Wednesday 8 July 2009

::Apa bidang tugasan mereka::

STRUKTUR ORGANISASI

Senarai Tugas

Penasihat Syariah:

  1. Membekalkan maklumat terbaru tentang nisab dan hukum-hakam yang berkaitan zakat.
  2. Menjadi tempat rujukan dalam menyelesaikan kesulitan yang berlaku dalam proses pengumpulan dan pengagihan zakat.
  3. Memastikan segala gerak kerja mengikut lunas-lunas syariat.
Pengarah:
  1. Mengurus serta memerhatikan gerak kerja organisasi agar berjalan dengan lancar dan teratur.
  2. Mempengerusikan mesyuarat dan perjumpaan yang diadakan.
Setiausaha:
  1. Menyediakan segala minit mesyuarat dan kertas kerja yang berkaitan dengan program zakat.
  2. Menyediakan bahan-bahan maklumat yang berkaitan serta mengagihkan kepada wakil mantiqah.
Bendahari Am:
  1. Mengumpulkan maklumat kewangan setiap wakil mantiqah.
  2. Menyediakan laporan kira-kira mengikut semester @ tahun.
  3. Mengumpulkan segala zakat yang yang di serahkan kepada MPPM secara umum untuk diagihkan kepada wakil mantiqah.
Wakil Mantiqah:
  1. Mengedarkan bahan edaran kepada ahli mantiqah masing-masing.
  2. Mengumpulkan zakat pelajar dari mantiqah masing-masing.
  3. Membuat bancian terhadap pelajar mantiqah dan mengenal pasti pelajar yang layak untuk menerima zakat serta kadar yang sepatutnya diterima.
  4. Berperanan untuk mengagih zakat kepada pelajar yang berhak dalam mantiqah tersebut.
Syarat Umum AJK Pelaksana
  1. Mestilah daripada pelajar yang amanah dan dipercayai dalam menguruskan kewangan.
  2. Mempunyai maklumat am serta kemampuan untuk memahami masalah asas yang melibatkan zakat.
  3. Sanggup memberi komitmen dan berkhidmat tanpa mengharapkan balasan duniawi.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting