Thursday, 11 March 2010

:: Mengorak Langkah ::

Tawaran hebat….


Alhamdulillah…


Sejak berakhirnya Program RoadShow Zakat 09 yangg diadakan pada 9 November 2009 sehingga 13 November 2009, semakin ramai mahasiswa Malaysia Jordan mula menyedari bahawa kewajipan menunaikan zakat dari pelbagai aspek,yang mungkin ramai menganggap kewajipan itu hanya pada zakat fitrah sahaja.


Malah, sambutan yang hangat diterima dari pelbagai pihak sama ada warga Malaysia di Jordan mahupun warga Malaysia di tanah air sendiri telah menunjukkan bahawa mereka mula menyedari tentang fadhilat-fadhilat bersedekah. Masing-masing telah bermurah hati untuk menginfakkan sebahagian wang mereka untuk kebajikan mahasiswa Malaysia di sini…


Kami,dengan bertemakan "Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban", telah mengambil langkah inisiatif dengan melancarkan beberapa program bagi memudahkan para mahasiswa untuk menunaikan zakat dan sedekah.


Antara program tersebut:



ZAKAT



  • · Maklumat mengenai zakat boleh dirujuk pada link ini
  • · Diuruskan oleh wakil mantiqah masing-masing


Zakat yang dilancarkan:



A. zakat pendapatan







B. Zakat wang simpanan





SEDEKAH



Untuk bahagian sedekah, kami telah melancarkan 2 jenis skim iaitu skim infak bulanan dan juga skim unit saham.




Skim Infak Bulanan



  • Dibahagikan kepada 4 kategori; PERMATA, EMAS, PERAK, GANGSA.
  • Semua mahasiswa yang berminat diminta memilih salah satu kategori yang ada dan menderma (tertakluk pada kategori yang anda pilih) setiap bulan sehingga tamat kontrak.
  • Tempoh kontrak adalah selama setahun.
  • Diuruskan oleh wakil batch di mantiqah masing-masing




Skim Unit Saham



  • Bagi skim ini, anda diminta membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang atau lebih, dan menderma sebanyak JOD 5 seorang bagi setiap bulan bagi mencapai sasaran JOD 150.
  • Duit yang diperolah akan diberi kepada pelajar-pelajar yang mengalami masalah dalam menyelesaikan hutang mereka dengan pihak universiti.
  • Tempoh kontrak bagi skim ini adalah selama 5 bulan.
  • Diuruskan oleh wakil mantiqah masing-masing




SKIM INFAK BULANAN




¨ Permata (sumbangan lebih daripada JOD 2 setiap bulan)

¨ Emas (sumbangan sebanyak JOD 2 setiap bulan)

¨ Perak (sumbangan sebanyak JOD 1 setiap bulan)

¨ Gangsa (sumbangan sebanyak JOD 0.50 setiap bulan)




Kontrak selama setahun



Bermula ………/………/………….

Sehingga ………/………/………….



SKIM UNIT SAHAM



  • Satu unit saham sebanyak JOD 5
  • satu kumpulan seramai 6 orang atau lebih
  • sasaran : JOD 150


Kontrak selama 5 bulan

Bermula ………/………/………….

Sehingga ………/………/………….





Ayuh!



"Dapatkan borang penyertaan di bahagian Muat Turun di bahagian kotak kanan..."



Rebut peluang yang ditawarkan selagi hayat dikandung badan...




*Jika anda mempunyai masalah, diminta untuk terus hubungi wakil mantiqah anda masing-masing agar tidak wujud sebarang kesulitan...*

Wednesday, 24 February 2010

:: Sijil Roadshow Zakat ::

Assalamualaikum wbt,

Sijil penyertaan program Roadshow Zakat telah diedarkan kepada AJK & peserta. Sila rujuk wakil mantiqah masing-masing.

Sekiranya ada di kalangan para peserta yang masih belum mendapat sijil tersebut, sila emelkan nama anda dan no.kad pengenalan ke emel yang tertera di sebelah kanan blog ini.

Begitu juga bagi peserta-peserta yang sudah mendapat sijil tetapi terdapat kesalahan pada nama atau pun no KP, sila emelkan juga detail anda ke emel tersebut.

Tarikh akhir untuk anda menyerahkan detail tersebut adalah sebelum 5 Mac 2010.

Sekian, terima kasih.

Saturday, 7 November 2009

:: Celoteh R & S ::


Malam. Selepas solat isyak. Sejuk tak terkata.

Gigil !!!

Perut pun berkeroncong !!!

Ada yang berhipotesis, semakin rendah suhu persekitaran, semakin tinggi kadar kelaparan perut.

Ada pula yang membuat kesimpulan sendiri, makan banyak-banyak, lepas sejam lapar kembali.

Tanpa berfikir panjang, dua sekawan terus bergegas ke kedai makan popular di kalangan pelajar Malaysia Irbid, Mat’amjie. Perut yang meragam perlu dipenuhkan secepat mungkin.

Rahman : (Tarik kerusi, dengan perasaan tak sabar) Cepat-cepat! Jom order!

Syamil : Ok. Mush Mushkilah. Harini ana belanja. Kita bantai Arabi Cheese tambah Soj Zinger. Ok?

Rahman : Biaq btoi?!

5 minit kemudian, makanan sampai.

Rahman : Terima kasihlah belanja ana. Susah-susah je. Budak tajaan ni memang baik hati. Ana FAMA je. Tapi kan, ada benda yang ana nak tanya.

Syamil : (Dengan ada sedikit bangga) Hehe... Sama-sama kasih. Eh apa dia?

Rahman : (Merujuk kepada kitab yang dipegangnya) Pasal perkara ni, bab zakat. Ana kurang masyi, boleh terangkan? Maklumlah, ana ambil jurusan kedukunan, tak berapa nak berkait dengan zakat.

Syamil : Oh, ini assignment ana masa kat INTEC. Tau juga la sikit-sikit. Tanyalah. (Menunjukkan rasa penuh minat sambil merenung kitab)

Rahman : Dulu kat sekolah rendah ana pernah belajar, golongan penerima zakat atau asnaf zakat ada lapan. Salah satunya, fi sabilillah. Layak ke pelajar macam kita ni dapat zakat?

Syamil : Eh, mestilah layak. Hang tengok pelajar tajaan JAIS, mereka dapat tajaan daripada zakat bukan?

Rahman : (Mengangguk-angguk) Oh, betul jugak. Kalau ibnu sabil pula, bagaimana?

Syamil : (Sambil mengerutkan dahi) Hmm, entahlah. Ana tak berani nak cakap benda yang ana tak tahu.

Rahman : Ok, tak apa. Haa, nak tanya pasal harta yang kena zakat pulak. Betul ke duit kertas yang digunakan sekarang dikenakan zakat? Sebab masa zaman Rasulullah dulu, mana ada pakai duit kertas, yang ada, Dinar emas dan Dirham perak je…

Syamil : Eh, kena zakat juga tu. Sebab duit kertas sekarang ni menggantikan emas dan perak, walaupun duit kertas tu akan jadi tak bernilai atas sebab-sebab tertentu.

Rahman : Oh, begitu… (Sambil berfikir sejenak…)Tadi ana baca dalam buku ni, katanya takde zakat pada perhiasan. Betul ke macamtu?

Syamil : Haha... Dah buku kata macamtu, betul kot. Ana pun tak tahu sebelum ni. (Sedikit gelisah…) Aduh, rasa tak tenteramlah. Makin banyak hang tanya, makin banyak yang ana tak tahu pasal zakat ni...

Rahman : (Lantas memetik jari…) Haa, takpe. Jangan risau sahabat. Ana nak beritahu ni, minggu depan, 13 November, di Irbid ni, akan diadakan seminar tentang zakat. Ana berhajat nak pergi. Hang nak ikut?

Syamil : O yeke? Tak sabar rasanya. Jom!!!

Rahman : Haa....ade lagi..bukan kat irbid je...banyak lagi tempat di jordan nie...tengok nie..


9/11 : RoadShow Zakat di Amman

10/11 : RoadShow Zakat di Mu'tah

11/11 : RoadShow Zakat di Mafraq

12/11 : RoadShow Zakat di Kedutaan

13/11 : Kursus Intensif1 & Roadshow Zakat di Irbid



Syamil : Wahhh!!! Kalau camtu...jom kita pergi semua tempat...macam best je...xsabau nie...Align Centre

Rahman : Relax bro... Makan dulu... Lapar... Ape orang Jawe cakap? Ngeteh?

Syamil : Ha, yelah tu. Ok esok2 kita pergi sama... hehe..





p/s: semua watak yang terdapat dalam cerita di atas TIDAK ada kaitan dengan semua manusia di muka bumi ini sama ada yang masih bernafas atau yang telah kembali kepada-Nya...



[unit zakat & sedekah MPPMJ]

Thursday, 5 November 2009

:: RoadShow Zakat '09 iii ::

Ucapan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

sesi 09/10



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji bagi Allah yang tidak pernah putus mengurniakan nikmat buat hambanya agar sentiasa bersyukur. Selawat dan salam yang berpanjangan kepada junjungan mulia Nabi Muhammas s.a.w yang membuka jalan dakwah serta membawa Islam sehingga hari ini kita menikmatinya.


Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr Dzulqarnain Iskandar Shah selaku pengelola Unit Zakat dan Sedekah MPPMJ atas segala usaha murni beliau memastikan unit ini sentiasa bergerak dan memberikan manfaat kepada seluruh mahasiswa/i di Jordan ini. Tahniah juga diucapkan atas kejayaan berjaya mengadakan Roadshow Zakat pada tahun ini dengan kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan. Ini merupakan sebuah program besar kali pertama yang berjaya dilaksanakan oleh Unit Zakat dan Sedekah MPPMJ dan kita harapkan para penuntut di Jordan dapat mengambil manfaat sebaiknya melalui program-program sebegini.


Mahasiwa, mahasiswi sekalian,


Firman Allah s.w.t :


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

103. Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.



Allah Ta'ala menyarankan agar kita mengeluarkan zakat serta memberikan sedekah sebagai salah satu cara penyucian. Bukan sahaja menyucikan harta yakni menjadikan harta-harta yang disimpan lebih barakah, bahkan ia dapat membersihakn hati serta membentuk pribadi muslim yang sejati.


Jika hadas disucikan dengan mandi dan wudhuk, kekotoran zahir dapat kita hilangkan dengan air yang bersih, begitu juga harta dan simpanan yang sepatutnya mendapat hak penyucian yang selayaknya. Ibadah dalam Islam bukan sahaja memandang kesan luaran seperti bersihnya tubuh badan dan pakaian, tatkala dibersihkan. Tetapi, Islam memandang lebih dari itu, iaitu ibadah sebagai perkara yang memberikan kesan terhadap jasmani dan rohani. Sepertimana sentiasa dalam keadaan suci itu dapat menjaga peribadi, begitu juga dengan harta yang di infaqkan ke jalan Allah dapat menjamin kebahgiaan dan membentuk peribadi yang mulia seorang Muslim.

Semoga dengan wujudnya unit ini, penuntut di Jordan mendapat pendedahan yang lebih serta lebih jelas mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan serta sama-sama menunaikan hak-hak sesama Muslim yang perlu kita tunaikan. Jangan sesekali memandang sumbangan sedikit untuk membantu sahabat yang lain sebagai satu kerugian, bahkan Allah menjanjikan pulang tambahan yang berlipat kali ganda sekiranya syukur itu menjadi pengangan kita.


مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.


Akhir kata, harapan saya agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan penuntut di Jordan tidak berfikir panjang untuk merebut peluang yang jarang-jarang dapat kita perolehi. Bukan sahaja hadir sebagai peserta dan pendengar bahkan berusaha untuk diaplikasi seterusnya disampaikan kepada masyarakat di tanah air kelak. :: UZS ::




Sekian, terima kasih.

AHMAD SYAHRUL ADNAN

Presiden

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan

(MPPMJ) 2009/10




[unit zakat & sedekah MPPMJ]

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting