Tuesday 20 October 2009

:: RoadShow Zakat '09 ::

'Layakkah aku menerima zakat?'

'Pelajar MARA perlu bayar zakat jugak walaupun pinjaman? '

'Ada wakil pengutip zakat di semua mantiqah ker?'

'Apa maksud wang simpanan? Dan perlukah pelajar(fi sabilillah) yang dikatakan layak menerima zakat, membayar zakat?'

Kotak fikiran anda tergiang-giang dengan beberapa persoalan yang merunsingkan? Jangan lepaskan peluang untuk menyambut kedatangan satu program mega yang julung kali diadakan di Jordan bumi anbiya' ini.

Pihak Unit Zakat & Sedekah MPPMJ akan mengadakan RoadShow Zakat 09. Teruskan unutk mengikuti perkembangan terbaru berkaitan butir-butir program ini.

Maklumat RoadShow Zakat '09 adalah seperti berikut:

9/11 : RoadShow Zakat di Amman

10/11 : RoadShow Zakat di Mu'tah

11/11 : RoadShow Zakat di Mafraq

12/11 : RoadShow Zakat di Kedutaan

13/11 : Kursus Intensif1 & Roadshow Zakat di Irbid

(Terbuka kepada semua mahasiswa malaysia di jordan untuk menyertai)


Tentatif Roadshow (setiap mantiqah)

6.30 p.m. : Buka Majlis/Gema wahyu

6.45 p.m. : Tayangan multimedia

7.00 p.m. : Ceramah bertajuk “Kewajipan Zakat & Kepentingannya?”

8.00 p.m. : Sesi soal jawab

8.30 p.m. : Penyampaian cenderahati/bersurai



1Kursus Intensif

Tarikh : 13 November 2009

Hari : Jumaat

Masa : 8 Pagi ~ 4 Petang

· sesi 1 : 8 pagi ~ 11.30 pagi

· sesi 2 : 1.30 petang ~ 3.30 petang

Tempat : Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk, Irbed

(penyertaan terhad)

topik yang dibincangkan adalah mengenai cara pengurusan zakat di malaysia dari segi pengumpulan wang zakat dan juga pengagihan wang zakat.

*kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini, bolahlah mendaftar pada wakil mantiqah masing-masing beserta yuran JD 2*

Irbid

· Aiman Majdi bin Abdullah Akhili

· Abdul Rahman bin Muhamad Syaari

· Norzakiah binti Razali

· Umi Attiyah binti Mohd Asmawi

Mafraq

· Abu Bakar bin Mohamad Noor

· Ummi Sa'adah binti Mohd Zain

Mu'tah

· Mohammad Syaheed bin Mohammad Nizar

· Ramlah Amin Abdullah

Amman

· Ahmad Asyraf bin Zainuddin

· Qudrotulloh

~hulurkan bantuan, ringankan beban~

Jangan lepaskan peluang untuk menggarap setiap mutiara dari program ini. Tepuk dada tanya iman. Keputusan seratus peratus ditangan anda untuk mendapatkan mutiara yang jarang sekali menemui anda.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting