Tawaran hebat….
Alhamdulillah…
Sejak berakhirnya Program RoadShow Zakat 09 yangg diadakan pada 9 November 2009 sehingga 13 November 2009, semakin ramai mahasiswa Malaysia Jordan mula menyedari bahawa kewajipan menunaikan zakat dari pelbagai aspek,yang mungkin ramai menganggap kewajipan itu hanya pada zakat fitrah sahaja.
Malah, sambutan yang hangat diterima dari pelbagai pihak sama ada warga Malaysia di Jordan mahupun warga Malaysia di tanah air sendiri telah menunjukkan bahawa mereka mula menyedari tentang fadhilat-fadhilat bersedekah. Masing-masing telah bermurah hati untuk menginfakkan sebahagian wang mereka untuk kebajikan mahasiswa Malaysia di sini…
Kami,dengan bertemakan "Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban", telah mengambil langkah inisiatif dengan melancarkan beberapa program bagi memudahkan para mahasiswa untuk menunaikan zakat dan sedekah.
Antara program tersebut:
ZAKAT
- · Maklumat mengenai zakat boleh dirujuk pada link ini
- · Diuruskan oleh wakil mantiqah masing-masing
Zakat yang dilancarkan:
A. zakat pendapatan
B. Zakat wang simpanan
SEDEKAH
Untuk bahagian sedekah, kami telah melancarkan 2 jenis skim iaitu skim infak bulanan dan juga skim unit saham.
Skim Infak Bulanan
- Dibahagikan kepada 4 kategori; PERMATA, EMAS, PERAK, GANGSA.
- Semua mahasiswa yang berminat diminta memilih salah satu kategori yang ada dan menderma (tertakluk pada kategori yang anda pilih) setiap bulan sehingga tamat kontrak.
- Tempoh kontrak adalah selama setahun.
- Diuruskan oleh wakil batch di mantiqah masing-masing
Skim Unit Saham
- Bagi skim ini, anda diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang atau lebih, dan menderma sebanyak JOD 5 seorang bagi setiap bulan bagi mencapai sasaran JOD 150.
- Duit yang diperolah akan diberi kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah dalam menyelesaikan hutang mereka dengan pihak universiti.
- Tempoh kontrak bagi skim ini adalah selama 5 bulan.
- Diuruskan oleh wakil mantiqah masing-masing
SKIM INFAK BULANAN
¨ Permata (sumbangan lebih daripada JOD 2 setiap bulan)
¨ Emas (sumbangan sebanyak JOD 2 setiap bulan)
¨ Perak (sumbangan sebanyak JOD 1 setiap bulan)
¨ Gangsa (sumbangan sebanyak JOD 0.50 setiap bulan)
Kontrak selama setahun
Bermula ………/………/………….
Sehingga ………/………/………….
SKIM UNIT SAHAM
- Satu unit saham sebanyak JOD 5
- satu kumpulan seramai 6 orang atau lebih
- sasaran : JOD 150
Kontrak selama 5 bulan
Bermula ………/………/………….
Sehingga ………/………/………….
"Dapatkan borang penyertaan di bahagian Muat Turun di bahagian kotak kanan..."
Rebut peluang yang ditawarkan selagi hayat dikandung badan...
*Jika anda mempunyai masalah, diminta untuk terus hubungi wakil mantiqah anda masing-masing agar tidak wujud sebarang kesulitan...*