakat harus diserahkan kepada amil zakat berkewajiban untuk mendoakan pembayar zakat dan mengagihkan zakat tersebut sesuai dengan aturan syariah. Hal ini selari dengan firman-Nya dalam surah At-Taubah ayat 103 yang bermaksud:

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Manakala infaq ataupun sedekah pula diserahkan secara langsung oleh yang bersedekah kepada penerima sedekah, samada secara rahsia (tiada orang yang tahu) ataupun secara terang-terangan (ramai orang yang tahu). Walau apa pun kaedah penyerahannya, apa yang paling penting ialah keikhlasannya dalam beramal haruslah dijaga. Allah subhanahu wa taala telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud:

Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


Asas perlaksanaan yang berbeza ini menunjukkan bahawa perlaksanaan Zakat dan gerak kerjanya mestilah dibuat dengan rapi. Kutipan mahupun agihan Zakat mestilah dikelolakan oleh amil yang amanah dan bertanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan ummah bersama.

Zakat mempunyai peranan penting yang sangat meluas kepada ummah. Begitu juga infaq ataupun sedekah yang mempunyai peranan yang sejajar dengan peranan Zakat di samping ia juga mempunyai kerangka pembangunan sosial yang tersendiri, yakni mewujudkan rasa empati dan simpati secara berterusan kepada golongan yang sangat memerlukan, baik dari kalangan kaum kerabat mahupun bukan. Kerana itu infaq atau sedekah ini dilakukan tanpa mengira waktu dan nisab.

Gabungan yang jitu antara sistem pelaksanaan zakat yang sistematik dan amil zakat yang sangat amanah lagi bertanggungjawab dengan pelaksanaan infaq yang dikelolakan oleh individu-individu yang begitu ikhlas dan prihatin akan melahirkan sebuah pengorbanan yang sangat dahsyat demi khaira ummah (ummah yang terbaik dan terpilih). Sebagaimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang bermaksud:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(surah Ali Imran : 110)

Wallahu'alam


Unit Zakat Dan Sedekah MPPMJ 2010/11



Saturday 17 July 2010

:: Carta Organisasi Unit Zakat Dan Sedekah 2010/11 ::


ORGANISASI UNIT ZAKAT & SEDEKAH 2010/11


Penaung

Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ)

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)


Penasihat

Ust Mahadi bin Mohammad

Ust Ahmad Sufyan bin Che Abdullah


Pengerusi

Muhammad Ain bin Sapia’i


Timbalan Pengerusi I

Ahmad Fakrurrozi bin Mohamed


Timbalan Pengerusi II

Nur Aqilah binti Bedu Rahim


Setiausaha

Muhamad Atiff bin Muhamad Noordin

Siti Fatimah Azzahrah Abdul Wahid



Bendahari

Muhammad Solehhuddin Mohd Suhaimi

Sarah Wahida Abu Bakar


Biro Promosi dan Publisiti

Zulkhairi bin Abdul Rahman

Nik Norkatijah Mohd Razak


Perwakilan Mantiqah


(syabab)

MANTIQAH

NAMA

CONTACT NO

IRBID

Muhammad Nur Salam bin Abdullah

0777713662

AMMAN

Qudrotullah Bin Bijarto

0779851139

MAFRAQ

Mohd Ismail bin Hassan

0777241237

MU’TAH

Nazri bin Mat Yasin

0786907552

(Akhawat)

MANTIQAH

NAMA

CONTACT NO

IRBID

Ummi Athiyah bt Asmawi

0779839132

MAFRAQ

Ummi Sa'adah binti Mohd Zain

0779068926

MU’TAH

Ramlah Amin Abdullah

0779665720




Unit Zakat Dan Sedekah MPPMJ 2010/11

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting