Friday, 22 May 2015

PERWAKILAN UZS 15/16

Mari sama-sama kita kenali PERWAKILAN UZS SESI 15/16. Berwibawa, cekap, amanah, peka serta cakna.
Sebarang permasalahan, persoalan, kritikan dan cadangan bolehlah dikemukan kepada mereka. PERWAKILAN kami sedia membantu anda.
'Menyuci harta Membersih jiwa'


KELAS ZAKAT SIRI KEDUA




[INPUT KELAS ZAKAT SIRI KE -2] Ver 1.
Penyampai/Penyedia Modul : Muhammad Arham Munir Merican Bin Amir Feisal Merican
Tempat : Bayt CordovaTarikh   : 18/5/2015
Masa     : 8-9 Malam
Kelas kali ini membincangkan modul yang dibincangkan dalam kelas siri lepas dan fokus kepada bahagian teknikal pengiraan. Menyentuh juga soalan-soalan yang tertangguh dalam kelas siri satu.Diantaranya :

TEKNIKAL PENGIRAAN

1. Pengiraan Nisob@Kadar Minimum
Harta (wang simpanan) hendaklah cukup nisob mengikut harga 85 g emas atau 595 g perak.
1.       Emas
20 mithqal=20 dinar zahabiy
1 dinar zahabiy=4.25 g
20 x 4.25 = 85 g
2.       Perak
 200 dirham
1 dirham =2.975 g
200 x 2.975 = 595 g
Contoh mengira nisob wang simpanan :
Purata harga semasa emas adalah 30JD bagi 1 gram emas,
Maka, 30JD x 85 g = 2550JD
Nilai nisob wang simpanan = 2550JD
**Sekiranya nilai simpanan telah mencapai nilai diatas atau lebih dan menetapi syarat-syarat lain maka wajib keatas individu tersebut untuk membayar zakat simpanan.

2. Pengiraan kadar wajib zakat (2.5%) yang dikenakan ke atas wang simpanan setelah cukup haul@tempoh :
(0.5/20) x 100 = 2.5% (berdasarkan hadis zakat)

Contoh kiraan kadar wajib zakat :
Abu mempunyai simpanan sebanyak 5000JD nilai simpanan Abu melebihi nisob dan telah cukup tempoh,
Maka, 5000JD*2.5%=125JD
kadar wajib yang Abu perlu zakatkan adalah sebanyak 125JD sahaja.

3. Cara mengira kadar nisob dan mengurus wang simpanan bersamanya riba :
·         Jumlah wang simpanan – kadar faedah yang diperoleh x 85 g = kadar nisob
·         Kadar faedah boleh disedekahkan untuk maslahah umum dan kepada golongan fakir miskin. Namun ia terkecuali untuk disumbang kepada pembinaan masjid dan penerbitan mushaf.
·         Wang hasil riba boleh di serahkan kepada UZS, kerana UZS menyediakan akaun khas (Akaun Maslahah Umum) untuk membiayai projek-projek yang memberi manfaat kepada mahasiswa Malaysia di Jordan.




KELAS ZAKAT SIRI PERTAMA




[INPUT KELAS ZAKAT SIRI -1]

Modul : Modul Asas Zakat dan Sedekah
Penyampai dan Penyedia Modul: Muhammad Arham Munir Merican Bin Amir Feisal Merican
Tempat : Bayt Cordova
Tarikh : 11/5/2015 (Semalam)
Masa : 8-9 Malam






Antara perkara yang disentuh dalam kelas semalam perlu diberikan perhatian oleh semua warga MPMMJ, ialah :
SYARAT WAJIB ZAKAT
1)      Syarat pada individu (mukallaf) :
       Islam
       Berakal dan baligh
       Merdeka
Adapun penasihat syariah UZS , membincangkan mengenai isu wajibkah ke atas penutut-penuntut di Jordan membayar zakat fitrah secara sendiri ataupun ibubapa. Kesimpulannya ;
       Kesemua penuntut Malaysia di Jordan ini wajib membayar sendiri zakat fitrah mereka kerana :

1.       Mereka bukan lagi di bawah tanggungan bapa atau penjaga kerana telah mempunyai sumber kewangan sendiri. Sekiranya kanak-kanak yang belum baligh pun wajib mengeluarkan zakat fitrah dari harta mereka sendiri sudah tentu mereka yang sudah baligh dan mendapat biasiswa atau pinjaman pengajian wajib membayar sendiri zakat fitrah mereka. Tentulah tidak patut melepaskan tanggungjawab pembayaran zakat fitrah yang tidak sampai 2 dinar itu kepada bapa dan penjaga dengan alasan masih dibawah tanggungan mereka kerana belum bekerja sedangkan kesemua pembelian barang-barang keperluan diri yang lain (termasuk melancong) boleh dilakukan sendiri.

2.       Mereka telah pun melepasi had umur yang wajib bagi bapa atau penjaga mereka untuk menanggung mereka iaitu sehingga baligh untuk kaum lelaki. Bagi mahasiswi pula, walaupun hukum fiqah menetapkan bahawa tanggungjawab bapa atau penjaga untuk menyara mereka adalah sehingga mereka berumahtangga namun mereka kini telahpun memenuhi sebab pertama yang dinyatakan di atas iaitu mempunyai pendapatan atau sumber duit perbelanjaan sendiri dan bukan lagi wajib ditanggung oleh bapa.

 Bagaimanapun terdapat pengecualian dari perkara di atas :

1.       Pelajar di bawah tanggungan persendirian sepenuhnya dari bapa/penjaga

“sekiranya seorang penuntut itu belajar dibawah tanggungan persendirian sepenuhnya dari bapa atau penjaga mereka tanpa ada menerima bantuan rasmi kerajaan maka dia dianggap belum mempunyai pendapatan sendiri dan masih dibawah tanggungan penjaga.”
2.       Golongan penerima zakat atau dermasiswa

“penerima zakat atau dermasiswa di kalangan mahasiswa Malaysia di Jordan ini juga wajib membayar sendiri zakat fitrah tersebut sekiranya memenuhi dua syarat di atas. Begitu juga penerima pinjaman JPA atau MARA.”

2) Syarat pada harta (mal) :
       Pemilikan penuh
       Cukup nisob
       Cukup haul
       Harta yang mampu dikembangkan
       Melebihi hajat (rujuk Al-Baqarah: 219)
       Bebas daripada hutang
Adapun perkara yang dikhususkan oleh UZS dan dibincangkan dalam kelas semalam untuk syarat pada harta ini ialah zakat wang simpanan dan zakat emas sahaja.

NISOB @ KADAR MINIMUM
Nisob adalah kadar minimum yang apabila capainya harta pada kadar ini maka hendaklah dikira zakat padanya mengikut kadar tertentu.
Harta (wang simpanan) tersebut hendaklah cukup nisob dan nilainya mengikut harga 85 gram emas atau 595 gram perak. Namun begitu pengiraan yang dipilih oleh kebanyakan ulamak sekarang ialah mengikut nilaian emas kerana harga perak pada masa kini telah jatuh dan tidak digunakan sebagai sandaran lagi. Nilai ini biasanya berubah-ubah dari semasa ke semasa berdasarkan harga emas di pasaran tempatan (Jordan)
Contoh:
Purata harga semasa emas adalah 30JD bagi satu gram emas.
Maka 30JD X 85 g = 2550 JD
Nilai NISOB = 2550 JD

HAUL @ TEMPOH
Harta tersebut hendaklah sempurna berada dalam milik selama setahun mengikut bulan Islam Hijri atau bulan Masihi
Jika dalam tempoh setahun tersebut, harta itu menjadi kurang daripada nisob, maka tidak wajib zakat dan putus haulnya. Andaikata harta tersebut kembali bertambah dan cukup nisabnya, maka dari tarikh tersebut bermula haul yang baru.
       Bagi kiraan mengikut kalendar Hijri (354 hari) kadarnya adalah 2.5%.
       Bagi kiraan mengikut kalendar Masihi (365 hari) akadarnya dalah 2.577%.
       Bagi kiraan mengikut kalendar Masihi tahun lompat (366 hari) kadarnya adalah 2.5775%.

RIBA DALAM AKAUN
Jumlah yang dimasukkan boleh disemak di online-banking masing-masing. Diingatkan juga amalan ini turut berlaku di semua bank konvensional di dunia termasuklah Malaysia.
Credit/RIBA ini dimasukkan dua kali setahun (Standard Chartered Jordan)iaitu pada:
                1) 30 JUN
                2) 31 DISEMBER

PENGURUSAN WANG RIBA
1)      Duit riba secara asal hukumnya adalah haram dan wajib supaya kita cuba menghindari daripadanya.
2)      Tetapi jika tidak mampu, duit riba yang diperolehi itu hendaklah digunakan untuk kemaslahatan umum kecuali pembinaan masjid dan penerbitan mushaf Al-Quran.
3)       Selain itu ada juga pendapat yang mengharuskan hasil duit ini diberikan kepada sedekah fakir miskin dan ada juga yang berpendapat hasil duit ini haruslah sampai manfaatnya kepada orang muslim dan juga kafir.
4)      UZS memilih untuk mewujudkan satu akaun khas (AKAUN MASLAHAT UMUM) bagi mengumpulkan hasil duit riba dan digunakan bagi membiayai projek-projek yang memberi manfaat kepada seramai mungkin mahasiswa Malaysia di Jordan.

FIDYAH
BAYARAN (secupak makanan asasi) yang perlu dijelaskan kepada golongan fakir miskin  sebagai suatu cara untuk menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkannya atau sebagai denda keatas orang yang sengaja melewatkan puasa qadha sehingga masuk bulan Ramadhan yang baru. Hukumnya adalah wajib.

Langkah-langkah pengiraan Fidyah

1.      Kenalpasti jumlah hari puasa yang ditinggalkan.
2.      Kira dan dapatkan jumlah cupak/ jumlah wang yang perlu dibayar.
3.   Beri fidyah kepada fakir miskin secara terus atau bayar kepada *amil yang dilantik pihak berkuasa.
    *Ahli-ahli/ajk UZS.

Persoalan yang timbul, adakah jumlah bayaran fidyah berganda sekiranya jumlah tahun hutang qadha puasa bertambah?

Terdapat dua pandangan terhadap masalah penggandaan kiraan fidyah tertangguh:

    1)  Tidak digandakan. Ini adalah pandangan mazhab Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali.
     2) Digandakan. Ini adalah pandangan mazhab Imam Syafie.
Kita boleh mengikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Contoh mudah bagi pengiraan fidyah tertangguh adalah:
       Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
       Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
       Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
       Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
       Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
       Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.

Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.

I TEAM UZS 15/16

Perjumpaan pertama ahli Inovator Team UZS 15/16



Ahli Inovator Team(I TEAM) dibahagikan kepada 3 unit iaitu:

1) MULTIMEDIA
1. Farah Naimah
2. Aisyah Nasyeetah Azhari
3. Aqilah Shaari

2) POSTER DAN JAGA BOOTH
1. Hani Amilisa
2. Amir Zakuan
3. Amirul Syafiq
4. Sheikh Hasril
5. Farah Hanis Fadzil
6. Nurul Syakilah
7. Amalina Emma
8. Muhamad Mu’ez
9. Athirah Azahar

3) KAJIAN ZAKAT
1. Farida Hannum
2. Muhammad Sahrim
3. Nurkhairani
4. Nurul Husna Binti Mohammad Abduh
5. Aina Zafirah
6. Syuhadah Ainin
7. Ainur Faezah
8. Siti Noor Jannah
9. Hidayah Rasiman

MESYUARAT PERTAMA AJK PENGGERAK UZS SESI 2015/2016


10 April 2015, Bayt Abu Ain, Irbid





ORGANISASI UNIT ZAKAT DAN SEDEKAH SESI 2015/2016



PENGERUSI

NAMA : Muhammad bin Radzuan
NO I/C : 940201-10-5029
TAKHASSUS : Tahun 2, Ekonomi dan Perbankan Islam
NO TEL : +962778303721
EMAIL : muhdradzuan94@gmail.com

TIMBALAN PENGERUSI

NAMA : Nabilah Farhana binti Shafeed Affendy
NO I/C : 940805-03-5658
TAKHASSUS : Tahun 3, Fiqh Wa Usuluh
NO TEL : +962779415173
EMAIL : nabilah.farhana94@gmail.com

SETIAUSAHA

NAMA :Imran bin Nordin
NO I/C : 950212-10-5533
TAKHASSUS : Tahun 1 , Ekonomi dan Perbankan Islam
NO TEL :+962 7 7784 8803
EMAIL : imranovic23@gmail.com

TIMBALAN SETIAUSAHA

NAMA : Salikiyah binti Mohd Idris
NO I/C : 950609-10-6198
TAKHASSUS : Tahun 2, Pergigian
NO TEL : +962775790762
EMAIL : salikiyah.idris@yahoo.com

BENDAHARI

NAMA : Muhammad Fuad Ilmi bin Mohd Sor
NO I/C : 950531-11-5229
TAKHASSUS : Tahun 2, Ekonomi dan Perbankan Islam
NO TEL : 0779068345
EMAIL : fuadilmi@yahoo.cpm

TIMBALAN BENDAHARI

NAMA : Noor Saidah Khalidah binti Salehudin
NO I/C : 950410-10-6676
TAKHASSUS : Ekonomi dan Perbankan Islam
NO TEL : 0776657878
EMAIL : noor_sk95@yahoo.com

BIRO MULTIMEDIA

NAMA : Nurul Awfa binti Muhammad Noor Habibi
NO I/C : 960929-10-5986
TAKHASSUS : Tahun 1, Ekonomi dan Perbankan Islam
NO TEL : 0776142330
EMAIL : nurulawfa96@gmail.com

NAMA : Muhammad Faiq bin Roslan
NO I/C : 950521-03-5399
TAKHASSUS : Ekonomi dan Perbankan Islam
NO TEL :0778303671
EMAIL :faiqroslan95@gmail.com

NAMA : AISHAH SAKINAH BINTI MOHD
NO I/C : 940106-11-5042
TAKHASSUS : FIQH WA USULUH
NO TEL : 0776119404
EMAIL : sakinahaishah420@gmail.com

BIRO KAJIAN DAN INFORMASI

NAMA : Abdul Aziz bin Shafie
NO I/C : 940713-06-5681
TAKHASSUS : Ekonomi Dan Perbankan Islam
NO TEL : 0775763182
EMAIL : palo_big@ymail.com

NAMA :Siti Amira Binti Zainal Abidin
NO I/C :911008-01-6638
TAKHASSUS :Ekonomi Dan Perbankan Islam
NO TEL :+962779418584
EMAIL :lililulusakura@gmail.com

KETUA MANTIQAH

IRBID

JUST

NAMA : Muhammad Nabil bin Azhar
NO I/C : 940817145053
TAKHASSUS : Pergigian
NO TEL : 0779186765
EMAIL : justhuman94@gmail.com

NAMA : Nur Farah Aina binti Anuar
NO I/C : 950913146530
TAKHASSUS : Perubatan
NO TEL : 0778665926
EMAIL : ainafarah95@yahoo.com

YARMOUK

NAMA : MUHAMMAD FARIS BIN AZMAN
NO I/C : 950326-14-5867
TAKHASSUS : EKONOMI DAN PERBANKAN ISLAM
NO TEL : 0777328185
EMAIL : azmanfaris888@gmail.com

NAMA : Nik Nur Raihan binti Nik Muhammad Zawawi
NO I/C : 960827-03-6406
TAKHASSUS : Fiqh wa Usuluh
NO TEL : 0777539522
EMAIL : nikraihan27@gmail.com

AMMAN

NAMA : Ahmad Faiz Wajdi bin Abdul Wahab
NO I/C : 950724-11-5161
TAKHASSUS : Medik
NO TEL : 0778224659/+962778224659
EMAIL : drfaizarrazi@gmail.com

NAMA : Nornafizah Binti Nasaruddin
NO I/C : 950117-14-5094
TAKHASSUS : Fiqh Wa Usuluh
NO TEL : 077 569 7538
EMAIL : nornafizahbtnasaruddin95@gmail.com

MU'TAH

NAMA : Muhammad Uwais Aqili bin Mohd Zain
NO I/C : 970225-14-5583
TAKHASSUS : Fiqh wa Usuluh
NO TEL : 0777717153/+962787758456
EMAIL : uwais.zain@gmail.com

NAMA : AFIFAH BINTI ULUL AZMIN
NO I/C : 921105-08-5888
TAKHASSUS : FIQH WA USULUH
NO TEL : +962776263472
EMAIL : afifah_ululazmin92@yahoo.com

MAFRAQ

NAMA : Mohamad Faiq bin Mohamad Sharin
NO I/C : 961002-10-7219
TAKHASSUS : Fiqh wa Usuluh
NO TEL :+60176901880/+962779701297
EMAIL : karkun_sunni@yahoo.com

NAMA : Norsaadah binti Mohd Joned
NO I/C : 960315-10-5834
TAKHASSUS : Fiqh Wa Usuluh
NO TEL : +60193190863(whatsapp)/0778591821
EMAIL : saadah_joned@yahoo.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting