Sunday 1 January 2012

Agihan Kali Pertama UZS sesi 2011/2012.


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Allah S.W.T telah mempermudah urusan kami. Ahli Jawatankuasa UZS telah mengadakan Mesyuarat Pengagihan Wang Zakat dan Sedekah UZS MPPMJ yang bertujuan untuk menapis borang-borang permohonan zakat yang telah diterima pada sesi ini untuk urusan agihan.

Mesyuarat ini telah diadakan di Irbid pada 24 Disember 2011 bermula pada pukul 12 tengahari hingga 6 petang yang telah dihadiri dua orang penasihat UZS, iaitu Ustaz Sufyan bin Che Abdullah dan Ustaz Ahmad bin Yussuf beserta wakil dari setiap mantiqah Irbid, Mu'tah, Mafraq dan Amman. Tidak lupa, turut hadir bersama wakil dari MPPMJ  ( Timbalan Presiden 1 ) Saudara Mohd Arif Azhar bin Mohd Ashaari. 






Berikut ialah hasil perbincangan yang telah disepakati ahli mesyuarat.

Semua borang-borang pemohon telah dinilai dan dianalisa bagi menentukan status pemohon tersebut sama ada layak-layak menerima bantuan ataupun tidak. Pemohon-pemohon telah dibahagikan kepada 3 kumpulan:
  1. Sangat memerlukan bantuan - akan menerima JOD 150.00
  2. Sederhana memerlukan bantuan - akan menerima JOD 100.00
  3. Memerlukan bantuan - akan menerima JOD 80.00
Secara keseluruhannya, semua pemohon berhak menerima bantuan. Walaubagaimanapun, pihak UZS tidak mampu untuk memberikan bantuan kepada semua pemohon kerana sumber bantuan tidak mencukupi. Oleh sebab itu, kami telah mengutamakan pemohon-pemohon yang lebih memerlukan bantuan seramai 37 orang pelajar dari sekitar mantiqah.

Kami sertakan Jadual Agihan Agihan Wang Zakat dan Sedekah untuk rujukan.
sila klik pada gambar untuk melihat pada skala besar

Jutaan terima kasih pada kalian yang menyumbang ke dalam dana UZS.
Semoga setiap qursh yang disumbang, ada kebaikan di 'sana'  kelak insyaAllah.

dan jangan teragak-agak untuk terus menyumbang, kerana sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan dan mengagihkan wang sumbangan anda kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan tidak terhad daripada kalangan mahasiswa Jordan sahaja. Penjaga, ibu bapa, saudara-mara para mahasiswa juga boleh memberi sumbangan dan zakat kepada pihak kami.


Hulurkan bantuan, ringankan beban, 
tambahkan senyuman, 
pada mereka yang memberi harapan.

:)




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting