Seronoknya dapat sedekah....Terlalu banyak ganjaran yang allah berikan kepada yang bersedekah...alangkah ruginya jika aku tidak bersedekah...tetapi...apa pula contoh ganjaran allah kepada orang yang suka bersedekah....sila scroll ke bawah untuk mengetahui maklumat selanjutnya....
Keutamaan sedekah sangat banyak, di antaranya adalah:
1. Melaksanakan perintah Allah:
Tidak ragu lagi, orang yang menunaikan sedekah, sama ada yang wajib atau yang sunnah bererti dia telah merealisasikan perintah Allah - yang termaktub dalam firman-Nya:
“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.”
(al-Baqoroh [2]: 254)
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah berkata:
“Allah s.w.t menganjurkan kepada segenap kaum muslimin untuk berinfak pada seluruh jalan kebaikan. Allah s.w.t mengingatkan mereka bahawa nikmat yang diperolehi manusia adalah pemberian dari Allah s.w.t., Dia yang telah memberikan rezeki, Dia yang telah mencurahkan kepelbagaian bentuk kenikmatan. Allah tidak memerintahkan untuk mengeluarkan seluruh harta yang mereka miliki, akan tetapi Allah menggunakan huruf “Min” yang menunjukkan sebahagian. Inilah yang seharusnya mendorong manusia untuk berinfak. Allah mengkhabarkan pula bahawa infak dan sedekah akan menjadi tabungan di sisi Allah sebagai bekal pada hari yang mana di saat itu tidak berguna lagi jual beli dan semisalnya.”
(Taisir Karimir Rahman hlm. 111)
2. Ganjaran yang berlipat ganda:
Allah berfirman:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui.
(al-Baqarah [2]: 261)
Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakan:
“Ayat ini seolah-olah bagaikan penjelas tentang ukuran lipatan ganjaran pahala yang disiapkan bagi orang yang berinfak. Allah s.w.t. membuat permisalan seperti ini agar tergambar dalam akal manusia. Dia membuat permisalan dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Hingga hati terasa melihat langsung berlipatnya pahala infak, sebagaimana mata melihat langsung terhadap benih-benih tersebut. Akhirnya terkumpullah kenyataan yang jelas dan kenyataan iman, hingga iman orang yang berinfak semakin kuat dan jiwanya terdorong untuk berinfak.”
(Asyjar Ibnul Qoyyim him. 43 oleh Majid bin Muhammad)
3. Penghapus kesalahan dan dosa
Manusia tidak luput dari dosa dan kesalahan. Tidak ada yang maksum di dunia ini kecuali para nabi dan rasul. Dengan hikmahnya yang agung, Allah s.w.t. menjadikan sedekah sebagai salah satu penghapus dosa dan kesalahan yang kita perbuat. Allah s.w.t. berfirman:
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(al-Baqarah [2]: 271)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dan itu sedekah menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2616. Ahmad, 5/230. Ibnu Majah, no. 3973. Hakim 2/412. Ibnu Hibban, no. 214. Lihat al-Irwa, 413)
4. Kebaikan/Kebajikan yang sempurna diraih melalui sedekah.
Allah berfirman:
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Ali Imran [3]: 92)
5. Diganti dengan yang lebih baik
Jangan khuwatir bahawa dengan sedekah yang kita keluarkan. Kerana Allah akan menggantinya, perhatikan firman Allah s.w.t. berikut ini:
“Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)." Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.”
(Saba’ [34]: 39)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah berpagi hari seseorang hamba, kecuali dua malaikat turun dan salah satunya berkata: “Ya Allah, berilah orang yang berinfaq gantinya,” Yang satunya berkata pula: “Ya Allah, berilah orang yang bakhil gantinya dengan hilang apa yang ada padanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, no. 1374, Muslim, no. 1010)
ADAB BERSEDEKAH
Ketahuilah, bahawa infak itu mencakupi seluruh sedekah yang wajib seperti zakat mahupun yang sunnah. Ada beberapa adab yang perlu diperhatikan bagi orang yang hendak bersedekah:
Pertama: Perbaiki Niat
Hendaklah orang yang bersedekah supaya meluruskan niatnya. Hendaklah yang ia cari hanya Wajah Allah s.w.t. semata, bukan kerana riya’ atau ingin dipuji manusia dengan dikatakan dermawan.
Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya):
“Ada seseorang yang Allah beri keluasan harta, kemudian dia mengakui nikmat tersebut pada hari kiamat. Dia ditanya: “Lantas apa yang engkau kerjakan dengan nikmat tersebut?” Dia menjawab: “Aku salurkan ke jalan yang Engkau cintai. Tidak ada satu pun jalan yang Engkau cintai kecuali aku berinfak di dalamnya.” Allah berkata: “Engkau dusta! Akan tetapi engkau melakukan hal itu semua kerana ingin dikatakan dermawan, dan engkau telah mendapatkannya!” Akhirnya orang tersebut ditarik wajahnya dan dicampakkan ke dalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1905)
Kedua: Dan harta yang halal
Dari Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak akan diterima solat tanpa thoharoh (bersuci), dan tidak akan diterirna pula sedekah dari harta ghulul.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 224)
Yang dimaksudkan dengan ghulul adalah khianat, asalnya ghulul adalah mencuri harta ghonimah (rampasan perang) sebelum dibahagikan. (Syarah Sahih Muslim, 1/203)
Ketiga: Sedekah dengan harta yang paling dicintai.
Allah s.w.t. berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (al-Baqarah [2]: 267)
Anas menyatakan:
“Abu Thalhah adalah orang Anshor Madinah yang paling banyak hartanya berupa kebun-kebun kurma. Dan harta yang paling dia cintai adalah kebun di Bairuhaa (di daerah Madinah). Ketika dia di dalam masjid, turun ayat kepada Rasulullah yang berbunyi:
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempuma), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan. Maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali Imran [3]: 92)
“Abu Thalhah r.a. berkata: “Wahai Rasulullah, Allah telah berfirman, “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.” Dan harta yang paling aku cintai adalah kebun kurma yang berada di Bairuhaa, dan kebun itu sekarang aku sedekahkan kerana Allah, aku mengharap kebaikan dan tabungan pahalanya di sisi Allah. Rasulullah berkata: “Duhai, itu adalah harta yang menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang engkau katakan, dan aku memandang agar harta itu di sedekahkan kepada keluarga terdekatmu dahulu.” Abu Thalhah r.a. berkata: “Baik, saya akan lakukan wahai Rasulullah.” Maka Abu Thalhah membahagikannya kepada kerabat dan keluarga terdekatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1392)
Keempat: Mendahulukan kerabat terdekat
Termasuk adab bagi orang yang bersedekah, hendaklah dia mendahulukan sedekahnya untuk diberikan kepada saudara kerabat terdekat yang memerlukannya. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah kepada Abu Thalhah r.a. dalam hadis di atas.
Juga Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu sedekah, dan sedekah kepada saudara kerabat mendapat dua pahala: pahala sedekah dan pahala menyambung tali silaturrohim.” (Hadis Riwayat Ahmad, 4/18, Nasa’i, 2582, Ibnu Majah, 1844, Ibnu Hibban, 833, Hakim 1/417. Syaikh al-Albani menyatakan hadis ini hasan dalam kitabnya al-Irwa no. 88)
Kelima: Mengutamakan Kepada Mereka Yang Memerlukan
Hendaklah orang yang memberi sedekah mengutamakan orang-orang yang memerlukan dan dia menjalankan ketaatan kepada Allah s.w.t.. Jangan sehingga tersalah memberi sedekah kepada orang yang tidak berhak hingga membantunya untuk berbuat maksiat kepada Allah s.w.t.. Perhatikanlah hal ini dengan sebaik-nya.
Keenam: Menyembunyikan Sedekah
Hendaklah bagi orang yang bersedekah untuk menyembunyikan sedekahnya, kecuali apabila menampakkan sedekah mampu membawa maslahat (kebaikan/faedah).
Allah s.w.t. berfirman:
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya, dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah [2]: 271)
Rasulullah s.a.w. menyebutkan tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, di antaranya adalah:
“Seseorang yang bersedekah kemudian dia menyembunyikan sedekahnya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kanannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 629. Muslim, no. 1031)
Ketujuh: Lembut kepada fakir-miskin dan jangan diungkit-ungkit
Allah s.w.t. berfirman:
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (al-Baqarah [2]: 262)
Kelapan: Jangan rakus/tamak dengan harta dari dunia yang fana
Dunia adalah tempat singgah sementara setiap insan, bukan tempat akhir kehidupannya. Kehidupan yang abadi adalah di alam akhirat, maka tidak wajar bagi manusia untuk menimbun/mengumpul harta tanpa menunaikan hak harta tersebut. Janganlah kita menjadi orang yang tamakkan harta sehingga melupakan akhirat.
Dari Abu Hurairoh r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hati seseorang yang tua akan tetap muda untuk mencintai dua perkara, (iaitu) hidup lama dan cinta harta.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6420. Muslim, no. 1046)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
“Andaikan Ibnu Adam (anak keturunan Adam) mempunyai dua telaga berisi harta, nescaya dia akan menuntut telaga yang ketiga. Dan tidaklah dada Ibnu Adam itu terpenuhi kecuali oleh tanah. Allah Maha menerima taubat orang yang bertaubat kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6439. Muslim, no. 1048)
Syaikh Ibnu Baz rahimahullah ketika menjelaskan hadis-hadis di atas beliau berkata:
“Maksud dari ini semua adalah peringatan akan bahayanya menyibukkan diri dengan harta dan bahaya terfitnah dengannya. Hendaknya seseorang muslim menguatkan tekad dan keinginannya untuk beramal menuju kampung akhirat. Jangan tersibukkan dengan dunia dan segala perhiasannya, kerana dia tidak diciptakan untuk tujuan dunia, akan tetapi diciptakan untuk beramal menuju akhirat, maka tidak wajar untuk menyibukkan diri dengan sesuatu yang dia tidak diciptakan untuk hal itu.” (az-Zakat fil Islam, hlm. 517)
BILA WAKTUNYA?
Waktu yang paling utama untuk mengeluarkan sedekah adalah ketika kita sihat dan senang terhadap harta (memiliki harta). Ini adalah berdasarkan hadis berikut:
Ada seseorang yang datang menemui nabi dan berkata:
“Wahai Rosulullah s.a.w., sedekah apakah yang paling besar pahalanya?” Rasulullah menjawab: “Engkau bersedekah, sedangkan engkau dalam keadaan sihat dari bakhil, takut miskin dan berharap kaya. Jangan engkau menunda sedekah, hingga maut telah sampai tenggorokan baru engkau berkata: “Untuk sifulan sekian, sifulan sekian, padahal hartamu sudah milik orang lain (iaitu ahli warisnya).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2597. Muslim, no. 1092)
KISAH PARA SALAF (GENERASI AWAL) DALAM HAL BERSEDEKAH
Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya...
Umar bin Khaththob berkata:
“Rasulullah memerintahkan kami untuk bersedekah, kebetulan saat itu aku mempunyai harta,” aku berkata: “Hari ini aku akan mengungguli Abu Bakr maka aku memberikan setengah hartaku. Rasulullah bertanya kepadaku: “Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?” aku menjawab: “Separuhnya yang lain.” Kemudian datang Abu Bakr r.a. dengan membawa semua harta yang dimiliki, maka Rasulullah bertanya padanya: “Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?” Abu Bakr menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan rasul-Nya. Umar r.a. berkata: “Demi Allah, aku tidak boleh mengunggulinya dengan apapun Selamanya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 3675. Abu Dawud, no. 1678. ad-Darimi, no. 1667. al-Hakim, 1/414. Lihat al-Misykah, 6021)
Membantu suatu pasukan perang
Utsman r.a. termasuk orang yang gemar berinfak di jalan Allah. Abdurrohman bin Khobbab berkata:
“Aku melihat Nabi menganjurkan kami agar bersedekah kepada bala tentara yang kesusahan. Maka bangunlah Uthman r.a. lalu berkata:
“Wahai Rasulullah, aku sedekahkan seratus ekor unta lengkap dengan pelana dan tali kekangnya di jalan Allah.” Kemudian Rasulullah kembali menganjurkan kami agar bersedekah kepada bala tentara yang sedang kesusahan. Maka Utsman r.a. kembali berdiri dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku sedekahkan dua ratus unta lengkap dengan pelana dan tali kekangnya di jalan Allah.” Kemudian kembali Rasulullah menganjurkan sedekah. Maka lagi-lagi Uthman yang berdiri dengan berkata: “Wahai Rasulullah, aku sedekahkan tiga ratus ekor unta lengkap dengan pelana dan tali kekangnya di jalan Allah. Abdurrohrnan bin Khobbab berkata: “Aku melihat Rasulullah turun dari mimbar lalu berkata:
“Tidak ada yang menandingi apa yang dilakukan Uthman setelah hari ini. Beliau mengucapkannya berkali-kali.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 3700. Hakim, 3/102 dan beliau mensahihkannya dan dipersetujui oleh imam adz-Dzahabi. Lihat Fathul Bari, 7/54)
Bersedekah walaupun dalam kesusahan
Dari Abu Hurairoh r.a. bahawasanya ada seseorang yang datang bertemu kepada Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah membawanya ke rumah isteri-isteri beliau. Mereka berkata:
“Kami tidak mempunyai kecuali air saja.” Rasulullah lantas berkata: “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjamu tamu ini?” Seorang laki-laki anshor berkata: “Aku bersedia wahai Rasulullah.” Dibawalah tamu tersebut ke rumahnya, dan dia berkata kepada isterinya:
“Muliakan tamu Rasulullah ini.” Isterinya menjawab: “Kita tidak punya apa-apa kecuali makanan untuk anak kita.” Dia berkata: “Sudah, siapkan saja makanannya, perbaiki lampu ruangan dan tidurkan anak kita bila mereka minta makan malam.” Isterinya pun menuruti perintah suaminya, dia berdiri seolah-olah memperbaiki lampu kemudian mematikannya. Kemudian keduanya memperlihatkan kepada tamunya seolah-olah ikut makan. Jadilah malam itu mereka tidur dalam keadaan lapar. Tatkala pagi hari, laki-laki anshor tadi menemui Rasulullah, maka Rasulullah pun berkata: “Allah, tertawa dan kagum atas perbuatan kalian berdua tadi malam.” Maka Allah menurunkan firman-Nya yang berbunyi:
“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (al-Hasyr [8]: 9).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 3587)