Cara Dan Jenis Sedekah:
Nabi Muhammad (SAW) telah mengajar orang-orang yang beriman pelbagai cara dan jenis untuk berinfak atau bersedakah tathawwu'. Cara-cara tersebut dapat kita fahami melalui nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, antaranya
Firman Allah:
"Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan". (al-Insan, 76: 8)
Ayat ini menggalakkan orang-orang yang beriman agar memberi sedekah kepada fakir miskin dari jenis-jenis barangan (harta) yang terbaik dan yang disukai, bukan yang sisa, yang terbuang atau tidak diperlukan lagi.
Galakan bersedekah dengan benda-benda yang baik terkandung dalam hadis Nabi Muhammad:
"Wahai manusia, Allah itu Baik, tidak menerima kecuali yang baik! Dan sesungguhnya Allah menyuruh para mukmin mengerjakan apa yang diperintahkan kepada para Rasul mengerjakannya". (Hadis Riwayat Muslim)
SEDEKAH JARIAH
Sedekah jariah ialah sedekah (infaq) yang pahalanya terus-menerus diperolehi oleh pemberi walaupun dia telah meninggal dunia. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya:
اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَانُ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّمِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، اَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ
"Apabila mati seorang manusia, putuslah amalannya, kecuali dari tiga perkara: Sedekah yang jariah, ilmu yang dapat diambil manfaatnya oleh manusia, anak yang soleh yang berdoa untuknya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersedekah Kepada Haiwan:
بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِى بِطَرِيْقٍ اِشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيْهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ ، فَاِذَاكَلْبٌ يَلْهَثُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ ، فَقَالَ الرَّجُلُ: لَقَد بَلَغَ هَذَا الْكَلْبُ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلَ الَّذِىكَانَ قَدْ بَلَغَ مِنِّى. فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلاَءَ خُفَّهُ مَاءً ، ثُمَّ اَمْسَكَهُ بِفِيْهِ حَتَّى رَقِىَ ،فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ ! اِنَّ لَنَا فِى الْبَهَائِمِ اَجْرًا ؟ فَقَالَ : فِىكُلِّ كَبِدٍ رُطْبَةٍ اَجْرٌ.
[رواه البخارى]
"Seorang lelaki sedang berlalu di sebuah jalan, ia telah merasa kehausan yang sangat. Kemudian ia mendapati sebuah perigi, lalu ia turun dan minum sepuasnya. Setelah ia keluar, tiba-tiba ia terserempak seekor anjing yang sudah terhulur lidahnya kerana haus. Maka lelaki itu berkata: Anjing ini sedang menderita kehausan sebagaimana aku menderita. Kemudian ia turun lagi ke perigi dan mengisi air ke dalam sepatunya. Ia naik dan memberi minum anjing sepuasnya. Maka Allah menyatakan syukur kepada orang itu dan mengampunkan dosa-dosanya. Para sahabat bertanya: Apakah pada binatang-binatang pun kami akan mendapat pahala? Beliau bersabda: Pada setiap yang berjiwa ada pahalanya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Siapakah Yang Layak Menerima infak?
Infak tidak boleh diberikan kepada yang tidak layak menerimanya. Syarak telah menetapkan orang yang berhak dan layak untuk menerima infak, zakat dan sedekah. Orang Islam dilarang dari meniru Yahudi dan Nasrani dalam mengeluarkan zakat atau infak. Yahudi dan Nasrani lebih banyak menyerahkan infak kepada individu tertentu.
Firman Allah:
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِنَّ كَثِيْرًا مِنَ اْلاَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَاْكُلُوْنَ اَمْوَالَ النَّاسِ بِالبَّاطِلِ وَيَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ وَالَّذِيْنَ يَكْثُرُوْنَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنْفِقُوْنَهَا فِى سَبِيْلِ اللهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ اَلِيْم
Syarak telah mewajibkan orang-orang beriman agar menginfakkan sebahagian harta yang diperolehinya pada jalan Allah. Sesiapa yang kufur atau mengingkari dari berbuat demikian, maka akan ditimpakan kecelakaan ke atasnya di dunia dan di akhirat.
Sebagaimana firman Allah:
"Dan infakanlah harta kamu di jalan Allah. Janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan". (al-Baqarah, 2: 195)
Antara cara amalan infak di jalan Allah ialah dengan memberi atau menyalurkan wang yang diperolehi kepada orang-orang yang layak menerimanya atau kepada Baitulmal Muslimin yang diamanahkan untuk menguruskan keperluan dan kepentingan orang-orang Islam.
Ini telah dijelaskan dibeberapa ayat al-Quran:
اِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وِالْمَسَاكِيْنِ وَالْعَامِلِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ وَالْغَارِمِيْنَ وَفِى سَبِيْلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيْلِ فَرِيْضَةً مِنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ
"Sesungguhnya infak (termasuk sedekah dan zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dipujuk hatinya, untuk yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". AT TAUBAH, 9:60.
Setiap orang yang beriman diharamkan dari menghalang-halangi orang-orang yang mahu berinfak. Kerana hanya orang-orang munafik sahaja yang suka menghalang seseorang dari mengeluarkan infak.
Allah telah berfirman:
"(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk bersedekah) selain sekadar kesanggupannya. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka, Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih". (at-Taubah, 9: 79)
َدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ وَقَالَ : يَمِينُ اللَّهِ مَلْأَى ، وَقَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ مَلْآنُ سَحَّاءُ لاَ يَغِيضُهَا شَيْءٌ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ
"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu ’anhu katanya: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda dengan menyampaikan firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala: Wahai anak Adam! Berbelanjalah kamu, pasti Aku akan membelanjakanmu dan Rasulullah ssallallahu ‘alaihi wa-sallam menyambung: Anugerah Allah itu melimpah-ruah lagi cepat. Ibnu Numair radiallahu ‘anhu berkata: Penuh melimpah-ruah dan tidak mengurangi dariNya sedikitpun samada malam ataupun siang". (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadis Untuk Renungan :
"Hadis daripada Ibnu Umar radiallahu ‘anhu katanya: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)