Saturday, 11 July 2009

::Pengenalan Zakat::


Zakat..



Apa yang kita boleh faham tentang zakat...

Rukun islam mempunyai 5 perkara dan salah satu daripadanya adalah menunaikan zakat. Mengapa Islam sangat menitikberatkan tentang kepentingan menunaikan zakat?



Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang menjadi asas kepada aturan kewangan umat Islam. Kefardhuan zakat bermula pada tahun kedua selepas hijrah baginda Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah.



Antara dalil-dalil kefardhuannya ialah:






وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ


Dan dirikan solat serta tunaikan zakat. [Surah Al-Baqarah: Ayat 43]




بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ


Islam dibina di atas lima perkara: penyaksian tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji, dan berpuasa pada bulan Ramadhan. [Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim]



Kefarduan zakat juga telah disepakati oleh ummah dan menjadi Ijma’ sehinggakan mengingkarinya akan membawa kepada kufur.



Pensyariatan zakat mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi samada dari aspek ekonomi atau kemasyarakatan. Antara matlamat penting daripada zakat ialah



· merapatkan jurang sosial antara masyarakat

· mengurangkan kemiskinan.

· Menghapuskan sifat kedekut

· Banyak masalah masyarakat dan jenayah dapat dibendung

· Menghilangkan perasaan hasad dengki sesama islam

· Membentuk satu jalinan ukhuwwah



Firman Allah Taala:



كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ


Agar tidak (harta itu) berlingkar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu. [Surah Al-Hasyr: Ayat 7]



Kesedaran tentang kepentingan zakat perlu diterapkan dalam masyarakat dengan menyedari bahawa segala harta dan kekayaan yang dimilki sebenarnya adalah milik Allah yang diamanahkan kepada mereka. Oleh itu, ia sepatutnya diurus mengikut kehendak pemilik yang hakiki iaitu Allah, kerana kecuaian pada menunaikan haknya akan membawa kepada kecelakaan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | 100 Web Hosting