Oleh : Ahmad Fadhil Hamdi Bin Mohd Ali
Menabung adalah perbuatan menyimpan duit daripada digunakan pada waktu itu. Jika diterjemahkan kepada formula ekonomi yang mudah, simpanan itu adalah baki pendapatan setelah ditolak daripada perbelanjaan. Individu yang rasional dan waras akalnya akan berusaha untuk menabung, tidak boros berbelanja, tidak pantas membeli segala gajet-gajet baru yang bersepah di pasaran dan akan berfikir masak-masak sebelum membuat sesuatu perbelanjaan, lebh-lebih lagi perbelanjaan yang besar.
Kita mungkin akan tertanya-tanya; kenapa mereka yang mendakwa akalnya waras begitu tindakannya? Kenapa perlu menabung? Pentingkah menabung? Perlukah? Berikut beberapa poin yang boleh penulis nukilkan untuk menjawab persoalan-persoalan tadi:

· Menabung untuk menghadapi kecemasan.
Kita semua akan hadapi pelbagai situasi yang tidak dijangka, seperti kos rawatan hospital yang melambung tinggi untuk bukan warganegara, kemalangan yang mencecah ratusan dan ribuan dinar, pembelian tiket kapal terbang on the spot dan lain-lain. Dengan simpanan yang ada, kita tak akan menyusahkan orang lain dengan membuat pinjaman.

· Menabung untuk merealisasikan impian.
Siapa yang tak mahu mengembara ke 32 buah negara Eropah, membawa ibu bapa mengerjakan haji, berkahwin, menyambung pengajian master di Universiti Oxford, membeli sebuah Lancer Evo X atau pun seunit banglo mewah di Damansara? Walau apa pun contoh yang diberi, setiap impian itu memerlukan kita menyimpan sejumlah wang yang mencukupi.

· Menabung untuk melabur pada masa hadapan.
Ada di antara kita yang masih merangkak dalam aktiviti pelaburan, masih dalam meneliti, belajar tentang segenap peluang pelaburan yang ada untuk diceburi setelah beroleh segulung ijazah. Mahu tidak mahu, kita perlu menabung sekarang bagi membolehkan kita membuat pelaburan -yang semestinya perlu patuh syariah dan undang-undang- pada masa akan datang.

Jika masih belum jelas, mungkin boleh ditonton filem Confessions of a Shopaholic, sebuah filem yang ada hikmahnya bagi hemat penulis. Setelah jelas mengapa perlu menabung, bolehlah kita beralih pula kepada beberapa kaedah atau cara yang praktikal untuk kita menabung atau yang dapat membantu kita untuk menabung, antaranya:
· Mendahulukan perbelanjaan mengikut hierarkinya.
Contohnya, seseorang ingin membeli sebuah telefon bimbit. Dia ada pilihan sama ada untuk membeli sebuah Samsung S3 atau pun sekadar Nokia 3310. Asasnya, telefon bimbit sekarang menjadi suatu KEPERLUAN untuk manusia saling berhubung, maka Nokia 3310 dikira sudah mencukupi. Tetapi KEHENDAK manusia yang tak terbatas boleh menyebabkan individu itu memilih Samsung S3. Tiada masalah jika individu itu mampu, tapi dia perlu memastikan yang dia tidak ada komitmen lain (yang bersifat keperluan) yang perlu didahulukan dahulu.

· Tidak gopoh berbelanja.
Misalnya, seseorang itu tersangat berkemampuan untuk membeli telefon pintar berkat daripada subsidi yang kerajaan Malaysia berikan, dan dia ada beberapa pilihan untuk dibuat. Individu yang bijak berbelanja akan membuat perbandingan dahulu antara gajet yang berkenan di hati berdasarkan spesifikasi yang diminati dan testimoni yang ada di internet, untuk mengelakkan kemungkinan gajet itu dijual kembali kepada orang lain dengan harga lebih rendah kerana terdedah kepada susut nilai. Di sini, kita dapat lihat, jika individu itu berhati-hati dalam membuat pilihannya, jumlah susut nilai itu sepatutnya tidak akan keluar dari simpanannya.

· Senaraikan perbelanjaan bulanan.
Kita disarankan untuk mengawal aliran keluar duit kita dengan menyenaraikan perbelanjaan bulanan. Sebagai contoh, seorang siswa tajaan JPA menerima RM 2,500 sebulan. Beliau siap membahagikan duit itu kepada beberapa bahagian:
1) perbelanjaan wajib seperti sewa rumah, makan minum, dsb. yang berjumlah RM 800.
2) perbelanjaan universiti seperti buku rujukan dsb. yang berjumlah RM 100.
3) perbelanjaan tambahan seperti buku tambahan, sedekah dsb: RM 600.
4) simpanan: RM 1,000.
Dengan melazimi dan tidak melanggar peruntukkan itu, tidak mustahil beliau dapat mengumpul sebanyak RM 12,000 setiap tahun dengan mudah.

· Membeli emas.
Emas dari zaman-berzaman terbukti stabil nilainya. Jika diteliti harga emas dari tahun ke tahun, harganya naik sebanyak 30% setahun, antara kesan daripada inflasi. Contohnya, emas yang dibeli pada awal tahun 2010 berharga JD25 segram kini boleh dijual dengan harga JD40 segram lebih kurang. Maka, individu yang mempunyai lebihan wang yang tidak digunakan seperti siswa di atas disarankan untuk membeli emas sebagai simpanan jangka panjang yang nilainya jauh dimamah kesan inflasi. Antara syarikat menjual jongkong emas yang dipercayai di Irbid adalah SABNUHA Fine Gold Trading yang boleh dihubungi di Facebook Group 'Komuniti Pelabur Emas Jordan'.

· Menyediakan tabung.
Walaupun bunyinya agak kolot, tapi sekurang-kurangnya, ia boleh digunakan untuk maslahat tertentu, contohnya duit syiling yang berterabur di segenap penjuru rumah dikutip dan diletakkan ke dalam tabung untuk membeli keperluan dapur. Penarikan beberapa subsidi oleh kerajaan Jordan menyebabkan beberapa harga barang keperluan naik, maka tabung yang siap dikumpul itu bolehlah digunakan untuk menukar tong gas memasak, atau pun paling tidak sepapan telur ayam.

Perlu juga diingat, simpanan kita yang telah cukup haul dan cukup nisab hendaklah dikeluarkan zakat, sama ada berbentuk jongkong emas, tunai yang tersimpan rapi tak terusik di bawah karpet rumah, mahupun tunai di bank. Segala yang berkaitan dengan zakat dan pengiraannya bolehlah dirujuk kepada Unit Zakat & Sedekah Jordan di akaun Facebook 'Zakat Sedekah MPMM Jordan'. Petua bola sepak ada mengatakan, sebaik-baik cara bertahan adalah dengan menyerang, sama lah juga halnya di sini; antara hikmah dikenakan zakat ke atas wang simpanan ialah Islam menyarankan umatnya untuk melabur dari menabung. Maka, di sini, saya boleh katakan 'sebaik-baik cara menabung adalah dengan melabur'.
Akhir kalam penghujung, selamat menabung!

Ahmad Fadhil Hamdi Bin Mohd Ali adalah Mahasiswa tahun 4 Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk Irbid, Jordan .