Friday 9 December 2011

Akaun Wang Simpanan di Standard Charted dan Riba

 

ISU
Kebanyakan pelajar Malaysia yang datang ke Jordan untuk menyambungkan pelajarannya disini, telah membuka akaun wang simpanan di Standard Charted Bank untuk segala urusan transaksi wang dari Malaysia ke Jordan. Terutamanya para pelajar tajaan MARA dan JPA. Masalah yang timbul ialah, Standard Charted Bank menjalankan urusniaga kewangan berdasakan konsep konvensional yang melibatkan riba atau interest. Bagaimanakah cara untuk mengatasi permasalahan ini?


FAKTA:

  1. Setiap pemilik akaun mestilah mempunyai wang simpanan minimum sebanyak JOD 500 setian bulan. Jika wang simpanan tidak melebihi JOD 500, pemilik akaun akan dikenakan cas JOD 3.50 bagi setiap bilangan bulan yang kurang tersebut. 
  2. Interest atau riba akan ditambahkan ke dalam akaun simpanan pada kadar 0.015% berdasarkan baki jumlah wang simpanan setiap bulan. 
  3. Interest atau riba akan ditambahkan ke dalam akaun simpanan setiap 6 bulan, pada bulan 30 Jun dan 31 Desember setiap tahun.
 
 
CONTOH:
untuk melihat pada skala besar sila klik:
http://farm8.staticflickr.com/7149/6482371125_b8cc90c961_b.jpg



 
KAEDAH PENYELESAIAN:

Terdapat beberapa kaedah untuk kita mengelak daripada menggunakan duit riba tersebut.
  1. Pihak pengurusan bank ada menyediakan borang permohonan untuk mengelak daripada pemilik akaun menerima wang riba tersebut. Namun begitu, kaedah ini lebih menguntungkan pihak bank kerana wang yang sepatutnya diberikan kepada pemilik akaun tidak diberikan malah diambil oleh pihak bank.
  2. Mengurangkan jumlah wang simpanan dalam akaun Standard Charted. Lebih banyak kita simpan dalam akaun Standard Charted, lebih banyak wang yang akan digunakan untuk pelaburan berasaskan riba oleh pihak bank. Meninggalkan jumlah wang simpanan ke paras yang minimum( JOD 500) dapat mengurangkan jumlah pelaburan Standard Charted Bank.
  3. Membuka akaun bank yang mengamalkan Sistem Perbankan Islam dapat mengelakkan kita daripada sebarang pelaburan riba. Dengan usaha memindahkan wang kita daripada Standard Charted Bank ke bank-bank yang mengamalkan Sistem Perbankan Islam dapat menyelamatkan diri kita daripada perkara yang haram sekaligus membantu meningkatkan pertumbuhan bank-bank Islam ini.
  4. Pihak Unit Zakat Dan Sedekah MPPMJ ada menyediakan Tabung Maslahat Umum yang berfungsi untuk memberi saluran kepada semua pelajar untuk mengasingkan wang-wang riba tersebut.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting