Tuesday 4 January 2011

Zakat (penerangan ringkas)



Hukuman dan celaan bagi yang enggan membayar Zakat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَلَمْ يُؤَدِّ زَكَاتَهُ مُثِّلَ لَهُ مَالُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ لَهُ زَبِيبَتَانِ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ يَأْخُذُ بِلِهْزِمَتَيْهِ يَعْنِي بِشِدْقَيْهِ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا مَالُكَ أَنَا كَنْزُكَ

Sesiapa yang Allah kurniakan harta kepadanya dan dia tidak menunaikan zakatnya, maka Allah akan jadikan (hartanya) pada hari kiamat nanti seekor ular botak (st bisa) dan mempunyai dua tompok hitam di atas matanya (jahat), ulat itu akan membelit leher dan dagunya (tuan punya harta) sambil berkata : Akulah hartamu, akulah yang kamu simpan dahulu" Hadis riwayat Bukhari, Nasaie dan Ahmad.

Zakat harta terdiri drp ;

a) Buah-buahan dan bijian yang menjadi makanan rugi (asasi) sesuatu negara spt padi,
gandum, kurma dan barli

b) Ternakan spt kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

c) Bahan galian spt emas, perak

d) Wang simpanan

e) Harta perniagaan spt kedai, perusaahaan, perkilangan, saham dsb.

f) Harta rikaz iaitu harta karun yang dijumpai tertanam di dalam tanah.


Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Ambilah sebahagian drp harta mereka menjadi sedeqah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)...

(Surah At-Taubah: Ayat 103)

Zakat diwajibkan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat, iaitu:

(a) Islam, tidak wajib ke atas orang kafir;

(b) merdeka, tidak wajib ke atas hamba;

(e) sempurna milik, bukan harta curi, bukan harta orang lain, atau sebagainya;

(d) cukup nisab, iaitu cukup kadar yang ditentukan oleh syarak;

(e) cukup haul, iaitu cukup masa atau tempoh yang ditentukan oleh syarak.


Zakat Buah-buahan (Bijirin)

1. Syarat wajib mengeluarkan zakat buah-buahan ialah:

(a) pemiliknya orang Islam;

(b) merdeka;

(c) milik seridiri;

(d) cukup nisab;

2. Nisab zakat buah-buahan ialah kira-kira 700 kg.

3. Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%.

4. Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%. Hadis Nabi S.A.W.:

Maksudnya:Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang
atau lebih drp 700kg) (Riwayat Muslim)


Zakat Binatang Ternakan

Binatang yang wajib dikeluarkan zakatnya ialah:

a) lembu, kerbau;

b) kambing, biri-biri, kibas;

c) unta.


Syarat-syarat zakat binatang ternakan ialah:

a) pemiliknya orang Islam yang merdeka;

b) kepunyaan sendiri;

(c) cukup nisab;

(d) cukup haul @ genap setahun;

(e) bebas makan rumput di mana-mana, bukan dibeli;

f) binatang bukan digunakan untuk bekerja.

3. Nisab dan zakat bagi unta adalah seperti jadual yang berikut:

Nisab Unta Kadar Zakat Umur
5 — 9 1 ekor kambing biasa @ 1 ekor kambing biri-biri (kibas) 2 tahun lebih
10— 14 2 ekor kambing biasa @ 2 ekor kambing biri-biri (kibas)1 tahun lebih
15 — 193 ekor kambing biasa @ 3 ekor kambing biri-biri (kibas) 2 tahun lebih
20— 24 4 ekor kambing biasa @ 4 ekor kambing biri-biri (kibas) 1 tahun lebih
25 — 35 1 ekor anak unta betina 1 tahun lebih
36 — 45 1 ekor anak unta betina2 tahun lebih
46 - 60 1 ekor anak unta betina3 tahun lebih
61 — 75 1 ekor anak unta betina4 tahun lebih
76 — 90 2 ekor anak unta betina 2 tahun lebih
91 — 120 2 ekor anak unta betina 3 tahun lebih

Setiap tambahan 50 selepas 120 ialah seekor unta betina 3 tahun lebih. Tambahan setiap 40 selepasnya ialah seekor unta betina 2 tahun lebih. (sila rujuk Fiqh Zakkah oleh Dr. Yusuf Qardhawi).


4.
Nisab dan zakat bagi lembu/kerbau seperti yang berikut:

Nisab Lembu/KerbauKadar Zakat Umur
30 - 39 1 ekor anak lembu @ kerbau 1 tahun lebih
40 — 59 1 ekor anak lembu @ kerbau 2 tahun lebih

5. Nisab dan zakat kambing dinyatakan dalam jadual di bawah ini:

Nisab Kambing Kadar ZakatUmur
40 - 120 1 ekor kambing betina biasa atau
1 ekor kambing biri-biri (kibas) betina
2 tahun lebih
1 tahun lebih
121- 200 2 ekor kambing biasa atau
2 ekor kambing biri-biri (kibas) betina
2 tahun lebih
1 tahun lebih
201- 3003 ekor kambing betina biasa atau
3 ekor kambing biri-biri (kibas) betina
2 tahun lebih
1 tahun lebih

Setiap tambahan seratus (100) selepas 300 ialah tambahan seekor kambing/biri-biri


Zakat Emas dan Perak

1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:

(a) milik onang Islam;

(b) dimiliki oleh orang yang mendeka;

(c) hak milik sepenuhnya;

(d) cukup nisab;

(e) genap setahun.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidakmembelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yangpedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)

2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 6 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 96 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadan 2.5%.

3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 672 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.


Zakat Harta Perniagaan

1. Syarat-syarat wajib zakat perniagaan ialah:

(a) dimiliki oleh orang Islam;

(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;

(c) milik sepenuhnya;

(d) cukup nisab;

(e) genap setahun.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Dari Samurah: Rasulullah SA.W memerintahkan kepada kaml mengeluarkan zakat dari barang yang disediakan untuk dijual. (Hadih riwayat Daruquthni dan Abu Daud)

2. Setiap tahun peniaga hendaklah membuat kira-kira tentang barang-barang perniagaannya. Tahun perniagaan dikira dari tarikh mula berniaga. Semua barang yang terdapat di kedai dan untungnya dikira. Apabila cukup nisab, maka wajiblah dikeluarkan zakatnya seperti zakat emas iaitu 2.5%.


Zakat Harta Rikaz

1. Rikaz ialah hanta benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga yang dijumpai dalam tanah.

2. Harta tersebut wajib dikeluarkan zakat.

3. Syarat-syarat mengeluarkan zakat ialah:

(a) orang Islam;

(b) merdeka;

(e) milik sendini;

(d) cukup nisab.

4. Kadar zakat harta rikaz ialah 20% daripada jumlah harta yang dijumpai.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Zakat rikaz (harta karun) seper1ima (20%).(Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Lain-lain zakat harta ialah zakat KWSP dan Zakat Pendapatan. Sila rujuk Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk maklumat lanjut.



Rujukan :

http://tayibah.com/eIslam/zakat_harta.htm


Unit Zakat Dan Sedekah MPPMJ 2010/11

http://zakatdansedekah.blogspot.com/



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting