Friday 22 May 2015

KELAS ZAKAT SIRI KEDUA




[INPUT KELAS ZAKAT SIRI KE -2] Ver 1.
Penyampai/Penyedia Modul : Muhammad Arham Munir Merican Bin Amir Feisal Merican
Tempat : Bayt CordovaTarikh   : 18/5/2015
Masa     : 8-9 Malam
Kelas kali ini membincangkan modul yang dibincangkan dalam kelas siri lepas dan fokus kepada bahagian teknikal pengiraan. Menyentuh juga soalan-soalan yang tertangguh dalam kelas siri satu.Diantaranya :

TEKNIKAL PENGIRAAN

1. Pengiraan Nisob@Kadar Minimum
Harta (wang simpanan) hendaklah cukup nisob mengikut harga 85 g emas atau 595 g perak.
1.       Emas
20 mithqal=20 dinar zahabiy
1 dinar zahabiy=4.25 g
20 x 4.25 = 85 g
2.       Perak
 200 dirham
1 dirham =2.975 g
200 x 2.975 = 595 g
Contoh mengira nisob wang simpanan :
Purata harga semasa emas adalah 30JD bagi 1 gram emas,
Maka, 30JD x 85 g = 2550JD
Nilai nisob wang simpanan = 2550JD
**Sekiranya nilai simpanan telah mencapai nilai diatas atau lebih dan menetapi syarat-syarat lain maka wajib keatas individu tersebut untuk membayar zakat simpanan.

2. Pengiraan kadar wajib zakat (2.5%) yang dikenakan ke atas wang simpanan setelah cukup haul@tempoh :
(0.5/20) x 100 = 2.5% (berdasarkan hadis zakat)

Contoh kiraan kadar wajib zakat :
Abu mempunyai simpanan sebanyak 5000JD nilai simpanan Abu melebihi nisob dan telah cukup tempoh,
Maka, 5000JD*2.5%=125JD
kadar wajib yang Abu perlu zakatkan adalah sebanyak 125JD sahaja.

3. Cara mengira kadar nisob dan mengurus wang simpanan bersamanya riba :
·         Jumlah wang simpanan – kadar faedah yang diperoleh x 85 g = kadar nisob
·         Kadar faedah boleh disedekahkan untuk maslahah umum dan kepada golongan fakir miskin. Namun ia terkecuali untuk disumbang kepada pembinaan masjid dan penerbitan mushaf.
·         Wang hasil riba boleh di serahkan kepada UZS, kerana UZS menyediakan akaun khas (Akaun Maslahah Umum) untuk membiayai projek-projek yang memberi manfaat kepada mahasiswa Malaysia di Jordan.




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting