Pengenalan





SEJARAH PENUBUHAN UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ (UZS)


     Julai 2009. Ditubuhkan bertitik tolak daripada program Infaq dan Takaful yang diadakan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9, Anugerah Kecemerlangan & Karnival MPPMJ 08/09 (MEKAR MPPMJ) pada 10 dan 11 Julai 2009. Susulan daripada program Infaq dan Takaful tersebut, sebuah unit khusus dilancarkan oleh MPPMJ bagi menguruskan kutipan dan agihan zakat dan sedekah pelajar Malaysia di Jordan ini. Unit tersebut telah diberi nama dengan Unit Zakat dan Sedekah MPPMJ (UZS)


    Unit Zakat & Sedekah MPPMJ beroperasi sebagai sebuah badan bebas yang bernaung di bawah Education Malaysia Jordan (EMJ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Merupakan badan kebajikan terpenting dengan purata sumbangan bantuan sebanyak 10,000JD setahun yang diagihkan kepada mahasiswa Malaysia yang memerlukan seluruh Jordan.


VISI DAN MISI

 Program zakat dan sedekah[1] yang dianjurkan oleh Unit Zakat dan Sedekah di bawah Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) mendasarkan beberapa visi dan misi dan hala tujunya tersendiri, iaitu:

VISI
  • Untuk menjadi sebuah organisasi terunggul dalam menerajui pengurusan zakat dan sedekah di Jordan.
MISI
  • Mengurus dan memanfaatkan potensi kutipan dan agihan dengan efektif, efisien dan sistematik.
  • Menanamkan kesedaran kepada mereka yang layak dan mampu untuk menunaikan zakat dan bersedekah.
  • Membantu mengendalikan pembahagian zakat pelajar dan memudahkan mereka menunaikan kewajipan mereka.
  • Membantu menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memerlukan pada setiap mantiqah terutamanya dalam pembiayaan pengajian.



[1] Nota kaki : Memandangkan hasil kutipan yang tidk seberapa dan tidak menentu, matlamat UZS bukan untuk menjadi penaja utama dan tetap untuk asnaf yang layak, UZS hanya bertindak atau bertanggugjawab untuk meringankan sedikit beban kewangan asnaf. Para asnaf tidak boleh berharap atau bergantung sepenuhnya kepada UZS.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting