Ucapan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan
sesi 09/10
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Segala puji bagi Allah yang tidak pernah putus mengurniakan nikmat buat hambanya agar sentiasa bersyukur. Selawat dan salam yang berpanjangan kepada junjungan mulia Nabi Muhammas s.a.w yang membuka jalan dakwah serta membawa Islam sehingga hari ini kita menikmatinya.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr Dzulqarnain Iskandar Shah selaku pengelola Unit Zakat dan Sedekah MPPMJ atas segala usaha murni beliau memastikan unit ini sentiasa bergerak dan memberikan manfaat kepada seluruh mahasiswa/i di Jordan ini. Tahniah juga diucapkan atas kejayaan berjaya mengadakan Roadshow Zakat pada tahun ini dengan kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan. Ini merupakan sebuah program besar kali pertama yang berjaya dilaksanakan oleh Unit Zakat dan Sedekah MPPMJ dan kita harapkan para penuntut di
Mahasiwa, mahasiswi sekalian,
Firman Allah s.w.t :
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
103. Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Allah Ta'ala menyarankan agar kita mengeluarkan zakat serta memberikan sedekah sebagai salah satu cara penyucian. Bukan sahaja menyucikan harta yakni menjadikan harta-harta yang disimpan lebih barakah, bahkan ia dapat membersihakn hati serta membentuk pribadi muslim yang sejati.
Jika hadas disucikan dengan mandi dan wudhuk, kekotoran zahir dapat kita hilangkan dengan air yang bersih, begitu juga harta dan simpanan yang sepatutnya mendapat hak penyucian yang selayaknya. Ibadah dalam Islam bukan sahaja memandang kesan luaran seperti bersihnya tubuh badan dan pakaian, tatkala dibersihkan. Tetapi, Islam memandang lebih dari itu, iaitu ibadah sebagai perkara yang memberikan kesan terhadap jasmani dan rohani. Sepertimana sentiasa dalam keadaan suci itu dapat menjaga peribadi, begitu juga dengan harta yang di infaqkan ke jalan Allah dapat menjamin kebahgiaan dan membentuk peribadi yang mulia seorang Muslim.
Semoga dengan wujudnya unit ini, penuntut di
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Akhir kata, harapan saya agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan penuntut di
Sekian, terima kasih.
AHMAD SYAHRUL ADNAN
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
(MPPMJ) 2009/10
[unit zakat & sedekah MPPMJ]