Showing posts with label PIT. Show all posts
Showing posts with label PIT. Show all posts

Saturday, 31 October 2009

:: RoadShow Zakat '09 ii ::

Tentatif Kursus Intensif (13 November 2009)

8.15 a.m :
Ceramah bertajuk "Kewajipan Zakat & Kepentingannya"

(warga irbid)

9.30 a.m :
Rehat

• Kudapan

10.00 a.m :
Kursus Intensif bermula

• Sesi 1 : Pengumpulan Zakat

11.45 a.m :
Makan Tengah Hari

Solat Jumaat

1.30 p.m :
Kursus Intensif

• Sesi 2: Pengagihan Zakat

2.30 p.m :
Soal Jawab


3.00 p.m :
Majlis Penutup

• Ucapan Pengarah MSD
• Penyampaian Hadiah & Cenderahati

3.30 p.m :
Bersurai

Saturday, 11 July 2009

::Apa Kata Pengarah::

Alhamdulillah, kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas anugerah serta limpahan rahmat yang telah diberikan ke atas kita selaku khalifah yang berada di muka bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad, penghulu segala Nabi yang sentiasa memikirkan kesejahteraan umatnya.


Firman Allah s.w.t,


مَنْ قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّما قَتَلَ النَّاسَ جَميعاً وَ مَنْ أَحْياها فَكَأَنَّما أَحْيَا النَّاسَ جَميعاً

(Surah Al-Maidah : 32)


Kabinet kepimpinan MPPM sesi 2008/2009 semakin hampir ke penghujungnya. Sebelum kami melabuhkan tirai, MPPM telah melancarkan Program Infak & Takaful semasa program MEKAR di Mafraq, Jordan. Program ini diwujudkan sebagai satu wadah dan wasilah untuk mahasiswa-mahasiswa seJordan menyumbang, juga sebagai satu inisiatif bagi membantu ahli yang mempunyai masalah dari aspek kewangan. Program ini dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu Zakat dan Sedeqah.


Setelah bermesyuarat dan berbincang, satu garis panduan telah disusun berkenaan Zakat yang wajib bagi mahasiswa yang cukup syaratnya iaitu zakat wang simpanan. Melalui wakil yang ada, zakat akan dikutip dan diberikan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan.


Begitu juga untuk bahagian Infaq dan sedeqah. Pelajar-pelajar yang berkemampuan amatlah digalakkan untuk menyumbang melalui skim yang disediakan samada skim sumbangan tetap setiap bulan dengan atau skim bebas. Wang ini akan disalurkan kepada unit kebajikan persatuan-persatuan tanpa memasukkan ke dalam akaun kewangan persatuan. Seandainya terdapat lebihan kewangan daripada zakat dan sedeqah, duit tersebut akan diberikan ke masyarakat tempatan.


Buat akhirnya , saya mengharapkan sambutan yang memberangsangkan daripada semua pihak. Saya yakin, ramai di kalangan pelajar kita yang berkemampuan, mendapat kenaikan elaun tajaan dan sebagainya. Mengapa tidak kita sumbangkan sebahagian daripada elaun tersebut untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Ingatlah barangsiapa yang membantu meringankan beban manusia, seolah-olah dia telah membantu manusia seluruhnya. Yakinlah seandainya kita menyumbangkan walaupun sedinar, maka Allah s.w.t akan membalasnya dengan berlipat kali ganda, dimurahkan rezeki kita di dunia dan ditetapkan syurga untuk kita di akhirat.

"Hulurkan bantuan, ringankan beban"



DZULQARNAIN BIN AHMAD ISKANDAR SHAH

Presiden MPPM 0809

Wednesday, 8 July 2009

::Objektif::




Program zakat yang dianjurkan di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM) dinilai berdasarkan beberapa objektif penting yang memberi kesanbaik kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan, antaranya:


  1. Menanam kesedaran tentang kepentingan zakat dan kewajipannya dalam diri setiap individu yang bergelar muslim.
  2. Membantu mengendalikan pembahagian zakat pelajar dan memudahkan mereka menunaikan kewajipan mereka.
  3. Membantu menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memerlukan pada setiap mantiqah terutamanya dalam pembiayaan pengajian.
  4. Bekerjasama dengan pusat zakat tempatan dalam mengagihkan lebihan bantuan kepada penduduk-penduduk tempatan yang memerlukan.

::Apa bidang tugasan mereka::

STRUKTUR ORGANISASI

Senarai Tugas

Penasihat Syariah:
  1. Membekalkan maklumat terbaru tentang nisab dan hukum-hakam yang berkaitan zakat.
  2. Menjadi tempat rujukan dalam menyelesaikan kesulitan yang berlaku dalam proses pengumpulan dan pengagihan zakat.
  3. Memastikan segala gerak kerja mengikut lunas-lunas syariat.
Pengarah:
  1. Mengurus serta memerhatikan gerak kerja organisasi agar berjalan dengan lancar dan teratur.
  2. Mempengerusikan mesyuarat dan perjumpaan yang diadakan.
Setiausaha:
  1. Menyediakan segala minit mesyuarat dan kertas kerja yang berkaitan dengan program zakat.
  2. Menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan serta mengagihkan kepada wakil mantiqah.
Bendahari Am:
  1. Mengumpulkan maklumat kewangan setiap wakil mantiqah.
  2. Menyediakan laporan kira-kira mengikut semester @ tahun.
  3. Mengumpulkan segala zakat yang yang di serahkan kepada MPPM secara umum untuk diagihkan kepada wakil mantiqah.
Wakil Mantiqah:
  1. Mengedarkan bahan edaran kepada ahli mantiqah masing-masing.
  2. Mengumpulkan zakat pelajar dari mantiqah masing-masing.
  3. Membuat bancian terhadap pelajar mantiqah dan mengenal pasti pelajar yang layak untuk menerima zakat serta kadar yang sepatutnya diterima.
  4. Berperanan untuk mengagih zakat kepada pelajar yang berhak dalam mantiqah tersebut.
Syarat Umum AJK Pelaksana
  1. Mestilah daripada pelajar yang amanah dan dipercayai dalam menguruskan kewangan.
  2. Mempunyai maklumat am serta kemampuan untuk memahami masalah asas yang melibatkan zakat.
  3. Sanggup memberi komitmen dan berkhidmat tanpa mengharapkan balasan duniawi.

Tuesday, 7 July 2009

::Carta Organisasi Unit Zakat dan Sedekah::

PENASIHAT

Ust Heizal Hezry bin Omar

Ust Mahadi bin Mohammad



PENGERUSI

Dzulqarnain bin Ahmad Iskandar Shah


SETIAUSAHA

Muhamad Atiff bin Muhamad Noordin


BENDAHARI AM

Mohd Fauzi bin Abu Hassan


WAKIL MANTIQAH:


IRBID

Aiman Majdi bin Abdullah Akhili

Norzakiah binti Razali

Umi Attiyah binti Mohd Asmawi


MAFRAQ

Abu Bakar bin Mohamad Noor

Ummi Sa'adah binti Mohd Zain


MU’TAH

Mohammad Syaheed bin Mohammad Nizar

Ramlah Amin Abdullah


AMMAN

Ahmad Asyraf bin Zainuddin


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting