Saturday, 8 October 2011

Statistik Kutipan (Zakat Fitrah dan Sedekah) Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sungguh, tiada kalimah selayaknya diungkapkan setelah selesai sudah satu amanah, iaitu urusan Zakat Fitrah & Sedekah Ramadhan.

Segala puji dan syukur dikembalikan pada Allah s.w.t atas segala kemudahan dan kesenangan yang dipinjamkanNya buat Team UZS demi menjalankan amanah terbesar Ramadhan lalu.

Untuk makluman semua, jumlah kutipan Zakat Fitrah 2011 adalah sebanyak 765.50 JOD, dan kutipan Sedekah adalah sebanyak 301.10 JOD.


dan berikut adalah statistik kutipan secara terperinci mengikut mantiqah :

Mantiqah
Zakat Fitrah
Sedekah
Jumlah
IRBID
561 JOD
272.60 JOD
833.60 JOD
AMMAN
21 JOD
8.50 JOD
29.50 JOD
MAFRAQ
123.50 JOD
12 JOD
135.50 JOD
MU’TAH
60 JOD
8 JOD
68 JOD
JUMLAH
765.50 JOD
301.10 JOD
1066.60 JOD


Sumbangan telah diberikan kepada 21 orang pelajar, dengan setiap orang menerima 35 JOD seorang pada 28 Ogos 2011 yang lalu.

Jutaan Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat baik dari pihak yang menyumbang dan pihak yang menjalankan amanah mengagihkan sumbangan. :)

Semoga, semoga dan semoga Allah redha dengan usaha dan sumbangan kita semua, insyaAllah.

Saturday, 24 September 2011

Pengenalan UZS untuk Pelajar-Pelajar Baru

Selamat Datang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya melanjutkan pelajar di bumi Jordan ini. Pihak UZS telah dan akan mengadakan sesi pengenalan UZS kepada semua pelajar yang baru mendaftar di Jordan mengikut mantiqah masing-masing. 

Sesi pengenalan tersebut akan membincangkan perkara berikut
1.Visi dan Misi
2.Organisasi UZS
3.Skim-Skim Zakat & sedekah
         •Zakat Wang Simpanan
         •Zakat Fitrah
         •Skim Infaq Bulanan
         •Skim Unit Saham
4.Borang Penyertaan Skim
5.Borang Pembayaran  Zakat
6.Barisan Perwakilan Mantiqah
7.Statistik Zakat dan Sedekah
8.Aktiviti-aktiviti lain UZS
9.Sesi Soal Jawab.
Semua pelajar digalakkan untuk memuat turun slide pembentangan di bawah untuk maklumat lanjut :
Jika anda mempunyai sebarang masalah sila hubungi kami.
Pihak UZS mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Jordan ini dan semoga berjaya dalam mencapai cita-cita anda. InsyaAllah.

Monday, 1 August 2011

Wakil Kutipan Zakat Fitrah Ramadhan 1432H.


MU'TAH
  -Abdul Rahim b. Mohd Ali <0786954068>
  -Khairun Hanisah bt Abdul Latif  <077 7953362>

MAFRAQ
  - Mohd Ismail Bin Hasan <0777241237>
  - Nor Amalina Nozi  <077 6637595>

AMMAN
   - Qudrotullah Bin Bijarto <0779851139>
  - Siti Nur Khadijah Bt Asaari  <077 9980426>

IRBID
Ketua: Zulnazmi bin Zulkifli  <077 6961878>
Timbalan Ketua : Anisatul Qalbi binti Mohd Sofiyuddin

                                        SYABAB

  Mantiqah IRBID ( JUST)    

NAMA 
NO.TEL 
 TAHUN
  • Ikmal Hakim 
  • Izham  Khairu
077 759 7005

077 949 0679
1 
  • Zulkhairi Abdul  Rahman 
  • Haniff Zikri Nahrawi

 077 943 3757

 077 943 2105
2 
  • Abdullah  Mohammmad 
  • Atiff Nordin

 077 966 9784 
077 966 9825
3 
  • Fakrurozzi Mohamad

077 9838959
4, 5, 6 


  Mantiqah IRBID ( YARMOUK )  

 NAMA
NO.TEL 
TAHUN 
  • Shahier Sa'min 
  • Muhammad Uzair

 077 993 5756


1 
  • Ahmad Fadhil Hamdi  Ali

077 943 3954
2 
  • Aliff Syazwan 

077 6991886
3 
  • Muhammad Amirul Kamal
077 6441628
4 
MA PHD 

*bagi yang tinggal berhampiran dengan Masjid Abdullah Tal, boleh terus bayar kepada:
1) Khubaib  Asmadi ( Tahun 1, Yarmouk) 
2) Furqan  Abdullah ( Tahun 1, Yarmouk)


--------------------------
                                   
                                     AKHAWAT

  Mantiqah IRBID ( JUST )  

 NAMA
 NO.TEL
TAHUN 
  • Nur Ain Faezah Bt Roslan 

077 520 7315 
1
  • Nurul Kauthar Khari

    077 918 7634               
2 
  • Nur Izzati Shaarifuddin

077  525 6358
3 
  • Nur Farihah Nasri

077 985 0115 
4, 5, 6 


  Mantiqah IRBID ( YARMOUK )  

NAMA 
NO.TEL 
TAHUN
  • Boleh serah kepada mana-mana wakil yang lain

-----
1
  •  Najwa Nagmudin

 077 525 6358
2 
  •  Hasmida Amira Hasnan

 077 918 6493
3 
  •  Anisatul Qalbi

077 651 2637
4
MA
PHD 


Dan, semua ahli jawaankuasa Unit Zakat & Sedekah MPPM 
juga merupakan Wakil Pengutip Zakat Fitrah: 

Pengerusi
MuhammadSolehhuddin Bin Mohd Suhaimi
+962779433913

TimbalanPengerusi
UmiAttiyah Mohd Asmawi

Setiausaha
MuhamadAtiff bin Muhamad Noordi
+962779669825

TimbalanSetiausaha
Nuraisyahbinti Zamshari

Bendahari
MuhamadFaiz Bin Mazlan.
+962775286792

TimbalanBendahari
Nabilahbinti Mohd Khusairi

BiroPromosi dan Publisiti
MuhammadZahran Bin Abd Razak
+962777393219
NikNorkatijah binti Mohd Razak


Saturday, 30 July 2011

UZS+PERMAI



sempena Ramadhan, nantikan IFTOR JAMI'e di Irbid hasil usahasama UZS+PERMAI.

Wednesday, 27 July 2011

Kena Bayar ke?

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.


Rentetan daripada entri perincian panjang lebar mengenai zakat fitrah [klik untuk link], disini diringkaskan soalan-soalan penting bagi memudahkan rujukan bersesuaian dengan waqi' kita sebagai mahasiswa di Jordan.
zakat menyucikan

  • Adakah penuntut Malaysia di Jordan ini dianggap masih dibawah tanggungan bapa atau penjaga mereka?

Kesemua penuntut Malaysia di Jordan ini wajib membayar sendiri zakat fitrah mereka kerana:

1.  Mereka bukan lagi di bawah tanggungan bapa atau penjaga kerana telah mempunyai sumber kewangan sendiri. Sekiranya kanak-kanak yang belum baligh pun wajib mengeluarkan zakat fitrah dari harta mereka sendiri sudah tentu mereka yang sudah baligh dan mendapat biasiswa atau pinjaman pengajian wajib membayar sendiri zakat fitrah mereka. Tentulah tidak patut melepaskan tanggungjawab pembayaran zakat fitrah yang tidak sampai 2 dinar itu kepada bapa dan penjaga dengan alasan masih dibawah tanggungan mereka kerana belum bekerja sedangkan kesemua pembelian barang-barang keperluan diri yang lain (termasuk melancong) boleh dilakukan sendiri.

2.      Mereka telah pun melepasi had umur yang wajib bagi bapa atau penjaga mereka untuk menanggung mereka iaitu sehingga baligh untuk kaum lelaki. Bagi mahasiswi pula, walaupun hukum fiqah menetapkan bahawa tanggungjawab bapa atau penjaga untuk menyara mereka adalah sehingga mereka berumahtangga namun mereka kini telahpun memenuhi sebab pertama yang dinyatakan di atas iaitu mempunyai pendapatan atau sumber duit perbelanjaan sendiri dan bukan lagi wajib ditanggung oleh bapa.


  • Adakah terdapat pengecualian terhadap syarat di atas?

Ya, sekiranya seorang penuntut itu belajar dibawah tanggungan persendirian sepenuhnya dari bapa atau penjaga mereka tanpa ada menerima bantuan rasmi kerajaan maka dia dianggap belum mempunyai pendapatan sendiri dan masih dibawah tanggungan penjaga.




  • Adakah penerima zakat/ dermasiswa Baitul Mal negeri-negeri wajib membayar zakat fitrah?

Ya, penerima zakat atau dermasiswa di kalangan mahasiswa Malaysia di Jordan ini juga wajib membayar sendiri zakat fitrah tersebut sekiranya memenuhi dua syarat di atas. Begitu juga penerima pinjaman JPA atau MARA.


  • Dimanakah sepatutnya dia membayar zakat fitrah?

Dia wajib membayar zakat fitrah di tempat dia bermukim dan berpuasa walaupun bukan negara asalnya.


  • Sekiranya dia pulang beraya ke kampung?

Dia bebas memilih untuk membayarnya samaada di tempat dia bermukim iaitu Jordan ataupun di kampung halamannya sendiri di Malaysia. Semuanya terpulang kepada perkiraannya sendiri di manakah terletaknya asnaf yang lebih berhak menerimanya. Namun apa yang penting ialah kewajipan membayar zakat fitrah hanya bermula di tempat dia menyambut malam raya iaitu di Malaysia manakala pembayaran zakat fitrah sepanjang dia berpuasa diJordan hanyalah harus hukumnya seperti disebutkan sebelum ini.


  • Adakah isteri yang mendapat biasiswa pengajian atau sudah bekerja perlu membayar zakat fitrah mereka menggunakan duit sendiri?

Ulamak mazhab al-Syafii menetapkan bahawa sepertimana seorang suami itu wajib untuk memberi nafkah walaupun isterinya bekerja dan mempunyai harta, suami tetap bertanggungjawab untuk membayar zakat fitrah untuk isteri. Namun begitu isteri boleh secara sukarela membayarnya menggunakan duitnya sendiri dengan izin suaminya. Namun jika suami tidak mengizinkan maka dia tidak wajib membayarnya kerana kewajipan sebenar adalah di bahu suami.


- Heizal Hezry Omar
[Penasihat Syariah Unit Zakat dan Sedekah MPPM]




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting