Wednesday 29 February 2012

KEMPEN INFAQ 1 JORDAN


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar mahasiswa Jordan sekalian?
Alhamdulillah selesai sudah PERTAMA-6 dengan jayanya.
Tahniah juga buat mahasiswa yang berjaya hadir sama-sama menjayakan persidangan.

KINI, Unit Zakat dan Sedekah Jordan membawakan kepada anda!


yang telah pun dilancarkan pada majlis perasmian penutup PERTAMA yang lalu.

Kempen Infaq Satu Jordan akan berlangsung dari 25 Februari 2012 sehingga 3 Mac 2012 bertujuan untuk membantu para pelajar Malaysia di Jordan yang kurang bernasib baik demi membiayai yuran pengajian mereka untuk semestar akan datang iaitu semestar musim panas dan semestar musim sejuk.

Kempen Infaq 1 Satu Jordan yang berlangsung selama 8 hari ini, mensasarkan kutipan sebanyak JOD 6000 dari seluruh mantiqah di Jordan termasuklah mantiqah Amman, Mafraq, Mu'tah dan Irbid.


VIDEO PROMO: 

Tawaran istimewa daripada team UZS berupa Kad Penghargaan Khas dengan setiap JOD 50 yang diinfakkan.
 dan tentulah tawaran yang lebih istimewa menanti anda di'sana' kelak insyaAllah.


WAKIL UZS yang akan ke pintu rumah anda!




' Hulurkan Tangan, Ringankan Beban '

"Perumpamaan org yg menginfakkan hartanya dijalan ALLAH,sprti sebutir biji yg menumbuhkan 7 tangkai,pd setiap 
tangkai ada 100 biji.ALLAH melipatgandakan bg sesiapa yg DIA kehendaki,dan ALLAH maha luas lagi maha 
mengetahui"

(AL-BAQARAH:261)





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting