Tuesday, 19 April 2011

PRE-ROAD TO BAQ'AH 2011






ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA!

HARAP-HARAP SEMUA SIHAT HENDAKNYA.

SEPERTIMANA YANG KITA TELAH SEDIA MAKLUM, UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ (UZS) AKAN MENGANJURKAN PROGRAM BERBENTUK AMAL KEBAJIKAN KE KEM PELARIAN PALESTIN IAITU ROAD TO BAQ'AH: CARE FOR REFUGEES 2011 (R2B) PADA 23/4/2011 INI. NAMUN, OLEH KERANA HAL YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, R2B AKAN DITANGGUHKAN KE SEMESTER AKAN DATANG.

JUSTERU ITU, PADA TARIKH YANG SAMA JUGA IAITU 23/4/2011, PIHAK KAMI, UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ (UZS), MENGGANTIKAN R2B DENGAN PRE-ROAD TO BAQ'AH (PRE-R2B).


APA BEZA R2B DENGAN PRE-R2B INI?


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, BEZA R2B & PRE-R2B TERLETAK SASARAN PESERTA YANG MENYERTAI PROGRAM INI. PESERTA YANG MENGIKUTI PRE-R2B DIKHUSUSKAN HANYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA TAHUN AKHIR DARIPADA UNIVERSITI-UNIVERSITI SELURUH JORDAN. INI ADALAH UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR DI SINI MENGHAYATI SERTA MENGENALI SUASANA KEHIDUPAN KEM PELARIAN PALESTIN DI JORDAN SEBELUM PULANG KE TANAH AIR. 


SELAIN ITU, BILANGAN PENYERTAAN UNTUK PROGRAM R2B LEBIH BESAR DARIPADA PRE-R2B. BEGITU JUGA SUMBANGAN DARIPADA KEMPEN "1 DINAR 1 HARAPAN" MELALUI PROGRAM R2B (SASARANNYA ADALAH 1500JD KE ATAS) ADALAH LEBIH BESAR BERBANDING SUMBANGAN YANG DISALURKAN UNTUK PRE-R2B


NAMUN, APA YANG PALING PENTING YANG INGIN KITA SAMA-SAMA CAPAI MELALUI R2B & PRE-R2B INI IALAH KESEDARAN DIRI KITA YANG MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT KEMANUSIAAN UNTUK MENGHAYATI KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG SERBA KEKURANGAN, HIDUP MELARAT, FAKIR DAN JUGA MISKIN INI. MELALUI KESEDARAN YANG LAHIR INILAH AKAN MELAHIRKAN INSAN YANG SANGAT-SANGAT BERSYUKUR DENGAN KURNIAAN SERTA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH KEPADANYA. DAN BERUNTUNGLAH BAGI MEREKA YANG BERSYUKUR. KERANA ALLAH ADA MENYEBUT:


"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"


(QS IBRAHIM AYAT 7)



BUTIRAN PROGRAM PRE-R2B ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: SABTU, 23 APRIL 2011.

MASA: 7.30pagi

TEMPAT: MARKAZ AITAM DI KEM PELARIAN PALESTIN BAQ'AH, AMMAN

PESERTA: TERBUKA KHUSUS KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN (bahasa arab, fiqh wa usul, usuluddin, medic, dentist & lain-lain)

BAYARAN: MINIMUM 5 JD 
(termasuk makanan, pengangkutan, sumbangan) [sumbangan tambahan (lebih 5JD) sangat dialu-alukan]


Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah melihat sendiri suasana kem pelarian Palestin, beramah mesra dengan anak-anak yatim pelarian Palestin di kem tersebut, menghulurkan sumbangan, melawat rumah-rumah faqir miskin di sana dan lain-lain in sya Allah.




APA TUNGGU LAGI, DAFTARLAH SEGERA, INILAH PELUANG UNTUK KITA MENGHAYATI SUASANA KEHIDUPAN PELARIAN PALESTIN DI JORDAN INI.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

( QS al Baqarah 261)


PENDAFTARAN:

SILA HUBUNGI :

Irbid:
MUHAMMAD NUR IZHAM KHAIRUDDIN [+962779490679](SYABAB)
NABILAH MOHD KHUSAIRI[+962775236725 ](AKHAWAT)

Mu'tah:
USTAZ ABDUL RAHIM [+962786954068] (SYABAB)
RAMLAH AMIN ABDULLAH[+962779665720](AKHAWAT)

Mafraq:
USTAZ ISMAIL BIN HASAN[+962777241237](SYABAB)
HAMIDAH BINTI HARUN [+962777820283] (AKHWAT)

Amman:
QUDROTULLAH BIN BIJARTO[+962779851139](SYABAB)
UMME AYMAN BINTI AYUB[+962775308977](AKHAWAT)

PENYERTAAN ADALAH *TERHAD* KEPADA PELAJAR TAHUN AKHIR SAHAJA
*JIKA TIADA* ATAU KURANG PESERTA DARI TAHUN AKHIR, AKAN DIBUKA UNTUK TAHUN 1, 2 & 3...

P/S :

* KEPADA YANG TIDAK DAPAT MENYERTAI PROGRAM INI SANGAT DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT MENYUMBANG.


* JIKA ADA SUMBANGAN DARI LUAR JORDAN BOLEH SALURKAN KE NO. AKAUN INI : 033-145103-025 (HSBC Amanah) DAN SETIAP SUMBANGAN TERSEBUT HENDAKLAH DIMAKLUMKAN KEPADA KAMI TERLEBIH DAHULU. 

* SEGALA SUMBANGAN BERBENTUK WANG TUNAI MAHUPUN BARANGAN (pakaian, hirom, kipas, dan segala-gala yang difikirkan logik serta berguna untuk disedekahkan), BOLEH DISALURKAN JUGA KEPADA PENAMA-PENAMA DI ATAS.



joM KE-


UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH MPPMJ 2010/11

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting