SKIM UNIT SAHAM
(TAJAAN KOS HIDUP DAN PENGAJIAN KEPADA ASNAF)
SKIM UNIT SAHAM adalah satu skim yang diwujudkan bagi meningkatkan lagi kuantiti kutipan dana UZS, di samping SKIM INFAK BULANAN dan kutipan ZAKAT. Melalui skim ini, penderma berpeluang memberi sumbangan dalam kuantiti yang lebih banyak untuk tempoh masa yang lebih singkat.
SKIM UNIT SAHAM adalah satu skim yang akan diwujudkan bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan.
Pelaksanaan :
· Bagi skim ini, UZS menerbitkan Unit Saham yang bernilai 5JD seunit.
· Kontrak penyertaan adalah selama 5 bulan.
· Penderma diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang atau lebih; dan menyumbang sebanyak 5JD seorang bagi setiap bulan (selama 5 bulan) bagi mencapai sasaran 150JD.
· Jumlah 150 JD tersebut kemudiaannya akan diberikan kepada seorang penerima yang layak, sebagai wang bantuan bagi menyara kos pengajian untuk 1 semester pengajian.
Proses Pembayaran :
Proses Pembayaran :
· Penderma boleh, malah digalakkan untuk 'membeli' lebih daripada 1 unit saham.
· Tarikh mula pembayaran dan cara pembayaran (samada bayaran penuh atau secara bulanan) tertakluk sepenuhnya kepada persetujuan setiap ahli daripada kumpulan tersebut.
· Bayaran diserahkan kepada wakil UZS yang telah dilantik.
Proses Kutipan :
· Kutipan akan dilaksanakan oleh wakil mantiqah masing-masing dan wakil batch (jika ada).
· Hasil kutipan akan direkodkan ke dalam buku rekod yang telah disediakan.
· Kutipan akan dilaksanakan sepanjang masa.
Sasaran :
· Hasil unit saham yang diperoleh dapat menampung seorang pelajar berdasarkan 10 unit saham untuk setiap bulan.
· Hasil kutipan juga akan disalurkan kepada BKAN dan Persatuan Zon yang membuat derma kilat.
Wakil Mantiqah untuk dihubungi :
IRBID | Muhammad Zulkhairi 0779433757 | Nur Izzati bt Shaarifuddin 0779974172 |
AMMAN | Qudrotullah 0779851139 | Siti Nur Khadijah bt Asaari 0779980426 |
MAFRAQ | Ismail Hassan 0779760898 | Nur Amalina Nozi 0776637595 |
MU’TAH | Abdul Rahim 0786954068 | Khairun Hanisah 0777953362 |