Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah
segala amalannya
kecuali tiga, sedekah
jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya"
(Hadis sahih riwayat Muslim)
Alhamdulillah…
Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t atas segala kemudahan yang dipinjamkanNya buat team UZS demi menjalankan amanah ini.
Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t atas segala kemudahan yang dipinjamkanNya buat team UZS demi menjalankan amanah ini.
Untuk makluman semua warga PERMAI, team UZS telah melancarkan tabung derma pada program
PBOT dan PINTAR. Jumlah kutipan derma pd PBOT adalah sebanyak 121.31jd manakala
pada program PINTAR sebanyak 54.91jd.
Beribu-ribu terima kasih pada semua warga PERMAI diatas
sumbangan ini. Semoga semua warga PERMAI sentiasa dalam keredhaanNYA..
Firman Allah s.w.t:
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang),
maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula
kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang
fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari
kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan”
( Surah Al-Baqarah : 271)
( Surah Al-Baqarah : 271)