Saturday, 11 July 2009

::Kelayakan untuk Menerima Zakat::


PENERIMA ZAKAT



Mereka yang berhak menerima zakat (asnaf) boleh dibahagikan kepada 8 golongan seperti yang tersebut dalam firman Allah:






إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ



Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah:60]



Antara golongan yang layak menerima zakat :


  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil
  4. Muallaf
  5. Hamba
  6. Penghutang
  7. Fi Sabilillah
  8. Ibn Sabil




Bagaimana pula dengan situasi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan?



Antara sebab yang melayakkan seseorang menerima zakat dalam konteks pelajar Malaysia di Jordan adalah seperti di bawah:



  • mempunyai masalah membayar yuran pengajian (Miskin & Fi Sabilillah)
  • memerlukan bantuan kewangan untuk kos sara hidup (Miskin)
  • mempunyai masalah menjelaskan sewa rumah atau hutang (Penghutang)
  • berhajat kepada bantuan kewangan untuk membeli tiket pulang ke Malaysia apabila telah tamat pengajian atau ditimpa musibah ya ng tidak diduga. (Ibn Sabil)



Mana-mana pelajar yang menghadapi salah satu masalah di atas berhak untuk mendapatkan zakat berdasarkan hak mereka daripada asnaf. Pelajar yang tidak mempunyai mana-mana sumber kewangan yang tetap hendaklah diutamakan daripada mereka yang mempunyai sumber kewangan samada daripada keluarga, biasiswa atau penaja.





TATACARA PENGURUSAN ZAKAT



  • Pihak yang mengendalikan pembahagian zakat tidak boleh menggunakan wang zakat tersebut untuk tujuan selain dibahagikan kepada yang berhak menerima zakat.
  • Harta zakat perlu dibahagikan kepada asnaf yang telah ditetapkan syarak. Pihak yang terbabik perlu memastikan penerima adalah daripada mereka yang benar-benar layak dari segi syarak.
  • Harta zakat hendak diagihkan dalam tempoh masa yang segera, dan tidak boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama atau dilaburkan dahulu sebelum diagih.
  • Pihak yang mengumpul dan membahagikan zakat tidak dianggap sebagai amil, bahkan mereka adalah wakil daripada pihak pembayar untuk mengagihkan zakat kepada penerima zakat. Oleh itu, mereka tidak berhak mengambil walaupun sesen zakat yang dikumpulkan atas dasar bahagian amil.
  • Jika terdapat perbelanjaan pengurusan, AJK hanya boleh menggunakan peruntukkan yang telah disediakan oleh MSD & MPPM kepada organisasi.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting