Sunday, 2 December 2012

LAPORAN AGIHAN KALI KE DUA UZS SESI 2012/2013

Bismillahirrahmanirrahim.

"Katakanlah, " Sungguh! Tuhanku melapangkan rezeki dan membataskannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki  di antara hamba-hambanya, " Dan apa sahaja yang kamu infakkan , Allah akan menggantikankannya dan Dialah Pemberi rezeki yang terbaik." – Surah Saba' : ayat 39

Alhamdulillah, Maha suci Allah yang telah memudahkan urusan Ahli Jawatankuasa Unit Zakat dan Sedekah (UZS) 2012/2013 bagi menyelesaikan proses pengagihan wang zakat kepada golongan yang memerlukan.Ahli Jawatankuasa UZS telah mengadakan mesyuarat pengagihan wang zakat dan sedekah UZS MPMMJ yang bertujuan untuk menapis semua borang pemohon zakat yang telah diterima pada sesi 2012/2013 untuk urusan diagihkan kepada mahasiswa-mahasiswi yang memerlukan.

Mesyuarat ini telah diadakan di mantiqah Irbid pada Tarikh 27 April 2012 pada jam dua petang.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengagihkan bantuan zakat dan sedekah kepada mahasiswa yang memohon bantuan melalui borang permohonan yang telah dihantar kepada setiap wakil mantiqah.Untuk pengetahuan, borang tersebut telah disaringkan terlebih dahulu oleh pihak berwajib Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) bagi setiap negeri.Saringan ini  dilakukan bagi mengenalpasti tahap keperluan pemohon terhadap bantuan Zakat yang dipohon.Sementelahan itu,proses saringan berperingkat ini  bertujuan memudahkan urusan Unit Zakat dan Sedekah untuk mengenalpasti dan membantu golongan yang sangat-sangat memerlukan sekiranya pihak BKAN tidak dapat membantu pemohon  di atas masalah kewangan yang tidak dapat dielakkan.

Berikut adalah butiran-butiran pengagihan hasil perbincangan yang telah disepakati ahli mesyuarat.

Semua borang pemohon yang telah dinilai dan dianalisis secara telus bagi menentukan status pemohon tersebut sama ada benar-benar layak menerima bantuan atau tidak.Pemohon telah dibahagiakan kepada 3 kumpulan.

1. Sangat memerlukan bantuan.
2.Sederhana memerlukan.
3.Memerlukan bantuan.

Secara kesuluruhannya, semua pemohon berhak menerima bantuan,namun pihak UZS telah berusaha memilih dan sepakat dalam menentukan siapakan pemohon yang benar-benar layak menerima.Oleh itu,UZS sesi 2012/2013 telah mengutamakan pemohon-pemohon yang lebih memerlukan bantuan seramai 54 orang mahasiswa di sekitar empat mantiqah- Irbid,Mu'ttah,Amman,dan Mafraq.

Berikut disertakan nilai dan jumlah wang Zakat dan Sedekah yang telah diagihkan kepada pemohon Zakat sesi 2012/2013:-

Klik gambar untuk tumbesaran

 Jutaan terima kasih kepada insan-insan yang menyumbang ke dalam dana Unit Zakat dan Sedekah UZS.Semoga setiap nilai yang telah disumbangkan akan  beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat kelak.In syaa Allah.

" Katakanlah, " Sungguh! Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambanya," Dan apa sahaja yang kamu infakkan,Allah akan menggantikannya dan dialah pemberi rezeki yang terbaik."-
[ As-Saba' : 39 ]

Semoga kepada insan-insan yang ingin menyumbang,namun tidak berpeluang pada tahun ini,kami mendoakan kalian semoga Allah dimudahkan urusan kewangan dan kehidupan kalian agar akan datang kalian dapat membantu dan memudahkan insan-insan lain yang masih kurang bernasib baik pula.

Makluman tambahan untuk anda,penyumbang dana Unit Zakat dan Saham juga tidak hanya terhad kepada golongan Mahasiswa sahaja,malah ramai dari intergriti yang  berbeza seperti pihak penjaga,saudara mara dan sahabat handai yang berada di Malaysia dan serata dunia turut bersama meluahkan rasa empeti dengan bertindak menyumbang ke tabung dana Unit Zakat dan Sedekah.Kami,pihak UZS Mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan yang disalurkan.

"Hulurkan tangan,ringankan beban"
" Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan di bawah yang menerima"

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting