Monday, 22 July 2013

Saya Tahu Saya Kena Qada' dan Fidyah tapi.....

Qadha, Fidayah & Kaffarah Puasa
Disediakan oleh: Biro Kajian dan Ilmiah Unit Zakat Sedekah Jordan (UZS MPMMJ)
Penulis: Yuhakim Fitri Bin Yunus

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kita nikmat terbesar dalam hidup ini, iaitu nikmat islam dan iman, selawat dan salam buat Rasul mulia yang telah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Firman Allah dalam Kalam-Nya:  

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadhan amat sinonim dengan masyarakat muslim. Pada bulan yang mulia ini, umat islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa yang telah diwajibkan atas mereka sebagai tanda patuh dan beriman kepada Yang Maha Kuasa Allah ‘Azzawajalla. Mereka menahan diri daripada makan dan minum di siang hari, di samping menjauhkan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa selama 29 atau 30 hari Ramadhan.

Namun begitu, masih terdapat ramai umat Islam yang tidak tahu akan hokum hakam dalam syariat islam yang wajib mereka patuhi dan laksanakan sekiranya puasa mereka terbatal ataupun sengaja meninggalkan puasa di bulan Ramadhan ini. Lebih mendukacitakan, ramai dalam kalangan kita yang mengambil remeh tentang perkara ini sedangkan ia merupakan hutang yang wajib untuk dilangsaikan selagi kita masih hidup.

Sebagaimana perintah Allah dalam al-Quranul Karim

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain”. (al-Baqarah; 184)

Apakah perkara yang perlu dilaksanakan atau bentuk-bentuk denda yang dikenakan sekiranya tidak berpuasa/ terbatal puasa di siang hari Ramadhan?

Hanya ada 4  kaedah yang ditetapkan syarak untuk menggantikan puasa, dan ianya berbeza mengikut sebab-sebab terbatalnya puasa itu.

  1. Qadha sahaja
  2. Membayar fidyah sahaja
  3. Qadha dan membayar fidyah
  4. Qadha dan dikenakan kaffarah

Sebelum kita huraikan dengan lebih lanjut, perlu diambil perhatian bahawa majority ulamak telah menetapkan terdapat 3 perkara yang yang menjadikan puasa seseorang itu terbatal apabila dia melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, iaitu

1.      Tahu akan perkara yang dilakukan akan membatalkan puasa
2.      Tidak lupa
3.      Sengaja/ tidak dipaksa

Apakah maksud Qadha?

Qadha bermaksud menjalankan ibadah puasa sebagai ganti bagi puasa wajib yang ditinggalkannya. Hukumnya adalah wajib ditunaikan sebelum datangnya bulan Ramadhan yang seterusnya, jika tidak berkesempatan maka diwajibkan pula untuk membayar fidyah. Oleh itu lebih afdhal untuk menghabiskan bilangan puasa qadha terlebih dahulu sebelum memperbanyakkan puasa sunat.

Bagaimanakah cara untuk qadha puasa?

Pelaksanaan qadha puasa adalah seperti menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Disyaratkan berniat sebelum terbit fajar atau sebelum masuk waktu subuh, menahan diri daripada makan, minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga tenggelam matahari (masuk waktu maghrib).

Siapakah golongan yang hanya diwajibkan qadha sahaja?

1.      Orang yang berbuka puasa kerana sakit, kerana jika terus berpuasa, akan mendatangkan mudarat yang lebih besar atau bertambah lambat sembuhnya.

2.      Orang yang berbuka puasa kerana bermusafir melebihi 2 marhalah, iaitu melebihi 81KM (mengikut pandangan majority ulamak)

3.      Perempuan yang hamil, atau ibu menyusukan anak yang berbuka puasa kerana hanya khuatir berlaku mudarat atas dirinya sahaja tanpa khuatir akan keadaan anaknya.

4.      Orang yang terbatal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

5.      Orang yang berniat untuk mengqadhakan puasa bagi si mati, namun pandangan majority ulamak adalah lebih afdhal bayar fidyah.

Apakah maksud fidyah?

Fidyah bermaksud bayaran (secupak makanan asasi) yang perlu dijelaskan kepada golongan fakir miskin  sebagai suatu cara untuk menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkannya atau sebagai denda keatas orang yang sengaja melewatkan puasa qadha sehingga masuk bulan Ramadhan yang baru. Hukumnya adalah wajib berdasarkan firman Allah Taala,

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (al-Baqarah: 184)


Siapakah golongan yang hanya diwajibkan untuk membayar fidyah sahaja tanpa perlu qadha puasa?

1.      Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

2.      Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis. Mustahil baginya untuk menggantikan puasa dengan cara qadha.

3.      Orang yang berniat untuk membayar fidyah bagi menebus hutang puasa si mati.





Bagaimanakah cara untuk membayar fidyah?

Terdapat pendapat dalam bayaran fidyah, iaitu membayar menggunakan makanan asasi (dalam konteks malaysia adalah beras) ataupun bayar menggunakan duit. Kita boleh mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.





Turutan pengiraan fidyah adalah seperti berikut,

1.      Kenalpasti jumlah hari puasa yang ditinggalkan.

2.      Kira dan dapatkan jumlah cupak/ jumlah wang yang perlu dibayar.

3.      Beri fidyah kepada fakir miskin atau bayar kepada amil yang dilantik pihak berkuasa.

Kaedah pertama (jika menggunakan beras sebagai bayaran)

Secupak beras adalah bersamaan dengan 675 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo. Namun dalam hal ini, amat dituntut untuk membayar lebih, tetapi membayar kurang jangan sekali.

Kaedah kedua (jika menggunakan duit sebagai bayaran)

Bayaran zakat fitrah yang telah ditetapkan pemerintah pada tahun semasa dibahagi 4. Ini kerana nilai zakat fitrah adalah berdasarkan harga semasa 1 gantang beras, dan 1 gantang beras bersamaan 4 cupak.
Contohnya, zakat fitrah bagi negeri Selangor pada 2013 adalah sebanyak RM 7, maka jumlah bayaran fidyah ialah

= RM 7 / 4
= RM 1.75

Contoh kedua, kaedah yang sama digunakan bagi yang sedang berada di Jordan, zakat fitrah bagi Jordan pada 2013 adalah sebanyak JD 1.5, maka jumlah bayaran fidyah ialah

= JD 1.5 / 4
= JD 0.375 atau 375 qursh

Namun perlu diberi perhatian, dalam hal ini, membayar lebih tidak mengapa, tetapi membayar kurang jangan sekali.

Seseorang yang diwajibkan membayar 30 cupak untuk 30 hari puasa yang ditinggalkan, hendaklah memberi secupak beras kepada 30 orang miskin ataupun dibolehkan juga untuk membayar 30 cupak kepada seorang dari orang miskin.

Persoalan yang timbul, adakah jumlah bayaran fidyah berganda sekiranya jumlah tahun hutang qadha puasa bertambah?

Terdapat dua pandangan terhadap masalah penggandaan kiraan fidyah tertangguh:

1    1)  Tidak digandakan. Ini adalah pandangan mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali.
     2) Digandakan. Ini adalah pandangan mazhab Imam Syafie.

Kita boleh mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Contoh mudah bagi pengiraan fidyah tertangguh adalah:

Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.
Untuk mengetahui jumlah fidyah yang perlu anda jelaskan, sila rujuk kepada Baitulmal yang berdekatan.

Siapakah golongan yang wajib qadha dan membayar fidyah?

1.      Perempuan yang hamil atau ibu menyusukan anak yang berbuka puasa kerana khuatir berlaku mudarat pada kandungannya atau menjejaskan kesihatan bayinya.

2.      Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur. Ini adalah pandangan ulama-ulama Imam Syafie Rahimahullah.

3.      Orang yang lewat qadha puasa hingga datang bulan Ramadhan yang baru.






Apakah yang dimaksudkan dengan kaffarah?

Mengikut pendapat mazhab Imam Syafie, kaffarah bermaksud denda yang dikenakan terhadap sesiapa yang terbatal puasanya disebabkan bersetubuh pada siang hari Ramadhan.

Siapakah golongan yang diwajibkan kaffarah ke atasnya?

Terdapat satu golongan sahaja iaitu yang terbatal puasanya disebabkan bersetubuh di siang hari Ramadhan, perkara ini termasuk bagi suami isteri mahupun pasangan yang berzina. Pandangan Imam Bukhari dan mazhab Zahiri menetapkan kaffarah berlaku ke atas kedua-dua yang terlibat dalam persetubuhan. Adapun mengikut pendapat mazhab Imam Syafie, kaffarah hanya dikenakan ke atas si suami sahaja manakala si isteri hanya perlu mengqadhakan puasanya sahaja.

Bagi golongan yang sengaja membatalkan puasa dengan niat untuk bersetubuh selepasnya, juga dikenakan kaffarah mengikut pandangan mazhab Imam Syafie. Tetapi perkara sebegini  sangatlah tidak elok kerana seperti mempermain-mainkan agama apatah lagi dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Bagaimana untuk melaksanakan kaffarah?

Kaffarah hendaklah dilakukan salah satu secara tertib mengikut turutan di bawah (mengikut pendapat mazhab Imam Syafie):

    1.     Memerdekakan seorang hamba

    Sekiranya tidak mampu,
    2.      Berpuasa 2 bulan berturut-turut

    Sekiranya tidak mampu,
    3.      Memberi makan 60 rang miskin dengan makanan  yang mengenyangkan.



Sebagaimana yang dirakam dalam satu hadis sohih,

Dari Abu Hurairah, Beliau berkata : Tatkala kami duduk disisi Nabi tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki, dan dia berkata “Wahai Rasulullah binasa aku”, maka Beliau bertanya “kenapa engkau ?”, orang itu menjawab “Aku telah menyetubuhi istriku, padahal aku berpuasa”, dalam sebuah riwayah “Aku menyetubuhi keluargaku di bulan Ramadhan”, maka Rasulullah bersabda “Apakah engkau mendapatkan seeorang budak yang engkau bisa membebaskannya ?”, maka orang ini menjawab “Tidak ada”, Rasulullah bersabda “Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan secara berturut-turut?”, maka orang ini menjawab “Tidak”, Rasulullan bersabda “Apakah engkau mendapatkan pemberian makan kepada 60 orang miskin ?”, maka orang ini menjawab “Tidak”. Berkata Abu Hurairah “maka Nabi terdiam”, maka tatkala kami dalam keadaan yang demikian itu tiba-tiba didatangkan kepada Nabi dengan sebuah kantong (kantong yang terbuat dari pelepah kurma seukuran masuk didalamnya 15 sha’ dari sesuatu) yang padanya terdapat kurma. Kemudia Nabi bertanya “Mana orang yang bertanya tadi ?”, maka orang ini menjawab “Aku”, maka Nabi berkata “Ambillah ini lalu bersedekahlah dengannya”, orang ini berkata “Apakah atas orang yang lebih faqir daripadaku wahai Rasulullah ?, maka demi Allah tidak ada diantara dua kampungnya sebuah keluarga yang lebih faqir daripada keluargaku”, maka Nabi tertawa sampai terlihat gigi saingnya, kemudian Beliau bersabda “Berikanlah dia kepada keluargamu”.
(riwayat Bukhari no.6164)


Persoalan yang timbul, apakah yang dimaksudkan dengan 2 bulan berturut-turut?

Ini adalah pandangan semua ulamak dan fuqaha’ berdasarkan hadis nabi “syahraian mutatabi3in”. dan majority fuqaha’ mensyaratkan bulan Ramadhan serta hari-hari yang diharamkan puasa seperti aidilfitri dan aidiladha dan hari-hari tasyriq hendaklah tidak masuk dalam kiraan 2 bulan itu.

Ulamak-ulamak Hanafi dan Syafie berpendapat kiraan 2 bulan berturut-turut itu akan terbatal walaupun berbuka disebabkan sakit uzur kecuali disebabkan haid dan nifas.

Sekiranya jimak berlaku beberapa kali dalam satu hari maka suami dikenakan sekali kaffarah sahaja. Begitu juga bagi isteri walaupun berlaku jimak beberapa kali dalam satu hari dia wajib mengqadha'kan puasa. Sebaliknya jika jimak berlaku pada hari yang berlainan maka kaffarah yang dikenakan adalah mengikut bilangan hari. Contohnya jimak  dilakukan sebanyak 2 tetapi pada hari yang berlainan, maka suami wajib membayar 2 kali kaffarah, dan isteri wajib mengqadha' puasa dua hari.

Wallahua3lam.

Rujukan:
1.      Al-Quran
2.      Kitab Sahih Bukhari
3.      Kitabفقه العبادات لفضيلة الشيخ محمد بن صالح العثيمين  , keluaran دار الكتاب العلمية
4.      Kitab الجامع الأحكام الصيام  karangan as-Syeikh Mahmud Abd Latif ‘Uwaidah
5.      Fiqh Manhaji
6.      www.e-fatwa.gov.my








Monday, 10 December 2012

Menabung, Mengapa dan Bagaimana

Oleh : Ahmad Fadhil Hamdi Bin Mohd Ali
Menabung adalah perbuatan menyimpan duit daripada digunakan pada waktu itu. Jika diterjemahkan kepada formula ekonomi yang mudah, simpanan itu adalah baki pendapatan setelah ditolak daripada perbelanjaan. Individu yang rasional dan waras akalnya akan berusaha untuk menabung, tidak boros berbelanja, tidak pantas membeli segala gajet-gajet baru yang bersepah di pasaran dan akan berfikir masak-masak sebelum membuat sesuatu perbelanjaan, lebh-lebih lagi perbelanjaan yang besar.

     Kita mungkin akan tertanya-tanya; kenapa mereka yang mendakwa akalnya waras begitu tindakannya? Kenapa perlu menabung? Pentingkah menabung? Perlukah? Berikut beberapa poin yang boleh penulis nukilkan untuk menjawab persoalan-persoalan tadi:
·         Menabung untuk menghadapi kecemasan.
Kita semua akan hadapi pelbagai situasi yang tidak dijangka, seperti kos rawatan hospital yang melambung tinggi untuk bukan warganegara, kemalangan yang mencecah ratusan dan ribuan dinar, pembelian tiket kapal terbang on the spot dan lain-lain. Dengan simpanan yang ada, kita tak akan menyusahkan orang lain dengan membuat pinjaman.
·         Menabung untuk merealisasikan impian.
Siapa yang tak mahu mengembara ke 32 buah negara Eropah, membawa ibu bapa mengerjakan haji, berkahwin, menyambung pengajian master di Universiti Oxford, membeli sebuah Lancer Evo X atau pun seunit banglo mewah di Damansara? Walau apa pun contoh yang diberi, setiap impian itu memerlukan kita menyimpan sejumlah wang yang mencukupi.
·         Menabung untuk melabur pada masa hadapan.
Ada di antara kita yang masih merangkak dalam aktiviti pelaburan, masih dalam meneliti, belajar tentang segenap peluang pelaburan yang ada untuk diceburi setelah beroleh segulung ijazah. Mahu tidak mahu, kita perlu menabung sekarang bagi membolehkan kita membuat pelaburan -yang semestinya perlu patuh syariah dan undang-undang- pada masa akan datang.

     Jika masih belum jelas, mungkin boleh ditonton filem Confessions of a Shopaholic, sebuah filem yang ada hikmahnya bagi hemat penulis. Setelah jelas mengapa perlu menabung, bolehlah kita beralih pula kepada beberapa kaedah atau cara yang praktikal untuk kita menabung atau yang dapat membantu kita untuk menabung, antaranya:

·         Mendahulukan perbelanjaan mengikut hierarkinya.
Contohnya, seseorang ingin membeli sebuah telefon bimbit. Dia ada pilihan sama ada untuk membeli sebuah Samsung S3 atau pun sekadar Nokia 3310. Asasnya, telefon bimbit sekarang menjadi suatu KEPERLUAN untuk manusia saling berhubung, maka Nokia 3310 dikira sudah mencukupi. Tetapi KEHENDAK manusia yang tak terbatas boleh menyebabkan individu itu memilih Samsung S3. Tiada masalah jika individu itu mampu, tapi dia perlu memastikan yang dia tidak ada komitmen lain (yang bersifat keperluan) yang perlu didahulukan dahulu.
·         Tidak gopoh berbelanja.
Misalnya, seseorang itu tersangat berkemampuan untuk membeli telefon pintar berkat daripada subsidi yang kerajaan Malaysia berikan, dan dia ada beberapa pilihan untuk dibuat. Individu yang bijak berbelanja akan membuat perbandingan dahulu antara gajet yang berkenan di hati berdasarkan spesifikasi yang diminati dan testimoni yang ada di internet, untuk mengelakkan kemungkinan gajet itu dijual kembali kepada orang lain dengan harga lebih rendah kerana terdedah kepada susut nilai. Di sini, kita dapat lihat, jika individu itu berhati-hati dalam membuat pilihannya, jumlah susut nilai itu sepatutnya tidak akan keluar dari simpanannya.
·         Senaraikan perbelanjaan bulanan.
Kita disarankan untuk mengawal aliran keluar duit kita dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan. Sebagai contoh, seorang siswa tajaan JPA menerima RM 2,500 sebulan. Beliau siap membahagikan duit itu kepada beberapa bahagian:
1) perbelanjaan wajib seperti sewa rumah, makan minum, dsb. yang berjumlah RM 800.
2) perbelanjaan universiti seperti buku rujukan dsb. yang berjumlah RM 100.
3) perbelanjaan tambahan seperti buku tambahan, sedekah dsb: RM 600.
4) simpanan: RM 1,000.
Dengan melazimi dan tidak melanggar peruntukkan itu, tidak mustahil beliau dapat mengumpul sebanyak RM 12,000 setiap tahun dengan mudah.
·         Membeli emas.
Emas dari zaman-berzaman terbukti stabil nilainya. Jika diteliti harga emas dari tahun ke tahun, harganya naik sebanyak 30% setahun, antara kesan daripada inflasi. Contohnya, emas yang dibeli pada awal tahun 2010 berharga JD25 segram kini boleh dijual dengan harga JD40 segram lebih kurang. Maka, individu yang mempunyai lebihan wang yang tidak digunakan seperti siswa di atas disarankan untuk membeli emas sebagai simpanan jangka panjang yang nilainya jauh dimamah kesan inflasi. Antara syarikat menjual jongkong emas yang dipercayai di Irbid adalah SABNUHA Fine Gold Trading yang boleh dihubungi di Facebook Group 'Komuniti Pelabur Emas Jordan'.
·         Menyediakan tabung.
Walaupun bunyinya agak kolot, tapi sekurang-kurangnya, ia boleh digunakan untuk maslahat tertentu, contohnya duit syiling yang berterabur di segenap penjuru rumah dikutip dan diletakkan ke dalam tabung untuk membeli keperluan dapur. Penarikan beberapa subsidi oleh kerajaan Jordan menyebabkan beberapa harga barang keperluan naik, maka tabung yang siap dikumpul itu bolehlah digunakan untuk menukar tong gas memasak, atau pun paling tidak sepapan telur ayam.

     Perlu juga diingat, simpanan kita yang telah cukup haul dan cukup nisab hendaklah dikeluarkan zakat, sama ada berbentuk jongkong emas, tunai yang tersimpan rapi tak terusik di bawah karpet rumah, mahupun tunai di bank. Segala yang berkaitan dengan zakat dan pengiraannya bolehlah dirujuk kepada Unit Zakat & Sedekah Jordan di akaun Facebook 'Zakat Sedekah MPMM Jordan'. Petua bola sepak ada mengatakan, sebaik-baik cara bertahan adalah dengan menyerang, sama lah juga halnya di sini; antara hikmah dikenakan zakat ke atas wang simpanan ialah Islam menyarankan umatnya untuk melabur dari menabung. Maka, di sini, saya boleh katakan 'sebaik-baik cara menabung adalah dengan melabur'.

     Akhir kalam penghujung, selamat menabung!


Ahmad Fadhil Hamdi Bin Mohd Ali adalah Mahasiswa tahun 4 Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk Irbid, Jordan .  

Friday, 7 December 2012

Keajaiban Sedekah

KEAJAIBAN SEDEKAH

Rasulullah Saw. bersabda,apabila engkau ingin dicintai Allah, takutlah kepada-Nya dan bertakwalah. Apabila engkau ingin dicintai para makhluk, berbuat baiklah kepada mereka dan jangan berharap sesuatu dari yang mereka miliki. Bila engkau ingin diperkaya dalam harta, maka zakatilah harta bendamu. Bila engkau ingin disihatkan badanmu, maka perbanyaklah sedekahmu. Bila engkau ingin diperpanjang umurmu, maka bersilaturrahimlah kepada kaum kerabatmu. Bila engkau ingin dikumpulkan bersamaku di padang mahsyar, maka perpanjanglah sujudmu kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa.

"Suatu hari ada seorang pedagang datang kepada salah seorang pekerja saya. Ia mengaku punya hutang Rp. 30 juta, dan tidak tahu lagi ke mana harus mencari wang untuk melunasi hutangnya. Pekerja saya meminta dia memberi sedekah. Apa yang boleh dilakukannya? Ia mengaku tak punya sesuatu yang berharga untuk dijual. Akhirnya pekerja saya menganjurkan agar dia menjual motor vespanya dan mensedekahkan hasilnya. Ternyata, pada saat dia sedang menawarkan nilai harga motor tersebut, kakaknya yang di Swiss mengirim pesan ringkas,SMS. Isinya menyatakan bahwa ia baru saja mentransfer dana senilai Rp. 30 juta..."( cerita daripada kisah benar yang disampaikan oleh Ustadz Yusuf Mansur)

Sedekah memang tidak mampu difahamkan oleh hukum ekonomi: Anda mengeluarkan zakat dan sedekah, adakah apa yang dimiliki anda berkurang? Begitulah Allah menaburkan jutaan keajaiban, mukjizat, misteri dan rahsia keagungan di balik amalan sedekah.Samada itu berkaitan dengan kehidupan di dunia, seperti kelapangan hidup dari beragam masalah, kebarakahan kekayaan, kebahagiaan dan apa sahaja nikmat pahala di kehidupan akhirat kelak.
Tak pernah ada tutur kisah bahwa orang yang rajin bersedekahh lantas hidupnya jadi miskin, melarat, dhaif dan menderita. Justru para dermawan itu, yang ikhlas lillahi ta'ala, hidupnya makin bertabur harta, makin mulia dan makin bahagia.

| Jika anda ingin semakin kaya, mulia dan bahagia, maka perbanyaklah sedekah anda |

Sumber : Youtube-Ceramah Ekonomi Islam.(Indonesia)Oleh : Saidah Hafizah Mohd Hanapi Credit ceramah Ustaz Muhammad Muhyidin.

Adab-adab Mengeluarkan Zakat.

Diantara Adab-adab yang perlu dilakukan oleh pengeluar zakat.Dibawa ini diterangkan secara ringkas tentang adab-adab tersebut.:-

Mengeluarkan pada waktu wajibnya, mengeluarkannya dengan senang hati, memberikan dari hartanya yang terbaik, paling bagus, paling disenangi, paling dekat kepada yang halal, menyenangkan si penerima, menganggap kecil pemberiannya agar selamat dari sifat ujub, menyamarkannya agar selamat dari sifat riya, terkadang menampakkannya karena menghidupkan kewajiban ini dan karena mendorong orang-orang kaya agar mengikutinya, dan janganlah membatalkannya dengan menyebut pemberian dan menyakiti.

Yang afdhal, agar orang yang berzakat menyalurkan sedekahnya pada orang yang lebih bertaqwa, lebih dekat hubungan kekerabatannya, dan lebih membutuhkan. Dan agar ia berusaha memberikan sedekahnya pada orang yang berkembang zakat dengannya dari karib kerabat, orang-orang yang bertaqwa, para penuntut ilmu, orang-orang fakir yang tidak meminta-minta, keluarga besar yang membutuhkan dan semisal mereka. Dan agar ia mengeluarkan apa yang ada padanya berupa zakat atau sedekah dan semisalnya sebelum adanya halangan. Firman Allah SWT:

وَأَنفِقُوا مِن مَّارَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلآ أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ {10}

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. ( QS. Al-Munafiqun:10 )

Dari Abu Dzar r.a, ia berkata, ‘Nabi SAW bersabda: ‘Demi Allah SWT yang jiwaku berada di tangan-Nya’ atau ‘Demi yang tidak ada Ilah selain Dia’ atau ’sebagaimana beliau bersumpah, tidak ada seorang laki-laki yang mempunyai unta atau sapi atau kambing yang dia tidak menunaikan haknya (zakatnya) kecuali didatangkan dengannya pada hari kiamat yang paling besar dan paling gemuk, yang menginjaknya dengan kakinya dan menanduknya dengan tanduknya. Setiap kali berlalu yang terakhir dikembalikan atasnya yang pertamanya, sampai diputuskan di antara semua manusia” Muttafaqun ‘alaih.

Matematik di Sebalik Sedekah

Matematik di Sebalik Sedekah dari Ustadz Yusuf Mansur

Diceritakan oleh Mr. PRIMA

Di usianya yang tergolong muda, kelahiran 19 Desember 1976, jadi usianya baru 30 tahun-an pada 2007 ini, sosok Ustad ini memang layak untuk dipanggil Ustad atau Guru dalam ilmu Islam. Ya, inilah Ustad Yusuf Mansur, masih mudausia, tetapi "pamor" dirinya sudah menasional, bahkan mungkin sudah "go international" . Saya memang baru mengenaldia, pada saat ikut ke dalam kelompok atau majelis taklim binaannya. Dan, di Surabaya katanya baru pertama kali digelar majelis taklim binaannya ini. Dan, beruntung saya bisa ikut hadir di sana. 


Pada saat itu, Ustad Yusuf Mansur memberikan uraian menarik mengenai "Shodaqoh" atau "Sedekah".Meskipun saya sudah tahu mengenai Keagungan Al-Qur'an, yang memberikan gambaran kepada kita, bahwa dengan sedekah ini, kita bisa memperoleh ampunan Allah,
menghapus dosa, dan menutup kesalahan serta keburukan. Sedekah bisa mendatangkan ridha Allah, juga boleh mendatangkan kasih sayang dan bantuan Allah. Tetapi, dengan penjelasan tentang sedekah ini, oleh Ustad Yusuf Mansur; benar-benar semakin membuka "mata-hati" saya, bahwa selama ini ternyata saya telah rugi besar, berkaitandengan sedekah ini.


Ustad Yusuf Mansur memberikan ilustrasi yang sangat mudah, bagaimana sebenarnya dan sebaiknya sistem sedekah ini bekerja. Ini sungguh luar biasa prima. Dengan tetap bergaya "anak muda", maka ustad inimenunjukkan sekaligus mengingatkan ke setiap orang yang hadir, bahwa Allah sendiri telah menjanjikan, jika manusia mahu bersedekah, maka Allah pasti akan menggantinya dengan jumlah minimal 10 (sepuluh) kali lipat. Dan, ini ada dasarhukumnya, yaitu  tertulis di dalam Al-Qur'an Surat: 6, Ayat: 160, dimana Allah menjanjikan balasan 10 x lipat bagi mereka yang mau berbuat baik. Bahkan di dalam Al-Qur'an Surat: 2, Ayat: 261, Allah menjanjikan balasan sampai 700 x lipat.Menurut ustad muda ini, dengan berpedoman pada Al-Qur'an tersebut, maka kita bisa membuat "hitung-hitungan" matematika, yang disebutnya sebagai MATEMATIKA DASAR SEDEKAH. Nah, inilah yang luar biasa prima itu.

Matematika sedekah ini, sungguh sangat berbeza dengan ilmu matematika yang dulu pernah kita pelajari di sekolah.benar- benar berbeza.Dia memberikan ilustrasinya sebagai berikut:10 - 1 = 9 ... ini ilmu matematika yang biasa kita terima di sekolah dulu.Tetapi ilmu Matematika Sedekah adalah sebagai berikut:10 - 1 = 19 ... ini menggunakan dasar, bahwa Allah membalas 10 x lipat pemberian kita.Sehingga kalau dilanjutkan, maka akan ketemu ilustrasi seperti berikut ini:10 - 2 = 2810 - 3 = 3710 - 4 = 4610 - 5 = 5510 - 6 = 6410 - 7 = 7310 - 8 = 8210 - 9 = 9110 - 10 = 100Nah, sungguh menarik bukan?

Lihatlah hasil akhirnya. Kita tinggal mengalikan dengan angka 10, berapa pun yang kita
sedekah kan atau kita berikan dengan ikhlas kepada orang lain yang membutuhkan bantuan kita. Dan, kita pakai acuan balasan dari Allah yang minimal saja, yaitu 10 x lipat, bukan yang 700 x lipat. Intinya: Semakin banyak bersedekah, maka pasti semakin banyak penggantiannya dari Allah SWT.Tinggal kita yang mau membuka mata, bahwa
pengembalian dari Allah itu bentuknya apa? Bukalah "mata hati" kita, selalu lah berpikir positif kepada Allah. BukankahAllah berfirman, "Aku adalah sebagaimana yang diprasangkakan hamba-Ku kepada-Ku". Oleh karena itu, selalu lah berprasangka baik kepada Allah, maka Allah akan serta merta menunjukkan KeMaha Kebaikan-Nya kepada kita. Allah pasti membalas kebaikan kita dengan balasan yang PAS, yang setimpal dengan amal perbuatan kita.


Salam Luar Biasa, Subahanallah :)

Sumber : Gerakan CINTA SEDEKAH dan ZAKAT

Sunday, 2 December 2012

LAPORAN AGIHAN KALI KE DUA UZS SESI 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim.

"Katakanlah, " Sungguh! Tuhanku melapangkan rezeki dan membataskannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki  di antara hamba-hambanya, " Dan apa sahaja yang kamu infakkan , Allah akan menggantikankannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik." – Surah Saba' : ayat 39

Alhamdulillah, Maha suci Allah yang telah memudahkan urusan Ahli Jawatankuasa Unit Zakat dan Sedekah (UZS) 2012/2013 bagi menyelesaikan proses pengagihan wang zakat kepada golongan yang memerlukan.Ahli Jawatankuasa UZS telah mengadakan mesyuarat pengagihan wang zakat dan sedekah UZS MPMMJ yang bertujuan untuk menapis semua borang pemohon zakat yang telah diterima pada sesi 2012/2013 untuk urusan diagihkan kepada mahasiswa-mahasiswi yang memerlukan.

Mesyuarat ini telah diadakan di mantiqah Irbid pada Tarikh 27 April 2012 pada jam dua petang.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengagihkan bantuan zakat dan sedekah kepada mahasiswa yang memohon bantuan melalui borang permohonan yang telah dihantar kepada setiap wakil mantiqah.Untuk pengetahuan, borang tersebut telah disaringkan terlebih dahulu oleh pihak berwajib Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bagi setiap negeri.Saringan ini  dilakukan bagi mengenalpasti tahap keperluan pemohon terhadap bantuan Zakat yang dipohon.Sementelahan itu,proses saringan berperingkat ini  bertujuan memudahkan urusan Unit Zakat dan Sedekah untuk mengenalpasti dan membantu golongan yang sangat-sangat memerlukan sekiranya pihak BKAN tidak dapat membantu pemohon  di atas masalah kewangan yang tidak dapat dielakkan.

Berikut adalah butiran-butiran pengagihan hasil perbincangan yang telah disepakati ahli mesyuarat.

Semua borang pemohon yang telah dinilai dan dianalisis secara telus bagi menentukan status pemohon tersebut sama ada benar-benar layak menerima bantuan atau tidak.Pemohon telah dibahagiakan kepada 3 kumpulan.

1. Sangat memerlukan bantuan.
2.Sederhana memerlukan.
3.Memerlukan bantuan.

Secara kesuluruhannya, semua pemohon berhak menerima bantuan,namun pihak UZS telah berusaha memilih dan sepakat dalam menentukan siapakan pemohon yang benar-benar layak menerima.Oleh itu,UZS sesi 2012/2013 telah mengutamakan pemohon-pemohon yang lebih memerlukan bantuan seramai 54 orang mahasiswa di sekitar empat mantiqah- Irbid,Mu'ttah,Amman,dan Mafraq.

Berikut disertakan nilai dan jumlah wang Zakat dan Sedekah yang telah diagihkan kepada pemohon Zakat sesi 2012/2013:-

Klik gambar untuk tumbesaran

 Jutaan terima kasih kepada insan-insan yang menyumbang ke dalam dana Unit Zakat dan Sedekah UZS.Semoga setiap nilai yang telah disumbangkan akan  beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.In syaa Allah.

" Katakanlah, " Sungguh! Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanya," Dan apa sahaja yang kamu infakkan,Allah akan menggantikannya dan dialah pemberi rezeki yang terbaik."-
[ As-Saba' : 39 ]

Semoga kepada insan-insan yang ingin menyumbang,namun tidak berpeluang pada tahun ini,kami mendoakan kalian semoga Allah dimudahkan urusan kewangan dan kehidupan kalian agar akan datang kalian dapat membantu dan memudahkan insan-insan lain yang masih kurang bernasib baik pula.

Makluman tambahan untuk anda,penyumbang dana Unit Zakat dan Saham juga tidak hanya terhad kepada golongan Mahasiswa sahaja,malah ramai dari intergriti yang  berbeza seperti pihak penjaga,saudara mara dan sahabat handai yang berada di Malaysia dan serata dunia turut bersama meluahkan rasa empeti dengan bertindak menyumbang ke tabung dana Unit Zakat dan Sedekah.Kami,pihak UZS Mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan yang disalurkan.

"Hulurkan tangan,ringankan beban"
" Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan di bawah yang menerima"

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting