Sedekah/ infak dalam sunnah
Menurut al-quran dan hadis;
zakat, infak dan sedekah boleh dikategorikan sebagai suatu ibadah yang mulia. Termasuk dalam erti infak ialah nafkah dan sedekah. Dari segi syarak pula, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
1. Infak yang hanya bermaksud zakat adalah wajib.
Dalilnya adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Ali, Abi Talha dan Ibn Abbas r.anhum:
“Apabila kalimah infak beriringan dengan seruan sembahyang, ia bermaksud zakat yang wajib”. (Tafsir Jami'ul Bayan al-Qurtubi, 1/179)
2. Infak secara umum dan yang paling afdhal ialah untuk keluarga.
Diriwayatkan oleh Ibn Masoud, Ibn Abbas dan beberapa orang para sahabat:
"Satu dinar kamu infakkan pada jalan Allah, sedinar diinfakkan untuk membebaskan hamba, sedinar engkau sedekahkan kepada orang-orang miskin dan sedinar engkau infakkan kepada keluarga engkau, yang paling besar pahalanya yang diinfakkan kepada keluarga engkau". (Hadis Riwayat Muslim)
3. Infak sunnah (tathawwu'):
Diriwayatkan dari Dhahhak:
“Oleh kerana untuk maksud zakat tidak digunakan kecuali kalimah zakat itu sendiri, oleh kerana itu apabila digunakan lafaz kalimah infak, maka tidak dimaksudkan kecuali infak sunnah (tathawwu')”. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 1/179)
Infak juga bermaksud:
"Mengeluarkan sebahagian harta demi kerana mentaati Allah Subhanahu wa-Ta’ala sama ada yang wajib atau yang sunnah".
Keikhlasan mengeluarkan infak atau sedekah menjadi petanda kekuatan iman seseorang, kerana infak tergolong amal soleh yang paling mulia di sisi Allah . Allah menjanjikan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang suka berinfak:
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seumpama suatu biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi orang yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengetahui.” (al-Baqarah, 2: 261)

"Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan infakkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar". (Al-Hadid, 57: 7)
"Hai orang-orang beriman, infakkanlah sebahagian hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu! Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu infakkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (al-Baqarah, 2: 267)
Menurut Ibn Abbas: Allah menyeru orang yang beriman berinfak dengan hartanya dan jiwanya. Ditegah dari bersedekah dengan wang yang keji dan haram. Allah itu baik, tidak akan menerima kecuali yang baik. Allah telah menjelaskan dengan firman-Nya
"Janganlah kamu infakkan yang keji (buruk-buruk dan haram)". (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 1, hlm. 240)
"Kamu sekali-kali tidak akan sampai mencapai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa yang kamu infakkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. (Ali Imran, 3: 93)
Antara tanda-tanda kuatnya iman seseorang ialah mudah untuk mengeluarkan infak.
Menginfakkan harta yang halal merupakan suatu cara untuk membersihkan pendapatan yang syubahat, malah setiap infak akan memperolehi keberkatan harta-benda di samping membuktikan kesempurnaan iman sebagaimana firman Allah s.w.t.:
"Adapun orang-orang yang beriman dengan yang ghaib dan mendirikan sembahyang dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka". (al-Baqarah 2:3)
"Dan infakkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya, maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menginfakkan (sebahagian) dari hartanya memperolehi pahala yang besar". (al-Hadid, 57: 7)
"Dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya". (Saba’, 34: 39)
"Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terang serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang mulia)". (ar-Ra’d, 13:22)
"Dan orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan sembahyang dan menginfakkan sebahagian dari rezeki dengan diam-diam (sembunyi-sembunyi) dan dengan terang-terang, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi". (Fathir, 35: 29)
"Dan orang-orang yang apabila menginfakkan (hartanya) mereka tidak berlebih- lebihan dan tidak pula terlalu kikir, dan infak itu di pertengahan di antara yang demikian". (al-Furqan, 25: 67)
"Apa sahaja yang kamu infakkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)". (al-Anfaal, 8: 60)
"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah! Maka di antara kamu ada orang yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanya kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang fakir (memerlukanNya), dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu". (Muhammad, 47: 38)
"Allah membuat perumpamaan dengan seorang hamba sahaya yang dimiliki yang tidak dapat bertindak terhadap sesuatupun dan seorang yang Kami beri rezeki yang baik dari Kami, lalu dia menginfakkan sebahagian dari rezeki itu secara sembunyi dan secara terang-terang, adakah mereka itu sama? Segala puji hanya bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahui". (an-Nahl, 16: 75)
"Mereka bertanya kepada engkau tentang apa yang mereka infakkan, Jawablah! Apa sahaja harta yang kamu infakkan hendaklah diberikan kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan. Dan apa sahaja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui". (al-Baqarah, 2: 215)
"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan (menginfakkan) hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda, jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan". (al-Baqarah, 2:265)
"Orang-orang yang (patuh kepada Allah) iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menginfakkan sebahagian apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka". (al-Hajj, 22: 35)
"Mereka itu diberi pahala dua kali (kerana beriman dengan Taurat kemudian dengan al-Quran) disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan menginfakkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka". (al-Qasas, 28: 54)
"Dan belanjakanlah (infakkanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematianku) sehingga waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah (berinfak) dan aku termasuk orang-orang yang soleh!" (al-Munafiqun, 63: 10)
Allah menyeru setiap mukmin agar bertaqwa dan beramal soleh, antaranya dengan cara menginfakkan sebahagian harta yang diperolehinya agar mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Infak dapat membuktikan kebenaran iman seseorang kepada Allah sebagaimana firman-Nya:

"Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkanlah nafkah yang baik-baik untuk dirimu. Barangsiapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung". (at-Taghobun, 64: 16)
Berinfak (bersedekah) semestinya dengan keikhlasan semata-mata kerana Allah, bukan kerana sesuatu tujuan, harapan, matlamat atau sesuatu muslihat. Keikhlasan menjadi syarat supaya infak itu tidak dibatalkan. Allah telah menjelaskan perkara ini:
"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membatalkan pahala sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan orang yang menerimanya), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia, dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudiannya. Maka perumpamaan orang ini seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah dia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir". (al-Baqarah, 2: 264)
Antara sebab berlakunya kehancuran pada seseorang atau masyarakat ialah apabila terdapat perasaan mementingkan diri sendiri, tamak haloba dan kikir berinfak sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah:
Antara sebab berlakunya kehancuran pada seseorang atau masyarakat ialah apabila terdapat perasaan mementingkan diri sendiri, tamak haloba dan kikir berinfak sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah:
"Dan berinfaklah kamu (bersedekah atau nafakah) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik". (al-Baqarah, 2: 195)
Ayat ini dikuatkan dengan sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di bawah ini:
"Pada tiap-tiap pagi turun dua malaikat, lalu yang seorang berseru: Ya Allah, berilah pengganti kepada orang membelanjakan! (berinfak atau bersedekah) dan yang kedua berseru: Ya Allah, turunkanlah kebinasaan kepada yang kikir!" (Hadis Riwayat Muslim)

"Cukuplah dosa (kebinasaan)bagi seseorang manusia itu hanya dengan kerana membiarkan (menyia-nyiakan) keperluan seseorang yang sangat memerlukan". (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Begitu banyak dalil-dalil yang menyuruh kita mengorbankan harta duniawi kita kepada orang yang memerlukan. Mungkin sesetengah orang yang masih lagi tidak faham mengenai sedekah dan zakat akan menganggap ianya adalah suatu pembaziran, tetapi bagi kita yang belajar di bumi anbia' ini seharusnya lebih arif tentang bab2 zakat dan sedekah.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menginfakkan harta duniawi kita kepada yang memerlukan,tetapi
bagaimana pula cara untuk kita bersedekah....
dan
golongan manakah yang layak menerima sedekah...
bersambung...