Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Saturday, 8 October 2011

Statistik Kutipan (Zakat Fitrah dan Sedekah) Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sungguh, tiada kalimah selayaknya diungkapkan setelah selesai sudah satu amanah, iaitu urusan Zakat Fitrah & Sedekah Ramadhan.

Segala puji dan syukur dikembalikan pada Allah s.w.t atas segala kemudahan dan kesenangan yang dipinjamkanNya buat Team UZS demi menjalankan amanah terbesar Ramadhan lalu.

Untuk makluman semua, jumlah kutipan Zakat Fitrah 2011 adalah sebanyak 765.50 JOD, dan kutipan Sedekah adalah sebanyak 301.10 JOD.


dan berikut adalah statistik kutipan secara terperinci mengikut mantiqah :

Mantiqah
Zakat Fitrah
Sedekah
Jumlah
IRBID
561 JOD
272.60 JOD
833.60 JOD
AMMAN
21 JOD
8.50 JOD
29.50 JOD
MAFRAQ
123.50 JOD
12 JOD
135.50 JOD
MU’TAH
60 JOD
8 JOD
68 JOD
JUMLAH
765.50 JOD
301.10 JOD
1066.60 JOD


Sumbangan telah diberikan kepada 21 orang pelajar, dengan setiap orang menerima 35 JOD seorang pada 28 Ogos 2011 yang lalu.

Jutaan Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat baik dari pihak yang menyumbang dan pihak yang menjalankan amanah mengagihkan sumbangan. :)

Semoga, semoga dan semoga Allah redha dengan usaha dan sumbangan kita semua, insyaAllah.

Monday, 18 July 2011

KES-KES PENERIMA BANTUAN ZAKAT






Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin ramai di kalangan penuntut atau warga Malaysia di Jordan ini masih tidak mengetahui yang mana ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang sedang dihimpit masalah khususnya masalah kewangan. Sehinggakan masalah yang menghimpit mereka ini dapat mengganggu gugat pembelajaran mereka.

Antara kes-kes pemohon bantuan zakat dan sedekah yang pihak UZS terima adalah :

Kes 1
Seorang pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah dihantar ke salah sebuah universiti di Jordan untuk melanjutkan pengajian tinggi. Sekumpulan penaja (dari kalangan orang ternama) telah berjanji untuk menanggung kesemua kos pengajiannya selama 4 tahun di sini. Namun, janji hanya tinggal janji. Kini, setelah 2 tahun berada di sini, hanya tiket penerbangan untuk  ke Jordan sahaja yang ditaja. Manakala kos hidup pula terpaksa ditanggungnya sendiri melalui keluarganya yang miskin dan juga wang kutipan daripada tabung yang diedar oleh pengetua sekolahnya dahulu.

Kes 2
Seorang pelajar yang telah kehilangan bapa terpaksa meminjam wang rakan-rakannya bagi membayar yuran pengajian universiti. Dia tidak mendapat mana-mana tajaan. Pendapatan sebulan ibunya ialah RM800 yang diperoleh daripada wang pencen arwah bapanya. Adik-beradiknya ramai. Ibunya terpaksa menanggung dia dan kesemua adik-beradiknya yang masih lagi bersekolah.

Kes 3
Oleh kerana sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk membayar yuran pengajian dan untuk menampung kos sara hidupnya di sini, seorang pelajar terpaksa menangguh semester pengajiannya lalu pulang ke Malaysia untuk bekerja demi mendapatkan sumber kewangan tersebut.






Ini merupakan sebahagian kecil daripada kes-kes yang direkodkan oleh pihak kami. Kami menerima lebih banyak kes-kes atau aduan seumpama ini. Mungkin tedapat kes-kes yang seumpama atau lebih dhaif daripada yang pihak kami ketahui ini yang tiada dalam rekod kami. 

Jika kita lihat, alangkah bersyukurnya kita dengan nikmat yang Allah Azzawajalla kurniakan kepada kita sebagai penuntut yang mendapat tajaan biasiswa atau pinjaman atau mempunyai keluarga yang sangat berkemampuan untuk membiayai pengajian kita di sini. Justeru, siapa lagi jika bukan kita yang berkemampuan ini untuk membantu mereka yang menghadapi masalah begini. 

Kita semua adalah saudara bukan?

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." [Al Baqarah : 261]

Ayuh hulurkan Bantuan, Ringankan Beban mereka. 



UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ 2011/12


Sunday, 29 May 2011

Statistik Zakat & Sedekah sesi 10/11

Berikut adalah statistik penuh agihan zakat dan sedekah sesi 10/11 dan juga sesi lepas, 09/10:


MU’TAH
SYABAB :  
16 PEMOHON
AKHAWAT:
49 PEMOHON
JUMLAH:
65 PEMOHON
SESI 09/10:
12 PEMOHON
SESI 10/11:
53 PEMOHON


MAFRAQ
SYABAB :
17 PEMOHON
AKHAWAT :
21 PEMOHON
JUMLAH :
38 PEMOHON
SESI 09/10 :
21 PEMOHON
SESI 10/11:
17 PEMOHON


AMMAN
SYABAB :
1 PEMOHON
AKHAWAT :
6 PEMOHON
JUMLAH :
7 PEMOHON
SESI 09/10 :
1 PEMOHON
SESI 10/11:
6 PEMOHON


IRBID
SYABAB :
10 PEMOHON
AKHAWAT :
9 PEMOHON
JUMLAH :
19 PEMOHON
SESI 09/10 :
-
SESI 10/11:
19 PEMOHON


Statistik Zakat & Sedekah (12 Mei 2011)


Sesi 09/10
Sesi 10/11
Jumlah pemohon zakat
34
95
Jumlah penerima zakat
23
39
Jumlah wang diagihkan
3260.00   JOD
6202.875   JOD

Jumlah keseluruhan Agihan
9462.875   JOD
Jumlah pemohon zakat
129
Jumlah penerima zakat
62


Alhamdulillah, sepanjang sesi setelah dibuat survey ke atas penerima-penerima zakat & sedekah, respon yang kami terima adalah positif dan bantuan yang anda hulurkan sedikit sebanyak meringankan beban mereka. Namun, jumlah kutipan ini perlu ditingkatkan supaya lebih ramai pemohon yang akan menerima sumbangan.



Semoga kutipan dan jumlah agihan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa Insya Allah. Terima kasih atas sumbangan anda.


“Hulurkan bantuan, Ringankan beban”



joM KE-


UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ 2010/11

Saturday, 17 July 2010

:: MEMBELI SAMBIL MENDERMA ::




Sukacita dimaklumkan bahawasanya

UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPM (UZS) membuat Jualan Buku bertajuk:

"TAFSIR AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN PUASA DI BULAN RAMADHAN"
( surat al-baqarah : ayt ke 183 hgga ke 187 )..

Karya Ustaz Heizal Hezry Omar

Hanya 4 JOD!

Duit daripada hasil jualan ini akan disalurkan terus ke tabung Unit Zakat dan Sedekah

Jadi, Tunggu apa lagi ?

Jomlah kita Membeli Sambil Menderma!

[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)


Bagi sesiapa yang berminat, sila hubungi:

Syabab : Muhammad Ain bin Sapia'i, 0779078738 ( Thn 3, Iqtisod)

atau

Akhwat : Nur Aqilah binti Bedu Rahim, 0776977075 ( Thn 3 Iqtisod)

atau

AJK Unit Zakat & Sedekah (UZS)





"Hulurkan Bantuan Ringankan Beban"






UNIT ZAKAT & SEDEKAH MPPMJ 2010/11

Thursday, 11 March 2010

:: Mengorak Langkah ::

Tawaran hebat….


Alhamdulillah…


Sejak berakhirnya Program RoadShow Zakat 09 yangg diadakan pada 9 November 2009 sehingga 13 November 2009, semakin ramai mahasiswa Malaysia Jordan mula menyedari bahawa kewajipan menunaikan zakat dari pelbagai aspek,yang mungkin ramai menganggap kewajipan itu hanya pada zakat fitrah sahaja.


Malah, sambutan yang hangat diterima dari pelbagai pihak sama ada warga Malaysia di Jordan mahupun warga Malaysia di tanah air sendiri telah menunjukkan bahawa mereka mula menyedari tentang fadhilat-fadhilat bersedekah. Masing-masing telah bermurah hati untuk menginfakkan sebahagian wang mereka untuk kebajikan mahasiswa Malaysia di sini…


Kami,dengan bertemakan "Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban", telah mengambil langkah inisiatif dengan melancarkan beberapa program bagi memudahkan para mahasiswa untuk menunaikan zakat dan sedekah.


Antara program tersebut:



ZAKAT



  • · Maklumat mengenai zakat boleh dirujuk pada link ini
  • · Diuruskan oleh wakil mantiqah masing-masing


Zakat yang dilancarkan:



A. zakat pendapatan







B. Zakat wang simpanan





SEDEKAH



Untuk bahagian sedekah, kami telah melancarkan 2 jenis skim iaitu skim infak bulanan dan juga skim unit saham.




Skim Infak Bulanan



  • Dibahagikan kepada 4 kategori; PERMATA, EMAS, PERAK, GANGSA.
  • Semua mahasiswa yang berminat diminta memilih salah satu kategori yang ada dan menderma (tertakluk pada kategori yang anda pilih) setiap bulan sehingga tamat kontrak.
  • Tempoh kontrak adalah selama setahun.
  • Diuruskan oleh wakil batch di mantiqah masing-masing




Skim Unit Saham



  • Bagi skim ini, anda diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang atau lebih, dan menderma sebanyak JOD 5 seorang bagi setiap bulan bagi mencapai sasaran JOD 150.
  • Duit yang diperolah akan diberi kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah dalam menyelesaikan hutang mereka dengan pihak universiti.
  • Tempoh kontrak bagi skim ini adalah selama 5 bulan.
  • Diuruskan oleh wakil mantiqah masing-masing




SKIM INFAK BULANAN




¨ Permata (sumbangan lebih daripada JOD 2 setiap bulan)

¨ Emas (sumbangan sebanyak JOD 2 setiap bulan)

¨ Perak (sumbangan sebanyak JOD 1 setiap bulan)

¨ Gangsa (sumbangan sebanyak JOD 0.50 setiap bulan)




Kontrak selama setahun



Bermula ………/………/………….

Sehingga ………/………/………….



SKIM UNIT SAHAM



  • Satu unit saham sebanyak JOD 5
  • satu kumpulan seramai 6 orang atau lebih
  • sasaran : JOD 150


Kontrak selama 5 bulan

Bermula ………/………/………….

Sehingga ………/………/………….





Ayuh!



"Dapatkan borang penyertaan di bahagian Muat Turun di bahagian kotak kanan..."



Rebut peluang yang ditawarkan selagi hayat dikandung badan...




*Jika anda mempunyai masalah, diminta untuk terus hubungi wakil mantiqah anda masing-masing agar tidak wujud sebarang kesulitan...*

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting